🏃 TM27 · PANDUAN PELARI

Terengganu Marathon 2027: Tarikh, Kategori & Panduan Pelari

Run. Explore. Chill.

Semua yang anda perlu tahu sebelum menyertai Terengganu Marathon 2027, daripada jadual flag off, pilihan kategori, persediaan race kit, laluan sehinggalah penginapan berdekatan.

📅 30 April & 1 Mei 2027 📍 Gong Badak, Kuala Nerus 🏅 5KM · 10KM · 21KM · 42KM
00Hari
00Jam
00Minit
00Saat
Menuju flag off pertama (10KM), 30 April 2027, 9.10 malam
Info Ringkas

Terengganu Marathon 2027 Secara Ringkas

Simpan maklumat asas ini dahulu. Ia memudahkan anda merancang cuti, perjalanan dan latihan.

📍

Lokasi

Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak

📅

Tarikh

30 April & 1 Mei 2027

🏅

Kategori Larian

42KM Full Marathon21KM Half Marathon10KM5KM Fun Run
🏃

Penganjur

Kelab Olahraga Alam Sinergi

⚠️

Penting untuk diketahui: sebahagian kategori bermula pada waktu malam dan awal pagi. Oleh itu, pastikan anda menyemak jadual flag off mengikut kategori yang didaftarkan.

Race Schedule

Jadual Flag Off & Cut Off Time TM27

Larian TM27 berlangsung merentasi malam 30 April sehingga pagi 1 Mei 2027. Semak slot kategori anda supaya tidak tersilap hari.

🕘 Garis Masa Malam Larian

10KM
9.10 hingga 11.10 malam
42KM
12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi
21KM
2.15 hingga 6.15 pagi
5KM
9 mlm12 mlm3 pg6 pg9 pg

Bar menunjukkan tempoh dari flag off hingga cut off. 5KM Fun Run bermula 8.10 pagi.

Slot 1
10KM
10KM Run
Flag off
9.10 malam, 30 April 2027
Cut off
11.10 malam
Tempoh
2 jam
Slot 2
42KM
Full Marathon
Flag off
12.00 tengah malam, 1 Mei 2027
Cut off
8.00 pagi
Tempoh
8 jam
Slot 3
21KM
Half Marathon
Flag off
2.15 pagi, 1 Mei 2027
Cut off
6.15 pagi
Tempoh
4 jam
Slot 4
5KM
Fun Run · Slot terhad
Flag off
8.10 pagi, 1 Mei 2027
Format
Fun Run
🔔

Jadual mungkin berubah mengikut keputusan penganjur. Semak pengumuman terbaru sebelum race day.

Pilih Jarak Anda

Kategori Terengganu Marathon 2027: 5KM, 10KM, 21KM dan 42KM

Tidak semestinya kena jadi pelari marathon untuk menyertai TM27. Acara ini menawarkan empat jarak larian yang boleh dipilih mengikut tahap kecergasan dan pengalaman.

5KMFun Run
Tahap cabaranSantai
Event tee 5KM Fun Run Terengganu Marathon 2027
👕 Event Tee 5KM
🎂 Umur minimum7 Tahun Ke Atas
  • 🚩 Flag off8.10 pagi, 1 Mei
  • ⏱️ Cut offFun run
Sesuai untuk🟢 Keluarga dan peserta santai

Mahu menikmati suasana acara bersama keluarga atau rakan? Kategori ini lebih sesuai untuk pengalaman santai.

👨‍👧 Peserta bawah 12 tahun perlu ditemani orang dewasa berdaftar berumur 18 tahun ke atas.

Lihat semua jersi 5KM →
10KMRun
Tahap cabaranSederhana
Event tee 10KM Run Terengganu Marathon 2027
👕 Event Tee 10KM
🎂 Umur minimum12 Tahun Ke Atas
  • 🚩 Flag off9.10 malam, 30 April
  • ⏱️ Cut off2 jam
Sesuai untuk🔵 Beginner yang sudah berlatih

Sudah biasa berjoging dan mahu mencabar diri? Jadikan 10KM sebagai sasaran seterusnya.

