
Fun Run Perantau Anak Ganu 2025
Lari Demi Ukhwah!
Ingin habiskan hujung minggu dengan cara sihat, santai dan penuh keceriaan bersama keluarga? Jom sertai Fun Run Perantau Anak Ganu 2025 yang bakal berlangsung di Taman Tasik Shah Alam!
Butiran Acara
📅 Tarikh: Ahad, 2 November 2025
⏰ Masa: 7.00 pagi (masa berkumpul)
📍 Lokasi: Taman Tasik Shah Alam
🏁 Jarak: 4KM (lari santai, mesra keluarga)
- 📃 Penyertaan: Terhad 1500 orang sahaja!
Lokasi Acara
Tarikh Acara
Acara akan berlangsung dalam masa :
📞 Maklumat Hubungan
👤 Shafiq : 📱 014-5277350
👤 Kama : 📱 018-9762884
Yuran & Pakej
(termasuk medal + bip peserta)
Tambahan pilihan untuk peserta

Kenapa Wajib Sertai Fun Run Perantau Anak Ganu 2025?
Medan Ukhuwah Perantau
Acara ini bukan sekadar larian biasa, tetapi medan untuk menghimpunkan Perantau Anak Terengganu & keluarga di Lembah Klang, Selangor. Dengan trek sejauh 4KM yang mesra keluarga, larian di tasik ini menjanjikan suasana riadah santai yang meriah, sihat dan penuh ukhuwah. Acara ini terbuka untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga warga emas. Bukan siapa paling laju, tetapi siapa paling meriah membawa keluarga!
Aktiviti Menarik untuk Semua Peserta
Fun Run Perantau Anak Ganu memberi peluang untuk beriadah secara sihat dan ringan bersama seisi keluarga. Setiap peserta akan menerima medal eksklusif sebagai kenangan, di samping berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan hadiah menarik. Acara ini turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik dan hiburan komuniti, menjadikannya pengalaman yang menyeronokkan untuk semua. Paling penting, ia menjadi ruang untuk menguatkan ukhuwah sesama perantau, sambil mencipta momen indah bersama orang tersayang.
Syarat Umum Penyertaan
Terbuka Kepada Perantau & Keluarga
Semua Perantau Anak Terengganu & sekeluarga di Lembah Klang boleh menyertai.
Pakaian Patuh Syariah
Pakaian mestilah menutup aurat dan mematuhi garis panduan syariah.
Terbuka Kepada Non-Muslim
Semua dialu-alukan menyertai dengan syarat berpakaian sopan.
Jarak Larian 4KM
Laluan santai mesra keluarga sepanjang 4 kilometer.
Tarikan Menarik di Taman Tasik Shah Alam
Selain larian, peserta juga boleh menikmati keindahan dan aktiviti di sekitar Taman Tasik Shah Alam:
🌳 Landskap Hijau & Tasik Indah – suasana nyaman untuk bersantai
🛝 Taman Permainan Kanak-Kanak – kegembiraan untuk si kecil
🧗 Flying Fox & Rekreasi Lasak – cabaran untuk remaja & dewasa
🚶 Laluan Jogging & Berbasikal – trek selesa untuk riadah bersama keluarga
📸 Spot Fotografi Cantik – jambatan ikonik & view tasik yang memukau
Sertai & Rasai Pengalaman Berbeza!
Fun Run Perantau 2025
adalah lebih daripada sekadar acara larian. Ia merupakan medan yang menyatukan komuniti perantau, mengeratkan silaturahim, dan menghidupkan suasana riadah yang sihat serta ceria bersama keluarga tercinta. Dengan pelbagai aktiviti menarik, hadiah istimewa dan trek santai yang mesra semua peringkat umur, acara ini pasti meninggalkan kenangan indah yang sukar dilupakan.
Kongsikan Kepada Kenalan Anda
Saya berminat untuk menyimpan acara ini
