Loading ...
Memuatkan Peristiwa
27 - 29 Jun 2025

Volkster Mega Gathering Of Volkswagen 2025

Volkster Vol.1

Himpunan Gergasi Classic & Vintage Volkswagen ini memberikan kemeriahan yang menarik di Pantai Teluk Ketapang.

📍 Lokasi: Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
📅 Tarikh: 27 – 29 Jun 2025 (Khamis -Ahad)
🎯 Tema: Semangat komuniti VW di bumi Terengganu

Volkster Vol.1 Mega Gathering VW 2025

Lokasi Acara

Tarikh Acara

Acara akan berlangsung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang
Jun 27 - Jun 29

Himpunan Gergasi Classic & Vintage Volkswagen

Volkster Mega Gathering Of Volkswagen

Volkswagen atau VW bukan sekadar jenama, ia adalah gaya hidup dari peredaran zaman. Bermodelkan klasik seperti Beetle dan Kombi hingga ke model modifikasi yang unik dan moden, setiap pemilik VW membawa bersama kisah dan kenangan tersendiri. Di acara Volkster ini, peminat akan dapat melihat lebih dekat koleksi kereta-kereta VW dari pelbagai era 70-an. Koleksi kereta vintage ini lengkap dengan hiasan, modifikasi dan gaya tersendiri yang pasti mencuri perhatian orang ramai.

Pantai Teluk Ketapang: Destinasi Pilihan

Pemilihan Pantai Teluk Ketapang sebagai lokasi acara sangat tepat. Terletak tidak jauh dari pusat bandaraya Kuala Terengganu dan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kawasan ini memang dikenali sebagai destinasi riadah yang santai dan mesra keluarga. Ditambah dengan suasana kawasan jual beli makanan di bawah pokok rhu, pokok kelapa dan aktiviti hujung minggu di pantai ini. Ini menjadikan Volkster 2025 sesuatu yang istimewa untuk dipamerkan di kawasan pantai ini.

Meraikan Komuniti dan Budaya Automotif

Volkster Mega Gathering Of Volkswagen

Penganjuran Volkster 2025 bukan sahaja meraikan kereta, tetapi juga komuniti T-VOLKS Malaysia, iaitu kumpulan pemilik dan peminat VW yang aktif menjalankan aktiviti sosial, konvoi, dan khidmat komuniti. Ini turut membantu mempromosikan pelancongan Terengganu dalam bentuk yang unik dan kreatif.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini

ms_MY