Syarat permohonan
- Kontraktor Gred G1 hingga G5 berdaftar dengan CIDB
- Memiliki Sijil Taraf Bumiputera yang masih aktif
- Melaksanakan projek bernilai tidak melebihi RM5.0 juta
- Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai Bumiputera 100%
Cara memohon
- Dapatkan borang daripada BPKU Cawangan Negeri atau muat turun di laman KUSKOP
- Lengkapkan borang dengan dokumen sokongan (surat setuju terima tender, pendaftaran SSM/CIDB, Sijil Taraf Bumiputera, penyata bank 3 bulan, akaun teraudit, akuan sumpah)
- Hantar kepada BPKU Cawangan Negeri; permohonan hanya diproses apabila dokumen lengkap
- Kelulusan tertakluk keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
KUSKOP: skim lain
Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.