Syarat permohonan
- Perusahaan mikro (pemilikan tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd) yang terjejas banjir dan terletak di daerah yang dikenal pasti NADMA sebagai kawasan bencana banjir.
- Dimiliki warganegara Malaysia; berdaftar dengan SSM, PBT atau badan profesional.
- Beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Dokumen: surat pengesahan Pegawai Daerah, JKKK atau laporan polis berkenaan premis terjejas.
Cara memohon
- Mohon secara atas talian melalui laman BSN atau kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan BSN terdekat.
BSN: skim lain
Perlu tahu
Layak hanya jika perniagaan terjejas banjir dan berada di daerah dikenal pasti NADMA.
Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.