Island Perhentian

“Best Tropical Vacation Destination in Malaysia”

Introduction

Perhentian Island

terletak di Terengganu, pantai timur Semenanjung Malaysia, terkenal sebagai “Marine Paradise” di rantau ini. Pulau di bawah daerah Besut ini adalah destinasi yang menjanjikan pengalaman percutian tropika yang tidak terlupakan. Pulau di Terengganu ini menjadi pilihan pelancong tempatan mahupun antarabangsa untuk percutian pantai yang sempurna.

Gugusan Pulau

Terdiri daripada dua pulau utama, Perhentian Kecil dan Perhentian Besar, kedua-duanya menawarkan pantai berpasir putih, air laut yang jernih seperti kristal, dan kehidupan marin yang cantik. Pulau Perhentian ialah sebuah gugusan pulau yang terletak kira-kira 10 batu nautika (19 km) dari pesisir pantai timur laut negeri Terengganu, Malaysia, dan sekitar 40 batu nautika (64 km) di sebelah selatan sempadan Thailand.

Kenapa Pulau Perhentian Popular?

Pulau Perhentian pernah menerima pengiktirafan antarabangsa:

Lonely Planet

Dinobatkan sebagai ke-5 terbaik di dunia untuk bergayut hammock.

CNN

Diiktiraf sebagai ke-13 pantai terbaik di dunia oleh CNN pada tahun 2013.

Selain itu, ia telah diwartakan sebagai Taman Laut Kebangsaan sejak tahun 1994, menjadikannya destinasi pemuliharaan hidupan marin yang sangat terjaga.

Asal Usul Nama Pulau Perhentian

Nama Pulau Perhentian

berasal daripada perkataan Melayu yang bermaksud “tempat berhenti”, merujuk kepada fungsinya sebagai lokasi persinggahan kapal. Pada awalnya, pulau ini digunakan sebagai tempat berehat oleh pedagang, nelayan, dan pelaut yang belayar di sepanjang pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia. Malah, pada abad ke-19, Pulau ini pernah dijadikan pangkalan oleh lanun dari pantai timur Sumatra untuk menyerang kapal-kapal perdagangan. Apabila era penjajahan British bermula, keadaan di pulau ini menjadi lebih aman dan mula beralih menjadi pusat perikanan tradisional yang terkenal dalam kalangan nelayan tempatan kerana kekayaan hasil lautnya.

Tempat Persinggahan Kapal Sejak Dulu Hingga Kini

Pulau ini dahulunya terletak di laluan dagang utama antara China dan Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan pesisir Semenanjung Tanah Melayu. Kapal dagang, termasuk kapal garam dari Singgora (Selatan Thailand), singgah di sini untuk berlindung atau memunggah barang ke Kuala Terengganu. Peranan sebagai tempat kapal berlabuh inilah yang memberi nama “Perhentian”. Sehingga kini, pulau ini masih menjadi lokasi perlindungan semula jadi bagi kapal kecil ketika cuaca buruk.

Cara Ke Pulau Perhentian

Untuk ke pulau ini, pelancong perlu menaiki bot dari Jeti Kuala Besut, iaitu pusat utama permulaan perjalanan ke pulau ini. Jeti Kuala Besut terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari bandar Kota Bharu atau lebih kurang 1 jam 30 minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Jeti ini menjadi tumpuan pelancong kerana kemudahan bot laju dan perkhidmatan tiket yang lengkap ke seluruh pulau di Terengganu.

Tarikan Menarik Di Pulau Perhentian

1. Snorkeling & Diving

Antara aktiviti utama di sini ialah snorkeling dan menyelam skuba. Coral Garden, Shark Point dan Turtle Point adalah spot popular untuk melihat penyu & pelbagai spesies ikan tropika.

2. Pantai Yang Cantik

Long Beach di Perhentian Kecil terkenal dengan suasana santai dan meriah pada waktu malam. Manakala Teluk Pauh di Perhentian Besar lebih sesuai untuk percutian keluarga.

3. Santuari Alam Semula Jadi

Pulau Penyu di Perhentian Besar merupakan lokasi pujaan bagi melihat penyu datang bertelur. Ia juga tempat santai yang tenang dan jarang sesak oleh pengunjung.

4. Pengembaraan Hutan Hijau

Laluan trekking melalui hutan tebal ke pantai-pantai eksklusif seperti Adam & Eve Beach dan Landing Beach menambahkan variasi alam semula jadi yang indah di tepi pantai.

Nature Conservation

Perhentian Island

memberikan penekanan kepada pemeliharaan alam semula jadi. Terdapat projek pemuliharaan terumbu karang dan penyu, serta kempen untuk membersihkan pantai daripada sampah plastik dan pencemaran. Usaha ini bertujuan memastikan keindahan alam terpelihara untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Syurga Marin Malaysia Yang Wajib Anda Kunjungi

Perhentian Island 

merupakan destinasi percutian tropika popular di Malaysia, sesuai untuk semua jenis pelancong. Sebagai tambahan, Pulau Perhentian Kecil terkenal dengan suasana meriah dan harga bajet, ideal untuk backpacker. Manakala Pulau Perhentian Besar lebih tenang dan eksklusif, sesuai untuk mereka yang inginkan keselesaan dan percutian mewah.