merupakan program kesedaran komuniti yang menghimpunkan masyarakat untuk bersama menyokong perjuangan pesakit kanser melalui perpaduan dan empati. Berlangsung di KTCC Mall Kuala Terengganu, program ini merangkumi pelancaran rasmi MyCancer Fight, ceramah kesedaran, perkongsian inspirasi pesakit dan penjaga, saringan kesihatan, derma darah serta aktiviti interaktif seperti pertandingan seni bertemakan harapan. Peserta turut berpeluang menyertai Pencarian 5000 Hero, menerima T shirt edisi khas dan sijil pengiktirafan sebagai Hero Malaysia Lawan Kanser. Dengan penglibatan terbuka kepada semua, program ini menjadi platform terbaik bagi membina sokongan komuniti, meningkatkan kesedaran dan menggerakkan tindakan bersama dalam usaha menyelamatkan nyawa.

Malaysia Lawan Kanser : Kepelbagaian Kekuatan Kita
✨ MALAYSIA LAWAN KANSER: Kepelbagaian Kekuatan Kita ✨
Program kesedaran kanser terbesar di Terengganu yang menghimpunkan komuniti, pakar dan pejuang kanser bagi memperkasa sokongan serta perpaduan melalui pendidikan, kebajikan dan program amal.
- 📅 19 & 20 Disember 2025
- ⏰ 10.00 pagi hingga 5.00 petang
- 📍 KTCC Mall Kuala Terengganu
- 🎗️ Pelancaran Program MyCancer Fight Negeri Terengganu
🔥 Masuk Percuma • Terbuka kepada semua
💬 Jom bersama membina semangat sokongan dan keprihatinan terhadap pesakit kanser.
💪 Bersama kita bangkit. Bersama kita lawan.
#ShareHope #Empower #Encourage #Strength #Solidarity
Lokasi Acara
Tarikh Acara
Acara akan berlangsung dalam masa :
Tentatif Acara
Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita
Atur Cara Program Hari Pertama
- 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Lawatan & Pemeriksaan Kesihatan
- Lawatan ke booth pameran
- Derma darah
- Pemeriksaan dan saringan kesihatan
- 2.30 petang – 5.30 petang
Majlis Perasmian & Pelancaran
- Majlis Perasmian dan Pelancaran “Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita”
- Interaksi bersama media
- Lawatan rasmi ke booth pameran
- Minum petang (High Tea) bersama Chief Guest & tetamu jemputan
- 5.30 petang – 9.30 malam
Program Komuniti & Pendaftaran Pertandingan
- Lawatan ke booth pameran
- Derma darah
- Pendaftaran Hero Kesedaran Kanser
- Pendaftaran Pertandingan Melukis & Mewarna
Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita
Atur Cara Program Hari Kedua
- 10.00 pagi
Pendaftaran Peserta & Pertandingan
- Pendaftaran peserta hari kedua
- Pendaftaran Pertandingan Melukis
- Pendaftaran Hero Kesedaran Kanser Hunt
- 11.00 pagi
Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Mewarna bertemakan “Perpaduan dan Kesihatan”
- 1.30 tengah hari
Pengumuman Pemenang
- Pengumuman pemenang pertandingan
- Sesi bergambar
- 2.00 petang
Sesi Informasi & Perkongsian
- Cancer Talk (Ceramah Kesedaran Kanser)
- Sesi perkongsian bersama pesakit dan penjaga
- 10.00 pagi – 5.00 petang
Aktiviti Sepanjang Hari
- Pameran kesihatan
- Saringan kesihatan
- Derma darah
Anda Adalah Hero
✨ ANDA ADALAH HERO! ✨
“Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita”
Let’s join Pencarian 5000 Hero bagi meningkatkan kesedaran kanser di Negeri Terengganu!
Ini bukan sekadar program, ia adalah misi kemanusiaan yang menggerakkan perpaduan, empati dan kekuatan bersama demi menyelamatkan nyawa.
📅 19 hingga 20 Disember 2025 (Jumaat & Sabtu)
⏰ 10.00 pagi hingga 9.00 malam
📍 KTCC Mall Kuala Terengganu
🔥 1 T Shirt 1 Misi!
Daftar sebagai HERO Kanser dan anda akan:
* Menerima T-shirt edisi khas Hero Kanser
* Diiktiraf sebagai Hero Kesedaran Kanser Negeri Terengganu
* Menyertai Cancer Walk Kuala Terengganu – Februari 2026
* Menyertai aktiviti kesedaran & sokongan komuniti kanser
* Menyertai pertandingan melukis & mewarna
* Berpeluang menyertai cabutan bertuah eksklusif
* Menerima Sijil Pengiktirafan Hero “Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita”
💚Jadilah suara harapan. Jadilah simbol kekuatan. Jadilah HERO.
💉 Aktiviti Eksklusif Sepanjang Program:
- Derma darah
- Pemeriksaan dan saringan kesihatan
- Lawatan booth pameran kesedaran kanser
- Aktiviti komuniti dan pendidikan
💬 “Kita nok cari hero kesedaran kanser Tranung, hok berani, hok cakna
Mari kite pakat jage dan ambil tahu”
📣 Jom datang ramai ramai bawa keluarga sahabat dan komuniti
Mari selamatkan nyawa dengan ilmu tindakan dan perpaduan
Pertandingan Melukis & Mewarna
“Malaysia Lawan Kanser Kepelbagaian Kekuatan Kita”
Sertai pertandingan seni yang membawa mesej besar untuk masyarakat. Tahun ini, tema lukisan mengangkat nilai perpaduan, kesihatan dan kesedaran sebagai kekuatan utama dalam melawan kanser di Malaysia.
- 📅 Tarikh : 20 Disember 2025
- 📍 Lokasi : KTCC Mall Kuala Terengganu
- 🎨 Yuran Penyertaan : RM15 seorang
Kategori Penyertaan
- Kategori 1 untuk umur 7 hingga 12 tahun
- Kategori 2 untuk umur 13 tahun dan ke atas
🎨Tema Lukisan
- Perpaduan dan Kesihatan
Sebarkan kesedaran selamatkan nyawa
Hadiah dan Penghargaan
- Johan menerima RM300 bersama plak dan sijil
- Naib Johan menerima RM200 bersama plak dan sijil
- Tempat Ketiga menerima RM100 bersama plak dan sijil
- Tempat ke 4 hingga ke 7 menerima RM70 setiap seorang bersama sijil
Semua peserta menerima sijil penyertaan
Syarat Penting
- Peserta wajib membawa alat melukis sendiri iaitu pensel pensel warna dan krayon
- Cat air tidak dibenarkan
- Peserta tidak dibenarkan menerima bantuan sepanjang pertandingan
- Masa pertandingan adalah satu jam
- Hasil lukisan mestilah original dan belum pernah dihantar ke mana-mana pertandingan
Pendaftaran boleh dibuat melalui QR Code yang tertera pada poster








