Loading ...

Panduan Percutian 2 Hari 1 Malam Di Kuala Terengganu

Masjid Kristal
Masjid Kristal

Kuala Terengganu bukan sekadar pintu masuk ke pulau-pulau indah di Pantai Timur, tetapi juga sebuah bandar yang kaya dengan sejarah, budaya, dan keindahan alam. Bagi anda yang hanya mempunyai masa singkat, percutian 2 hari 1 malam di sini sudah cukup untuk menikmati keunikan warisan, menjelajah lokasi ikonik, dan merasai sendiri keenakan hidangan tradisional.

Rancang Ilinerari Percutian Anda

Dalam artikel ini, kami menyenaraikan 3 jadual itinerari percutian 2 hari 1 malam di Kuala Terengganu yang akan membantu anda merancang perjalanan yang padat, teratur, dan menyeronokkan agar setiap detik anda menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Apa Itinerari Percutian?

Maksud Itinerari Percutian

Itinerari percutian ialah satu rancangan perjalanan yang disusun mengikut urutan masa dan aktiviti semasa bercuti. Ia mengandungi maklumat terperinci seperti:

 

  • Tarikh & masa aktiviti

  • Lokasi yang akan dilawati

  • Cadangan tempat makan

  • Aktiviti yang boleh dilakukan

  • Masa rehat atau perjalanan antara lokasi

Tujuan itinerari adalah untuk membimbing pelancong supaya perjalanan lebih tersusun, tidak membuang masa, dan memastikan semua tempat menarik dapat dilawati dalam tempoh masa yang ditetapkan.

3 jadual itinerari percutian 2 hari 1 malam di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu ialah destinasi percutian yang menawarkan gabungan unik antara keindahan alam, gaya hidup moden, dan warisan budaya yang kaya. Bagi memudahkan perancangan, kami sediakan tiga cadangan itinerari 2 hari 1 malam yang berbeza : 

Setiap itinerari dirancang supaya padat, menyeronokkan, dan memaksimumkan masa anda di Kuala Terengganu, tanpa perlu risau terlepas lokasi-lokasi utama yang menarik.

Cadangan 1 : Pantai dan Santai Percutian 2 Hari 1 Malam

Hari 1 pantai batu buruk

Hari Pertama

Hari/MasaLokasi/Cadangan Aktiviti
8:00 pagiNasi Dagang Atas Tol - Sarapan
10:00 pagiTaman Awan Lagun Kuala Ibai - Bersiar-siar Di Waktu Pagi
12:00 tengahariWarung Dalam Kenangan - Makan Tengahari
1:30 petang Check-in Hotel/Chalet
3:00 petang Pantai Batu Buruk - Main Layang-layang, Aktiviti Pantai
6:30 petang Restoran Ikan Bakar Pantai Timur - Makan Malam
8:00 malam Pantai Batu Buruk - Aktiviti Hiburan Keluarga
10:00 malamKembali ke Hotel/Chalet
Hari 2 pantai batu buruk

Hari Kedua

Hari/MasaLokasi/Cadangan Aktiviti
8:00 pagiMedan Selera Batu Buruk - Sarapan
10:00 pagi Masjid Terapung - Bersiar-siar dan Melawat
12:00 TengahariCheck-out Hotel/Chalet
1:00 petangSinggang Budu - Makan Tengahari
3:00 petang Pantai Seberang Takir - Mandi, Memancing, Aktiviti Pantai
5:30 petang Firdausy Seafood Corner - Nikmati Kudapan Celup Tepung
7:00 petangPulang

Cadangan 2 : Gaya Hidup dan Beli-Belah Percutian 2 Hari 1 Malam

Hari 1 pantai batu buruk

Hari Pertama

Hari/MasaLokasi/Cadangan Aktiviti
8:00 pagiWarung Kopi Kita - Sarapan
10:00 pagi kuala Terengganu City Centre
12:00 tengahariMee Tarik Warisan Asli - Makan Tengahari
1:30 petang Check-in Hotel/Chalet
3:00 petang Mayang Mall - Mebeli-belah
6:30 petang Uncle Chua Signature - Makan Malam
8:00 malam Payang Walk - Aktiviti Hiburan Keluarga
10:00 malamKembali ke Hotel/Chalet
Hari 2 pantai batu buruk

