Memuatkan Peristiwa

OH MER CHEY CHEY 3.0 - Strawberry & Matcha

Festival Makanan, Keluarga & Aktiviti Menarik di Taman Tamadun Islam Terengganu

OH MER CHEY CHEY 3.0 – Strawberry & Matcha kembali dengan lebih meriah pada 29 hingga 31 Januari 2026 bertempat di Tasik Pahlawan, Taman Tamadun Islam (TTI), Terengganu. Acara selama 3 hari ini menghimpunkan pelbagai aktiviti keluarga, jualan makanan viral, pertandingan menarik dan hiburan santai yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Butiran Acara: 

  • 📅 Tarikh: 29 – 31 Januari 2026 (Khamis – Sabtu)
  • Masa Operasi:
    • Khamis & Jumaat: 3.00 petang – 12.00 tengah malam
    • Sabtu: 11.00 pagi – 7.00 malam
  • 📍 Lokasi: Tasik Pahlawan, Taman Tamadun Islam (TTI), Terengganu, Malaysia

Tarikh Acara

Acara akan berlangsung dalam masa :

hari
jam
minit
Event Bermula Sekarang
Januari 29 - Januari 31

Aktiviti Utama Oh Mer Chey Chey 3.0

Pertandingan Basikal Lambat

Basikal Lambat
Basikal Lambat

Sertai Pertandingan Basikal Lambat merupakan salah satu aktiviti menarik sempena acara OH MER CHEY CHEY 3.0

  • 📅 Tarikh: 30 Januari 2026 (Jumaat)
  • Masa: 3.00 petang
  • 📍 Lokasi: Tasik Pahlawan, Taman Tamadun Islam (TTI)
  • 👧🧒 Kategori: Kanak-kanak berumur 7–12 tahun
  • 💰 Yuran Penyertaan: RM5 / peserta

📌 Syarat Pertandingan:

  • Peserta WAJIB berpakaian sukan
  • Tema pakaian: warna pink dan hijau
  • Peserta paling lambat tiba di garisan penamat adalah pemenang
  • Sebarang kecederaan adalah tanggungjawab peserta

Family Treasure Hunt

Family Treasure Hunt
Buru Harta Karun Bersama Keluarga

Jom sertai Family Treasure Hunt merupakan aktiviti keluarga yang menyeronokkan sempena OH MER CHEY CHEY

  • 📅 Tarikh: 30 Januari 2026 (Jumaat)
  • Masa: 5.00 petang
  • 📍 Lokasi: Tasik Pahlawan, Taman Tamadun Islam (TTI)
  • 👨‍👩‍👧‍👦 Penyertaan: 2 dewasa + 2 kanak-kanak
  • 👕 Pakaian: Sukan (tema pink & hijau)
  • 💰 Yuran: RM25 / keluarga
  • 🏁 Penentuan Pemenang: Masa terpantas & lengkap semua check point

Pertandingan Memasak Berpasangan

Pertandingan Memasak
Pertandingan Memasak

Sertai Pertandingan Memasak OH MER CHEY CHEY 3.0 – Strawberry & Matcha dan buktikan kepakaran anda di dapur!

  • 📅 Tarikh: 31 Januari 2026 (Sabtu)
  • Masa: 3.00 petang
  • 📍 Lokasi: Tasik Pahlawan, Taman Tamadun Islam (TTI)
  • 👥 Penyertaan: Berpasangan (2 orang)
  • 🔞 Syarat Umur: 18 tahun ke atas
  • 🍝 Menu: Pasta (utama) & Pencuci Mulut Matcha + Strawberry
  • ⏱️ Tempoh: 1 jam 30 minit
  • 📝 Penilaian: Rasa, Keaslian, Kreativiti & Kebersihan
  • 💰 Yuran: RM20

Pertandingan Mewarna

Pertandingan Mewarna
Pertandingan Mewarna

Sertai Pertandingan Mewarna OH MER CHEY CHEY 3.0 – Strawberry & Matcha dan beri peluang anak-anak menonjolkan bakat seni dalam suasana ceria dan menyeronokkan.

  • 📅 Tarikh: 31 Januari 2026 (Sabtu)
  • Masa: 3.00 petang
  • 📍 Lokasi: Tasik Pahlawan, Taman Tamadun Islam (TTI)
  • 👧🧒 Kategori:
    • Pra Sekolah (4–6 tahun)
    • Tahap 1 (7–9 tahun)
  • 🎒 Peralatan: Bawa sendiri (pensil warna sahaja)
  • 🚫 Watercolour & crayon tidak dibenarkan
  • 🎁 Goodies: Percuma untuk setiap peserta
  • 💰 Yuran: RM15 seorang

Jualan Pre-Love RM1

Percuma
Percuma

Tarikan Istimewa Jualan Pre-Love RM1

Jualan Pre-Love RM1 merupakan antara tarikan istimewa sempena OH MER CHEY CHEY 3.0 – Strawberry & Matcha yang akan berlangsung pada 31 Januari 2026 (Sabtu), dari jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam bertempat di Tasik Pahlawan, Taman Tamadun Islam (TTI), Terengganu.

Belanja Jimat, Tapak Jualan Percuma

Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai barangan pre-love dengan harga serendah RM1 sahaja. Tapak jualan disediakan secara PERCUMA (tiada cas), menjadikan aktiviti ini sangat sesuai untuk pembeli dan penjual yang ingin berurus niaga dalam suasana meriah. Aktiviti ini terbuka kepada orang ramai dan sesuai untuk mereka yang gemar berjimat, membeli barangan unik serta menyokong amalan guna semula.

Aturcara Oh Mer Chey Chey 3.0

Khamis | 29 Januari 2026

MasaAktiviti
3.00 PM – 12.00 AMJualan
3.00 PM – 12.00 AMKids Fun Zone
5.00 PM – 7.00 PMHappy Hour Mini Water Park

Jumaat | 30 Januari 2026

MasaAktiviti
3.00 PM – 12.00 AMJualan
3.00 PM – 12.00 AMKids Fun Zone
3.00 PM – 6.00 PMMotor Show
3.00 PM – 4.00 PMPertandingan Basikal Lambat
5.00 PM – 7.00 PMHappy Hour Mini Water Park
5.00 PM – 7.00 PMFamily Treasure Hunt
8.00 PM – 12.00 AMPertandingan Memancing
9.00 PM – 10.00 PMMatcha Challenge

Sabtu | 31 Januari 2026

MasaAktiviti
11.00 AM – 7.00 PMJualan
11.00 AM – 7.00 PMKids Fun Zone
11.00 AM – 7.00 PMJualan Pre-Love RM1
3.00 PM – 6.00 PMPertandingan Memasak
3.00 PM – 6.00 PMPertandingan Mewarna
5.00 PM – 7.00 PMHappy Hour Mini Water Park

Festival Keluarga Paling Meriah di Taman Tamadun Islam

OH MER CHEY CHEY 3.0 – Strawberry & Matcha di Taman Tamadun Islam

merupakan sebuah acara keluarga yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik merangkumi jualan makanan viral, minuman matcha, pertandingan, aktiviti kanak-kanak serta hiburan santai dalam suasana yang meriah dan selesa. Berlangsung dari 29 hingga 31 Januari 2026 di Tasik Pahlawan, acara ini bukan sahaja menjadi platform riadah dan hiburan untuk pengunjung, malah membuka peluang kepada peniaga, komuniti dan keluarga untuk berkumpul, berinteraksi serta mencipta pengalaman bermakna bersama dalam satu karnival yang penuh warna dan keceriaan.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini