
International Monsoon Casting Tournament (IMCT) 2025
Acara Memancing Monsun Terbesar Asia Kembali Mengegarkan Terengganu!
International Monsoon Casting Tournament (IMCT) 2025 sekali lagi menghimpunkan ratusan pemancing profesional dan peminat sukan memancing dari seluruh Malaysia dan antarabangsa. Tasik buatan terbesar di Asia Tenggara ini menjadi lokasi utama penganjuran, menjadikan acara ini antara pertandingan memancing paling dinanti sepanjang musim monsun.
Butiran Acara
Tarikh: 12 – 15 Disember 2025 (Jumaat-Isnin)
Lokasi: Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Aktiviti Utama: Casting Tournament, sesi teknikal, taklimat konservasi, pameran memancing, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Lokasi Acara
Tarikh Acara
Acara akan berlangsung dalam masa :

Himpunan Para Caster di Kenyir Geopark
International Monsoon Casting Tournament 2025
bakal menyaksikan himpunan penggemar aktiviti casting berkampung di Kenyir Geopark, Hulu Terengganu. Ia berkonsepkan pemandangan hutan hujan tropika, pulau-pulau kecil yang unik, dan habitat ikan air tawar yang kaya. Tasik Kenyir juga menjadi lokasi terbaik untuk menguji kemahiran memancing secara profesional. Acara ini turut mengukuhkan kedudukan Terengganu sebagai destinasi utama sukan memancing para pelancong (sport fishing tourism) di Malaysia.
Objektif IMCT 2025
- Meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pemuliharaan biologi marin dan ekosistem air tawar di Tasik Kenyir.
- Menggalakkan pemancing mengamalkan teknik memancing bertanggungjawab, termasuk Catch & Release.
- Menjadikan Tasik Kenyir sebagai hab pelancongan sukan memancing bertaraf antarabangsa.
- Menyemai minat aktiviti memancing dalam kalangan komuniti dan belia.
Kenapa IMCT 2025 Wajib Disertai?
- Peluang bertemu komuniti caster dari seluruh negara dan luar negara.
- Lokasi memancing yang kaya dengan spesies seperti sebarau, toman, dan kelah.
- Suasana pertandingan profesional dengan kawalan keselamatan tersusun.
- Pendedahan kepada teknik casting moden dan peralatan terkini.
Tasik Kenyir Menjadi Tumpuan Dunia
International Monsoon Casting Tournament 2025
bukan sekadar pertandingan memancing tetapi ia merupakan pergerakan besar untuk menjaga warisan alam Tasik Kenyir sambil memperkukuhkan identiti negeri Terengganu dalam dunia sukan memancing para pelancong (sport fishing tourism). Jika anda seorang kaki pancing atau pencinta alam semula jadi, acara ini adalah peluang terbaik untuk merasai pengalaman casting bertaraf antarabangsa.
Bersedia untuk cabaran monsun dan jadilah sebahagian daripada sejarah IMCT 2025!