Umum
Apa itu Discovery Terengganu?
Discovery Terengganu ialah portal pelancongan digital yang menghimpunkan maklumat tempat menarik, acara, pakej pelancongan, pengangkutan, peniaga tempatan, dan aktiviti budaya di seluruh negeri Terengganu. Ia bertujuan membantu pelancong merancang percutian dengan lebih mudah.
Adakah Discovery Terengganu portal rasmi kerajaan negeri?
Portal ini dibangunkan hasil kolaborasi antara Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Discovery Terengganu, serta komuniti pelancongan tempatan, usahawan, dan agensi berkaitan. Kami di Discovery Terengganu komited sepenuhnya dalam menyokong dan memperkasakan agenda pelancongan negeri Terengganu.
Bagaimana saya boleh semak acara yang sedang berlangsung di Terengganu?
Anda boleh klik pada menu
“Kalendar Acara” untuk lihat senarai semua acara yang sedang dan bakal berlangsung, lengkap dengan tarikh, masa, lokasi, dan pautan pendaftaran.
Adakah saya boleh cari tempat menarik mengikut daerah?
Ya. Anda boleh tapis destinasi mengikut daerah seperti Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman dan lain-lain.
Adakah laman ini paparkan pakej pelancongan?
Ya. Terdapat senarai pakej pelancongan seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir dan banyak lagi. Boleh klik
di sini untuk paparan pakej pelancongan lengkap.
Boleh ke saya tempah teksi atau pengangkutan melalui website ini?
Buat masa ini, Discovery Terengganu hanya menyediakan
senarai pemandu teksi dan maklumat perhubungan. Tempahan dibuat terus dengan pemandu.
Ada maklumat bas atau pengangkutan awam?
Ya, kami paparkan laluan bas utama (BAS.MY) dan cara untuk sampai ke destinasi pelancongan.
Boleh saya daftar sebagai usahawan pelancongan tempatan?
Ya. Klik pada butang “Daftar Usahawan” dan isi borang maklumat perniagaan anda seperti nama kedai, jenis produk, lokasi, dan gambar produk.
Adakah saya perlu bayar untuk disenaraikan?
Tidak, pendaftaran usahawan komuniti dan pelancongan tempatan adalah secara percuma.
Bagaimana saya boleh berhubung dengan pihak Discovery Terengganu?
Anda boleh klik pada menu “Hubungi Kami” dan isi borang cadangan atau soalan, atau hubungi nombor hotline & e-mel rasmi yang disediakan di laman web.
Saya ada cadangan atau pembetulan maklumat. Boleh hantar di mana?
Ya. Gunakan borang “Cadangan & Soalan” untuk hantarkan maklumat tersebut. Pasukan kami akan semak dan kemaskini jika perlu.
Adakah website ini boleh digunakan di telefon?
Ya. Laman ini direka secara responsif dan boleh digunakan dengan mudah di telefon pintar, tablet atau komputer.
Perlu daftar akaun untuk guna semua fungsi?
Tidak perlu daftar untuk sekadar melihat maklumat. Tetapi jika anda ingin disenaraikan sebagai usahawan atau hantar acara, anda perlu isi borang pendaftaran.
Adakah semua maklumat sentiasa dikemaskini?
Ya. Pasukan Discovery Terengganu sentiasa mengemaskini maklumat acara, tempat dan vendor tempatan dari semasa ke semasa.
Adakah Discovery Terengganu mempunyai Aplikasi khas di telefon?
Buat masa ini aplikasi Discovery Terengganu masih lagi di peringkat ujian (Beta) dan kemungkinan akan dilancarkan pada pertengahan tahun hadapan.
Apa itu Awang Intelligent?
Awang Intelligent ialah pembantu AI pelancongan pintar yang dibangunkan oleh Discovery Terengganu untuk membantu pelawat mendapatkan maklumat dengan pantas dan mudah. Ia boleh menjawab soalan tentang tempat menarik, acara, pengangkutan, pakej pelancongan dan banyak lagi.
Bagaimana cara menggunakan Awang Intelligent?
Anda hanya perlu klik ikon atau ruang chat Awang Intelligent di laman web Discovery Terengganu dan akan dihubungkan ke WhatsApp, kemudian taip soalan anda. Contohnya, “Apa acara hujung minggu ini di Kuala Terengganu?” atau “Bagaimana cara ke Pulau Redang?”
Adakah Discovery Terengganu hanya untuk pelancong luar?
Tidak. Portal ini untuk semua, termasuk pelancong luar, pelancong tempatan, penduduk Terengganu, usahawan, dan agensi pelancongan.
Dalam bahasa apa laman ini boleh digunakan?
Laman ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta mesra pengguna mudah alih untuk pelawat dalam dan luar negara.
Adakah laman Discovery Terengganu selamat digunakan?
Ya. Kami menggunakan sistem keselamatan SSL dan perlindungan data bagi memastikan maklumat pelawat dilindungi sepenuhnya.
Pengiklanan
Boleh ke saya iklankan produk atau perkhidmatan di Discovery Terengganu?
Ya. Discovery Terengganu menyediakan ruang pengiklanan khas untuk usahawan tempatan, penganjur acara, pengusaha pelancongan dan rakan niaga yang ingin mempromosikan produk, servis atau program mereka kepada pelancong.
Jenis pengiklanan apa yang ditawarkan?