Lihat semua jersi 10KM →
21KMHalf Marathon
Tahap cabaranMencabar
Event tee 21KM Half Marathon Terengganu Marathon 2027
👕 Event Tee 21KM
🎂 Umur minimum16 Tahun Ke Atas
  • 🚩 Flag off2.15 pagi, 1 Mei
  • ⏱️ Cut off4 jam
Sesuai untuk🟠 Pelari berpengalaman

Sesuai untuk pelari yang mempunyai latihan konsisten, pengalaman larian jarak sederhana dan pelan pacing.

Lihat semua jersi 21KM →
42KMFull Marathon
Tahap cabaranSangat mencabar
Event tee 42KM Full Marathon Terengganu Marathon 2027
👕 Event Tee 42KM
🎂 Umur minimum18 Tahun Ke Atas
  • 🚩 Flag off12.00 tengah malam, 1 Mei
  • ⏱️ Cut off8 jam
Sesuai untuk🔴 Pelari jarak jauh yang terlatih

Cabaran untuk pelari yang bersedia dengan latihan endurance, nutrisi, hidrasi dan pengurusan tenaga.

Lihat semua jersi 42KM →
💡

Tip: Pilih kategori berdasarkan kemampuan semasa dan masa latihan yang tersedia, bukan semata-mata kerana jarak paling jauh nampak lebih mencabar.

Perhatian Khusus

Peserta 42KM: Anda Bermula Tengah Malam

12.00 AM 1 Mei 2027

Flag off pukul 12.00 tengah malam pada 1 Mei bermaksud anda perlu bersedia di kawasan acara pada malam 30 April (Jumaat).

  • 🚩Sebaiknya hadir lebih awal untuk mencari holding area.
  • 🤸Buat pemanasan badan dengan tenang sebelum pelepasan.
  • 🚗Elakkan kesesakan sebelum flag off dengan tiba awal.
  • 📢Jadual mungkin berubah mengikut keputusan penganjur. Semak pengumuman terbaru sebelum race day.
Persediaan

10 Cadangan Barang Keperluan Larian Mengikut Gaya Larian Anda

Tapis mengikut gaya larian anda supaya senarai lebih fokus.

👟1

Kasut Larian

BeginnerMarathon

Untuk beginner hingga marathon runners. Fokus pada keselesaan, cushioning dan saiz yang sesuai.

🛒 Lihat di Shopee
🧦2

Stokin

Semua pelari

Pilih stokin breathable, moisture-wicking dan mempunyai jahitan selesa untuk mengurangkan geseran.

🛒 Lihat di Shopee
🎽3

Baju Sukan

Cuaca panas

Sesuai untuk cuaca panas Malaysia. Pilih fabrik ringan, cepat kering dan mudah menyerap serta menyalurkan peluh.

🛒 Lihat di Shopee
🩳4

Seluar

JoggingLong run

Seluar ringan dengan inner tights dan poket berzip, sesuai untuk jogging serta latihan jarak jauh.

🛒 Lihat di Shopee
👝5

Beg Pinggang

Simpan barang

Untuk menyimpan telefon, kunci dan wang ketika berlari. Cari model yang tidak mudah melantun.

🛒 Lihat di Shopee
🧢6

Topi

Pagi & petang

Membantu melindungi wajah daripada sinaran matahari dan mengurus peluh ketika larian waktu pagi atau petang.

🛒 Lihat di Shopee
💧7

Botol Air Lipat

Long runTrailMarathon

Mudah dibawa ketika long run, trail running dan marathon. Botol menjadi lebih kecil apabila air berkurangan.

🛒 Lihat di Shopee
🎒8

Vest Larian

Jarak jauhTrail

Sesuai untuk pelari jarak jauh dan trail runners. Boleh membawa air, energy gel, telefon dan keperluan kecil.

🛒 Lihat di Shopee
⚡9

Energy Gel

Half MarathonMarathon

Sumber karbohidrat mudah dibawa untuk sesi larian panjang. Sesuai untuk persediaan half marathon dan marathon.

🛒 Lihat di Shopee
⌚10

Jam Larian GPS

PaceJarakPrestasi

Untuk memantau jarak, pace, masa dan prestasi latihan. Pilih model dengan GPS terbina jika ingin merekod laluan tanpa telefon.

🛒 Lihat di Shopee

Sebahagian pautan dalam senarai ini ialah pautan affiliate. Discovery Terengganu mungkin menerima komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

REPC TM27

Apa yang Perlu Dibawa Semasa Mengambil Race Kit?

