
Jom Nyinggoh @ KBT
Raikan Warisan, Seni & Budaya Tempatan!
Jom Nyinggoh @ KBT 2025 bakal menjadi salah satu acara kebudayaan terbesar di Negeri Terengganu! Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan, kesenian dan warisan tradisi Melayu yang menarik untuk seisi keluarga.
Butiran Acara
- 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu
- 🗓️ Tarikh: 18 – 21 Oktober 2025 (Sabtu – Selasa)
- 🕘 Masa: 9.00 pagi – 7.00 malam
- 💳 Tiket Masuk:
Dewasa – RM 5
Kanak-kanak – RM 2
Lokasi Acara
Tarikh Acara
Acara akan berlangsung dalam masa :
Pertunjukan Busana Warisan & Tarian Kebudayaan Cilik
Raikan keindahan warisan Melayu Terengganu melalui persembahan busana tradisional, nyanyian dan tarian yang memukau!
📅 Tarikh:
• 18 Oktober 2025 – 11.00 pagi & 3.00 petang (Busana Warisan Cilik & Nyanyian Cilik)
• 19 Oktober 2025 – 11.00 pagi & 3.00 petang (Tarian Silang Budaya)
👧 Persembahan ini menampilkan keanggunan busana warisan Melayu, keindahan nyanyian kanak-kanak, serta keunikan tarian silang budaya yang menjadi kebanggaan negeri Terengganu.
Warisan seni bela diri tradisional Terengganu kembali dipertontonkan kepada umum dalam suasana penuh semangat dan budaya! 💪🏽
- 📅 Tarikh: 19 Oktober 2025 (Ahad)
- 🕘 Masa:
• 9.30 pagi – 10.30 pagi
• 2.00 petang – 3.00 petang
Silat Gayong Ota-Ota bukan sekadar persembahan seni bela diri tetapi ia membawa nilai warisan, ketangkasan, keindahan gerak tari silat, dan semangat pahlawan Melayu Terengganu yang unik.
Pertandingan Kit Mewarna Batik
Sempena Jom Nyinggoh @ Kampung Budaya Terengganu, jom serlahkan bakat seni anak-anak anda dalam pertandingan mewarna batik tradisional Terengganu!
- 📅 Tarikh: 20 Oktober 2025 (Isnin)
- 🕘 Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
- 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu
- 💰 Yuran Penyertaan: RM10 sahaja
- 📜 Sijil penyertaan disediakan untuk semua peserta!
👧 Kategori Pertandingan:
Kategori A: 7 – 9 tahun
Kategori B: 10 – 12 tahun
🏆 Hadiah Menarik Menanti!
🥇 Tempat Pertama: RM80 + Sijil
🥈 Tempat Kedua: RM50 + Sijil
🥉 Tempat Ketiga: RM30 + Sijil
Pertandingan Busana Warisan Cilik
Sertai pertandingan busana warisan yang penuh keanggunan dan keunikan tradisi Melayu Terengganu! Acara ini memberi peluang kepada anak-anak untuk tampil menyerlah dengan busana tradisional warisan bangsa.
- 📅 Tarikh: 20 Oktober 2025 (Isnin)
- 🕘 Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
- 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu
- 💰 Yuran Penyertaan: RM35
- 📜 Terhad kepada 30 peserta sahaja
👧 Kategori:
A (4 – 7 tahun)
B (8 – 12 tahun)
🏆 Hadiah Pemenang (Kategori A & B)
- 🥇 Tempat Pertama: RM150 + Smartwatch + Sijil
- 🥈 Tempat Kedua: RM100 + Sijil
- 🥉 Tempat Ketiga: RM50 + Sijil
📌 Syarat Pertandingan Ringkas
Terbuka kepada kanak-kanak perempuan.
Pakaian mesti sopan & menutup aurat (bagi Muslim).
Solekan mestilah sesuai & tidak keterlaluan.
Peserta boleh menggayakan pakaian busana warisan masing-masing.
Penyertaan berdasarkan siapa cepat daftar!
Tarian Cilik Gamelan 2025
Rasai keindahan seni tradisional Terengganu menerusi persembahan tarian gamelan yang dibawakan oleh penari cilik berbakat! Acara ini menjadi antara persembahan utama dalam festival budaya terbesar negeri ini.
- 📅 Tarikh:
• 18 Oktober 2025 (Sabtu)
• 21 Oktober 2025 (Selasa) - 🕘 Masa:
• 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
• 2.30 petang – 3.00 petang
🥁 Selain menyaksikan persembahan tarian, anda juga boleh belajar alat muzik gamelan secara langsung bersama tenaga pengajar berpengalaman.
Tentatif Jom Nyinggoh @ KBT 2025
18 Oktober 2025 (Sabtu)
| Masa | Aktiviti |
|---|---|
| 9.00 pagi – 7.00 malam | Demonstrasi di rumah tradisional & Jualan Pasar Kita |
| 9.00 pagi – 5.00 petang | Mari Belajar Alat Muzik Gamelan (Istana Tg. Long) |
| 10.00 pagi – 11.00 pagi | Persembahan Muzik & Tarian Gamelan Cilik (Istana Tg. Long) |
| 11.00 pagi – 12.00 tengah hari | Pertunjukan Busana Warisan Cilik / Persembahan Nyanyian (Laman Singgahsana) |
| 2.30 petang – 3.00 petang | Persembahan Muzik & Tarian Gamelan Cilik (Istana Tg. Long) |
| 3.00 petang – 4.00 petang | Pertunjukan Busana Warisan Cilik / Persembahan Nyanyian (Laman Singgahsana) |
| 4.30 petang – 6.00 petang | Permainan Rakyat / Kuiz Kebudayaan (Laman Singgahsana) |
19 Oktober 2025 (Ahad)
| Masa | Aktiviti |
|---|---|
| 9.00 pagi – 7.00 malam | Demonstrasi di rumah tradisional & Jualan Pasar Kita |
| 9.00 pagi – 5.00 petang | Mari Belajar Alat Muzik Gamelan (Istana Tg. Long) |
| 9.30 pagi – 10.30 pagi | Pertunjukan Silat Gayong Ota-Ota (Laman Singgahsana) |
| 11.00 pagi – 12.00 tengah hari | Persembahan Tarian Silang Budaya (Laman Singgahsana) |
| 2.00 petang – 3.00 petang | Pertunjukan Silat Gayong Ota-Ota (Laman Singgahsana) |
| 3.00 petang – 4.00 petang | Persembahan Tarian Silang Budaya (Laman Singgahsana) |
| 4.30 petang – 6.00 petang | Permainan Rakyat / Kuiz Kebudayaan (Laman Singgahsana) |