Kami menawarkan beberapa pilihan pengiklanan fleksibel seperti iklan banner (homepage, event page & blog), artikel advertorial (promosi bisnes atau acara), paparan vendor dalam direktori perniagaan tempatan, video promosi & paparan di media sosial Discovery Terengganu, serta penajaan acara rasmi & kolaborasi promosi.
Siapa yang boleh mengiklankan di laman ini?
Terbuka kepada semua, termasuk peniaga kecil, pengusaha pelancongan, restoran, penginapan, agensi pelancongan, event organizer, dan penaja acara.
Bagaimana cara untuk mohon ruang iklan?
Anda boleh isi borang “Permohonan Pengiklanan” di laman kami atau hubungi pasukan Discovery Terengganu melalui nombor hotline dan e-mel rasmi untuk perbincangan lanjut.
Adakah pengiklanan ini berbayar?
Ya. Kadar bayaran bergantung pada jenis dan tempoh pengiklanan yang dipilih. Namun, kami menawarkan kelebihan dari segi pendedahan jenama dan jangkauan audiens yang luas.
Boleh ke saya minta laporan prestasi iklan?
Ya. Kami boleh sediakan laporan ringkas prestasi (impression, klik & engagement) bagi sesetengah pakej iklan tertentu.
Adakah Discovery Terengganu menawarkan peluang pengiklanan secara offline?
Ya. Selain promosi digital, kami juga menawarkan pelbagai bentuk pengiklanan secara offline untuk membantu jenama, produk dan acara mendapat lebih banyak pendedahan di lokasi pelancongan dan acara utama.
Apakah bentuk pengiklanan offline yang disediakan?
Bentuk pengiklanan offline yang kami tawarkan termasuk Tent Card di bilik hotel, Banner & Bunting di lokasi pelancongan dan acara rasmi, Roll-up Standee & Tent Card di booth Discovery Terengganu, Billboard mini & signboard di kawasan tumpuan pelancong, Flyers, katalog & risalah bercetak, serta paparan jenama semasa event dan roadtour pelancongan.
Di mana lokasi pengiklanan offline ini biasanya diletakkan?
Lokasi bergantung pada pakej yang dipilih. Antara lokasi utama termasuk di setiap bilik hotel yang kami kolaborasi seperti tent card dan stiker QR code, papan dilarang merokok di tempat pelancongan dan kedai makan, tapak acara rasmi pelancongan negeri, pusat pelancongan, lapangan terbang & jeti utama, booth promosi Discovery Terengganu di festival dan roadshow, serta kawasan strategik di bandar pelancongan utama seperti Kuala Terengganu, Besut & Kemaman.
Adakah iklan offline ini berbayar?
Ya. Kadar bayaran bergantung pada saiz paparan, lokasi dan tempoh paparan. Kami juga menyediakan pakej kolaborasi digital dan offline untuk liputan yang lebih menyeluruh.
Boleh ke saya tempah ruang iklan untuk satu acara sahaja?
Boleh. Kami ada pakej khas untuk penaja atau peniaga yang ingin mengiklankan semasa acara tertentu sahaja.
Adakah Discovery Terengganu bantu dalam reka bentuk iklan offline?
Ya. Kami boleh bantu reka bentuk banner, roll-up atau bahan cetakan anda agar selaras dengan identiti jenama Discovery Terengganu, supaya nampak profesional dan menarik perhatian pelancong.
Data & Privasi
Adakah Discovery Terengganu mengumpul data pengunjung laman web?
Ya. Kami menggunakan sistem analitik pelawat untuk mendapatkan maklumat umum seperti jumlah pelawat, lokasi pelawat (negara atau negeri), masa lawatan, dan halaman yang dilawati. Ini membantu kami memahami minat pelancong dan memperbaiki pengalaman pengguna.
Adakah data peribadi pelawat disimpan?
Tidak. Kami tidak menyimpan maklumat peribadi tanpa kebenaran pelawat. Data yang dikumpul hanyalah maklumat umum dan tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti individu secara spesifik.
Untuk apa data pengunjung ini digunakan?
Data ini digunakan untuk menambah baik kandungan dan reka bentuk laman web, menilai minat pelancong terhadap tempat dan acara tertentu, menyediakan laporan trafik untuk tujuan pembangunan pelancongan, serta menyokong usahawan tempatan dalam merancang strategi pemasaran.
Adakah data pengunjung ini dijual kepada pihak ketiga?
Tidak sama sekali. Kami tidak menjual atau mendedahkan data pelawat kepada mana-mana pihak luar tanpa kebenaran.
Adakah saya boleh melihat statistik pelawat?
Statistik umum seperti bilangan pelawat bulanan dan destinasi popular akan dikongsi secara berkala melalui kemas kini blog atau laporan khas untuk rakan kolaborasi dan penaja.
Kenapa angka ini penting?
Statistik pelawat ini membantu kami dan rakan kolaborasi merancang strategi promosi pelancongan yang lebih berkesan, menilai minat pelancong dan memastikan kandungan laman kekal relevan.
Boleh ke saya (penaja atau pengiklan) lihat laporan prestasi pelawat?
Ya. Untuk penaja dan pengiklan rasmi, kami boleh menyediakan laporan ringkas tentang trafik pelawat, halaman paling popular dan jangkauan kempen iklan anda.