Panorama pantai dan laut Terengganu
Keindahan alam semula jadi Terengganu
Destinasi pelancongan menarik di Terengganu
Pemandangan dron Pulau Redang Terengganu
Air laut jernih Pulau Redang Kuala Nerus
Tentang Kami

Tentang Discovery Terengganu

Panduan komprehensif yang membawa keindahan, budaya dan warisan Terengganu terus ke mata dunia.

Kenali Kami

Panduan Komprehensif untuk Pelancongan di Terengganu

Selamat datang ke Discovery Terengganu, destinasi utama anda untuk semua maklumat pelancongan di negeri Terengganu. Laman web kami direka khas untuk membantu para pelancong mencari tempat menarik yang tersebar di seluruh negeri yang indah ini.

Negeri Terengganu terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan budayanya, menawarkan pelbagai pengalaman unik yang pasti memikat hati setiap pengunjung.

Tarikan pelancongan Terengganu
Warisan budaya Terengganu
Logo Discovery Terengganu
Rakan Kolaborasi

Rakan Kolaborasi Discovery Terengganu

Arah Tuju

Visi dan Misi Kami

Visi Kami

Terengganu di peringkat global

Menjadi platform pelancongan utama untuk mempromosikan keindahan, budaya, dan warisan Terengganu di peringkat global.

Misi Kami

Komitmen kami

Meningkatkan kesedaran mengenai destinasi menarik di Terengganu, menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, serta menggalakkan pelancongan lestari yang memberi manfaat kepada komuniti tempatan.

Nilai Teras Syarikat

Tiga tunjang yang memandu kami

K

Keaslian

Menyampaikan pengalaman yang asli dan tulen kepada pelancong, menonjolkan budaya, warisan, dan tradisi Terengganu.

I

Inovasi

Berusaha mencari cara baharu dan mudah untuk memperkaya pengalaman pelancong dengan teknologi yang mesra pengguna.

K

Komuniti

Mengutamakan hubungan mesra dan kolaborasi yang bermanfaat dengan komuniti tempatan.

Inisiatif Projek

Apa yang kami gerakkan

01Kempen digital Discovery Terengganu

Kempen Digital yang Meluas untuk Discovery Terengganu

Melancarkan kempen iklan berbayar di Facebook, Instagram, dan Google.

02Kerjasama dengan hotel dan agensi tempatan

Kerjasama dengan Hotel dan Agensi Tempatan

Sesi perjumpaan eksklusif bersama hotel dan agensi tempatan.

03Insentif slot promosi eksklusif

Insentif Slot Promosi Eksklusif untuk Rakan Kerjasama

Menyediakan slot iklan istimewa di laman Discovery Terengganu.

04Papan iklan dengan QR code di lokasi strategik

Papan Iklan dengan QR Code di Lokasi Strategik

Pasang papan iklan di lokasi tumpuan tempat pelancongan.

05Pengumpulan maklumat destinasi kurang dikenali

Pengumpulan Maklumat Destinasi Kurang Dikenali oleh Komuniti Tempatan

Program komuniti Kenali Terengganu untuk melibatkan penduduk tempatan.

06Penggunaan media sosial untuk meningkatkan keterlibatan

Penggunaan Media Sosial untuk Meningkatkan Keterlibatan

Cabaran mingguan menggunakan hashtag unik mempromosikan Discovery Terengganu.

07Pengumpulan maklum balas pelancong

Pengumpulan Maklum Balas Pelancong

Sistem soal selidik automatik dalam aplikasi dan website untuk kumpul maklum balas.

08Promosi aplikasi untuk meningkatkan muat turun

Promosi Aplikasi untuk Meningkatkan Muat Turun

Tawaran diskaun atau hadiah dengan rakan kongsi bagi muat turun aplikasi.

09Pemasangan dan pengenalan Awang Intelligent

Pemasangan dan Pengenalan Awang Intelligent

Pelancaran rasmi Awang AI Chat Bot dan Web untuk kegunaan umum. (Beta)

Pengalaman Pengguna

Sokongan Pengguna dan Pengoptimuman SEO

Sokongan Pengguna

Kami mempunyai sokongan pelanggan yang membantu tentang perjalanan anda dengan bantuan Robot Awang Intelligent.

Pengoptimuman SEO

Website ini telah dioptimumkan dengan carian SEO yang bagus dan lengkap supaya mudah ditemui secara dalam talian.

Kolaborasi Kejayaan

Kolaborasi Kejayaan Kohayat dan Discovery Creative Media

KOHAYAT dan Discovery Terengganu

KOHAYAT

Koperasi yang ditubuhkan pada 31 Januari 2023 di Terengganu, terdiri daripada 25 ahli berdaftar dengan motto Bersinergi untuk kejayaan bersama. KOHAYAT berusaha memajukan ekonomi melalui inisiatif proaktif, dan yakin dengan potensi ahli yang memiliki pelbagai kemahiran. Website Discovery Terengganu kini dikuasakan oleh KOHAYAT, mewakili keterlibatan koperasi dalam mempromosikan pelancongan dan ekonomi digital. Bersama, KOHAYAT dan Discovery Terengganu berusaha untuk mengangkat Terengganu sebagai destinasi pilihan yang menyajikan budaya dan kecantikan alam semula jadi yang luar biasa.

Discovery Creative Media

Discovery Creative Media

DCM adalah syarikat kreatif tempatan yang memegang peranan penting dalam penyediaan gambar dan video untuk projek pelancongan Discovery Terengganu. Di bawah kepakaran Farid Rahim, seorang jurugambar, videografer, dan pereka berpengalaman dalam perisian Adobe Photoshop dan Illustrator, DCM menawarkan visual yang memukau dan berkesan untuk menonjolkan keindahan Terengganu. Sebagai pemilik dan pakar utama di DCM, beliau memastikan setiap karya visual bukan sahaja menarik minat tetapi juga memancarkan keaslian dan keunikan negeri Terengganu.

Pasukan Kami

Kejayaan dibina atas dedikasi staf yang bekerja keras

Bersama, kita semarakkan kebanggaan negeri.

Farid Rahim
Farid Rahim
CEO & Content Creator
Ridhwan Musa
Ridhwan Musa
COO & Web Designer
Noralina Hanim
Noralina Hanim
Accountant
Arif Ghani
Arif Ghani
Graphic Designer
Afiq Hanif
Afiq Hanif
Web Engineer
Nabil Mukhlis
Nabil Mukhlis
Web Engineer
Adib Zikri
Adib Zikri
Apps Engineer
Sertai Kami

Jom praktikal bersama Discovery Terengganu

Poster rasmi pengambilan pelajar praktikal kami. Klik untuk paparan penuh.

Lihat penuh Poster pelajar praktikal Discovery Terengganu
Iklan praktikal Discovery Terengganu
Peluang Praktikal

Kami sedang mencari pelajar praktikal untuk Content Creator, Vlogger dan Blogger

Tempat Praktikal

PT 33847, Tingkat 1, Dataran Tembesu Perdana, 21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman. Masa kerja 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Elaun disediakan. Tempat tinggal tidak disediakan. Minimum tempoh praktikal 5 bulan dan ke atas.

Kelayakan

Lelaki sahajaMinat dan pengetahuan asasKemahiran komunikasiAsas kamera atau telefon pintarPengurusan masa dan disiplinEdit video dan gambar (CapCut)Idea kreatif dan inisiatifKemahiran penyelidikan ringkasSikap positif dan adaptabiliti