Hari Kedua

Hari/MasaLokasi/Cadangan Aktiviti
8:00 pagi Nasi Kerabu Fauzi - Sarapan
10:00 pagi Pasar Kedai Payang - Membeli-belah
12:00 tengahariCheck-out Hotel/Chalet
1:00 petangRestoran Sajian Arzeck - Makan Tengahari
3:00 petang Pantai Teluk ketapang - Menunggang Kuda, Mini Zoo, Menikmati Kudapan
7:00 petangPulang

Cadangan 3 : Percutian Budaya Dan Warisan 2 Hari 1 Malam

Hari 1 pantai batu buruk

Hari Pertama

Hari/MasaLokasi/Cadangan Aktiviti
8:30 pagiKopi Losong - Sarapan
10:00 pagi Muzium Negeri Terengganu - Lawatan & pelajari sejarah
11:30 pagi Kampung Budaya Terengganu - Pelajari Rumah Tradisional Melayu
1:00 petang Check-in Hotel/Chalet
1:30 petang Dapo Penyek Losong - Makan Tengahari
4:30 petang Keropok Lekor Tokku - Menikmati Keropok Lekor Terengganu
7:00 malam Pulau Warisan - Aktiviti Hiburan Keluarga
10:00 malamKembali ke Hotel/Chalet
Hari 2 pantai batu buruk

Hari Kedua

Hari/MasaLokasi/Cadangan Aktiviti
8:00 pagi Kedai Makan Sinah - Sarapan
10:00 PagiCheck-out Hotel/Chalet
11:00 pagi Taman Tamadun Islam (TTI) - Melawat Pusat Tamadun Islam
12:00 tengahari Masjid Kristal - Kenali Sejarah Masjid Kristal
1:00 petangTTI River Cruise - Bersiar-siar menaiki Bot Di Sekitar Kuala Terengganu
3:00 petangPulang
Spot Melihat Matahari Terbit & Terbenam di Terengganu, Terengganu Iconic Drawbridge Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Drawbridge Terengganu

Merancang perjalanan dengan itinerari bukan sekadar untuk kelihatan teratur, tetapi ia membantu anda memaksimumkan masa dan bajet, terutamanya jika tempoh percutian singkat seperti 2 hari 1 malam. Kuala Terengganu menawarkan pelbagai tarikan menarik. Dengan itinerari yang jelas, anda dapat:

 

  • Mengelakkan pembaziran masa mencari destinasi di saat akhir.

  • Menyusun lawatan mengikut lokasi berdekatan supaya perjalanan lebih lancar.

  • Memastikan semua tarikan utama dilawati dalam masa singkat.

Tanpa perancangan, anda mungkin terlepas peluang untuk menikmati pengalaman terbaik di bandar ini.

Tips Sebelum Bercuti di Terengganu

1. Rancang Itinerari Awal

Pastikan susun jadual perjalanan dengan jelas . Ini mengelakkan masa terbuang dan membantu menikmati lebih banyak destinasi.

2. Tempah Penginapan Awal

Tempahan awal memastikan anda dapat lokasi strategik berdekatan pusat bandar atau pantai dengan harga yang berpatutan.

3. Periksa Cuaca & Pakaian Sesuai

Cuaca di Terengganu boleh panas terik atau hujan tiba-tiba terutamanya jika merancang aktiviti pantai atau lawatan luar.

4. Kenal Lokasi Parkir & Jalan Alternatif

Jika memandu, ambil tahu kawasan parkir berdekatan destinasi popular. Elakkan waktu puncak dan sediakan jalan alternati.

Rumusan

Itinerari Percutian di Kuala Terengganu

Walaupun 2 hari 1 malam itu singkat, tetap cukup untuk menikmati keindahan pantai, merasai juadah tempatan yang sedap, dan menjelajah warisan budaya negeri ini. Dengan itinerari yang terancang, anda boleh padatkan masa dengan aktiviti menarik tanpa terburu-buru. Kuala Terengganu memang sesuai untuk semua. Pendek kata, walaupun sekejap, memori yang dibawa pulang pasti panjang.

Singkat masa,

panjang kenangan,

Di sini laut bercerita,

Di sini hati menjadi tenang.

Tambah Komen

Your email address will not be published.
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

ms_MY