
🥁 Persembahan Dikir Barat
📅 Jumaat, 16 Okt, 9.00 hingga 12.00 malam
Kumpulan Dikir Bentara Seni Alor Saji naik pentas bersama dua tukang karut yang memang ditunggu.
- 🎤 Noya Bano
- 🎤 Badul Thailand
- Kumpulan Dikir Bentara Seni Alor Saji


🔍 Tekan untuk besarkanDua hari pesta komuniti di tepi pantai. Bola pantai, fun run, sukan rakyat, permainan tradisional, bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus dan macam-macam lagi untuk seisi keluarga.
Merchang Fest kembali untuk kali ketiga. Tahun ni Pantai Angin Berbisik jadi gelanggang sukan rakyat, pentas budaya dan tempat jamu selera dengan makanan tradisi.
Semua acara yang dipertandingkan adalah terbuka. Ada yang boleh walk in, ada yang tempat terhad, jadi semak setiap pertandingan di bawah sebelum datang.
Bawa keluarga, ajak sahabat dan pakat hadir memeriahkan suasana komuniti di tepi pantai. 🌴
16 & 17 Oktober 2026 (Jumaat & Sabtu)
Pendaftaran bermula 7.00 pagi setiap hari
Pantai Angin Berbisik, Merchang, Marang
Merchang Lestari
Malam pertama Merchang Fest ditutup dengan sesi bual bicara santai di tepi pantai. Bentang tikar, bawa keluarga, dengar perkongsian ilmu sambil ditemani angin laut.
Dua sebab lagi untuk datang awal dan balik lambat. Tekan poster untuk tengok saiz penuh.

📅 Jumaat, 16 Okt, 9.00 hingga 12.00 malam
Kumpulan Dikir Bentara Seni Alor Saji naik pentas bersama dua tukang karut yang memang ditunggu.

📅 16 Okt, 7.00 pagi hingga 17 Okt, 7.00 petang
Hadiah menarik menanti anda. Cabutan dibuat semasa majlis perasmian dan majlis penutupan.
Dari pagi sampai malam ada saja benda nak buat. Yang suka bersaing, masuk pertandingan. Yang nak santai, jalan tengok gerai dan cari makanan tradisi.
Ada lagi: Pukat Tarik, Kupas Bawang, Tiup Bola Ping Pong, Kaki Tiga, Tarik Upih, Tarik Tali Dalam Air, Susun Bata 3, Gula-gula Chopstick, Rebut Coklat, Lambung Kasih, Pakai Sampin Tercantik dan Lari Berkembar. Tengok semua poster pertandingan
Disusun ikut hari dan masa. Tapis ikut umur, tekan poster untuk besarkan dan tengok butiran penuh, atau terus WhatsApp urus setia.
| Johan | RM500 + 7 medal |
| Naib johan | RM300 + 7 medal |
| Ketiga | RM150 + 7 medal |
| Keempat | RM100 + 7 medal |
Tiada pertandingan untuk pilihan ni.
Jadual penuh dua hari. Masa mungkin berubah ikut keadaan di lokasi, jadi datang awal.
Ucapan alu-aluan pengacara majlis dan bacaan doa, Lagu Negaraku dan Lagu Terengganu, Majlis Berkat Sejahtera bersama persembahan silat, ucapan Pengerusi Merchang Lestari, ucapan perasmian, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
Menjala, Mewarna, Cakar Ayam
Zon pantai
Memanah, Lastik Tin, Lambung Kasih, Pakai Sampin Tercantik (kain pelikat), Lari Berkembar (kain)
Ahli panel: Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kamaruzaman Bin Abdullah
Pukat Tarik, Bola Pantai (bersambung)
Main Dam, Kupas Bawang, Bowling Kelapa, Tiup Bola Ping Pong, Kaki Tiga, Tarik Upih
Cari Lokan, Tarik Tali, Susun Bata 3, Gula-gula Chopstick, Rebut Coklat
Ucapan alu-aluan pengacara majlis, ucapan Pengerusi Merchang Lestari, ucapan VIP, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
Merchang, Marang, Terengganu. Masukkan nama pantai dalam Google Maps atau Waze, terus sampai.
Bawa topi, payung kecil, sunblock dan air minuman. Acara bermula seawal 7.00 pagi.
Peralatan mewarna kena bawa sendiri.
Rehat Solat Jumaat 12.00 tengah hari (Jumaat) dan rehat solat 12.30 tengah hari (Sabtu).
Untuk pertanyaan umum tentang Merchang Fest 3.0, gerai jualan atau tajaan, hubungi urus setia penganjur.