Lang Tengah Island
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Pulau Lang
Middle
“Maldive di Asia Tenggara”
Introduction
Lang Tengah Island
terletak di daerah Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, adalah sebuah destinasi tropika yang menenangkan dan indah. Pulau ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan kehidupan laut di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Di Manakah Terletaknya Pulau Lang Tengah?
Lang Tengah Island
terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, kira-kira 40 km dari pesisir pantai Kuala Terengganu. Ia boleh diakses dengan bot laju dari Jeti Merang, dalam perjalanan selama lebih kurang 40 minit. Walaupun pulau ini tidak sepopular Redang Island and Perhentian Island, ia tetap menawarkan pengalaman yang unik dan menarik. Pulau ini adalah destinasi yang sempurna untuk mereka yang mencari ketenangan dan privasi dalam percutian mereka.
Gelaran Pulau Lang Tengah
Lang Tengah Island
known as “The Eagle in the Middle”, merujuk kepada dua elemen utama dalam namanya. Perkataan “Lang” bermaksud helang laut yang sering dilihat bertelur dan mendiami kawasan pulau ini, manakala “Tengah” merujuk kepada kedudukannya yang terletak di antara Redang Island and Pulau Perhentian.
Status Taman Laut (Marine Park)
Sejak tahun 1994, kawasan laut sekitar pulau ini telah diisytiharkan sebagai Taman Laut berstatus nasional oleh Jabatan Perikanan. Ia lengkap dengan zon larangan menangkap ikan (“no-take zone”) dengan tujuan memelihara ekosistem laut.
Kenapa Anda Perlu Melawat Pulau Lang Tengah?
1. Keunikan Terumbu Karang
Pilihan utama untuk aktiviti snorkeling dan scuba diving. Terumbu karang di sini sangat terpelihara dan kaya dengan kehidupan marin seperti penyu, ikan nemo, dan pelbagai spesies tropika.
2. Suasana Privasi dan Tenang
Sangat sesuai untuk honeymoon, percutian keluarga. Lang Tengah jauh lebih tenang kerana jumlah resort yang terhad berbanding dengan Redang dan Perhentian.
3. Melihat Penyu Bertelur
Pulau ini menjadi lokasi bertelur penyu hijau dan karah. Musim bertelur biasanya antara April hingga Oktober. Pengalaman yang sesuai bagi pencinta alam dan kanak-kanak.
4. Jelajah Pulau & Aktiviti Lasak
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti kayak, jungle trekking, scuba walk, dan melihat ‘blue sand’ (pasir bercahaya pada waktu malam).
Pemenang Star Golden Hearts Award 2023
Program Lang Tengah Turtle Watch (LTTW)
sebuah inisiatif pemuliharaan penyu yang aktif sejak tahun 2013, telah menerima Anugerah Star Golden Hearts 2023 daripada The Star dan Yayasan Gamuda. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap usaha menyelamatkan dan melindungi telur penyu serta pemuliharaan habitat marin di sekitar pulau.
Sejak pelancarannya, LTTW berjaya:
- Menyelamatkan lebih 21,000 telur penyu
- Menjalankan pendidikan komuniti dan pelancong
- Bekerjasama dengan resort dan NGO dalam aktiviti pemuliharaan
Penginapan di Pulau Lang Tengah
Antara resort atau penginapan yang popular di sini:
- Summer Bay Resort Lang Tengah
- Sari Pacifica Resort & Spa
- D’Coconut Lagoon Resort
- Blue Coral Island Resort
Kebanyakan resort menawarkan pakej penuh (fullboard) termasuk penginapan, makanan, dan aktiviti snorkeling.
Percutian di Tengah Pulau
Lang Tengah Island
ialah tempat percutian ideal bagi anda yang menginginkan ketenangan, keindahan semula jadi, dan pengalaman melihat keindahan kehidupan laut marin yang luar biasa. Pulau yang mempunyai keunikan dan keasliannya bakal menjadi memori indah buat anda, keluarga dan rakan-rakan.
Please zoom to know the location of the island
List of Amenities
- Pet Friendly
- Booking
- Outdoor Seating