Race kit diambil di kaunter REPC (Race Entry Pack Collection). Sediakan dokumen awal supaya urusan lebih pantas.

📄 Dokumen & Isi Race Kit

  • Sediakan kad pengenalan atau pasport berserta e-mel atau slip pengesahan pendaftaran.
  • Race kit lazimnya merangkumi race bib, timing chip bagi kategori kompetitif serta baju acara jika termasuk dalam pakej yang dipilih.
  • Jika tidak dapat hadir, penganjur turut membenarkan pengambilan melalui wakil dengan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Pilihan penghantaran juga tersedia bagi pendaftaran tertentu.

🕙 Waktu Pengambilan Race Kit

Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak

29 April 202710 pagi hingga 10 malam
30 April 202710 pagi hingga 6 petang
⚠️

Penting: Tiada pengambilan race kit selepas tempoh yang ditetapkan. Jadi, pelari luar negeri digalakkan tiba lebih awal dan menguruskan pengambilan sebelum waktu akhir.

Jersi Rasmi TM27

Jersi Acara & Finisher Tee Terengganu Marathon 2027

Lihat reka bentuk jersi bagi setiap kategori sebelum mendaftar. Tekan gambar untuk paparan lebih besar.

Event Tee 42KM Terengganu Marathon 2027🔍
42KM

👕 Event Tee

Jersi acara rasmi kategori 42KM Full Marathon.

Singlet 42KM Terengganu Marathon 2027🔍
42KM

👕 Singlet

Versi singlet tanpa lengan yang ringan untuk larian jarak jauh.

Muslimah 42KM Terengganu Marathon 2027🔍
42KM

👕 Muslimah

Rekaan versi muslimah bagi kategori 42KM.

Finisher Tee 42KM Terengganu Marathon 2027🔍
42KM

🏅 Finisher Tee

Finisher tee khas kategori 42KM Full Marathon.

Event Tee 21KM Terengganu Marathon 2027🔍
21KM

👕 Event Tee

Jersi acara rasmi kategori 21KM Half Marathon.

Singlet 21KM Terengganu Marathon 2027🔍
21KM

👕 Singlet

Versi singlet tanpa lengan yang ringan untuk larian jarak sederhana.

Muslimah 21KM Terengganu Marathon 2027🔍
21KM

👕 Muslimah

Rekaan versi muslimah bagi kategori 21KM.

Finisher Tee 21KM Terengganu Marathon 2027🔍
21KM

🏅 Finisher Tee

Finisher tee khas kategori 21KM Half Marathon.

Event Tee 10KM Terengganu Marathon 2027🔍
10KM

👕 Event Tee

Jersi acara rasmi kategori 10KM Run.

Muslimah 10KM Terengganu Marathon 2027🔍
10KM

👕 Muslimah

Rekaan versi muslimah bagi kategori 10KM.

Event Tee 5KM Terengganu Marathon 2027🔍
5KM

👕 Event Tee

Jersi acara rasmi kategori 5KM Fun Run.

Muslimah 5KM Terengganu Marathon 2027🔍
5KM

👕 Muslimah

Rekaan versi muslimah bagi kategori 5KM.

ℹ️

Jenis jersi, saiz dan finisher tee yang diterima tertakluk kepada kategori serta pakej pendaftaran yang dipilih. Semak butiran penuh di laman rasmi pendaftaran sebelum membuat pembayaran.

Two Bridges Marathon

Laluan Terengganu Marathon 2027: Apa yang Perlu Pelari Tahu?

Laluan perlumbaan merupakan antara perkara yang wajar disemak sebelum menentukan strategi larian.

🌉

TM27 turut membawa identiti Two Bridges Marathon, yang mengetengahkan pengalaman larian di Terengganu.

🚫

Jangan bergantung pada peta edisi terdahulu kerana laluan dan susunan stesen bantuan boleh berubah.

📲

Penganjur menyediakan halaman route map serta fail GPX bagi kategori utama untuk membantu peserta menyemak laluan.

🧭 Route Map 3D TM27

Pilih kategori, kemudian tekan Tonton Laluan 3D untuk ikut laluan dari garisan mula hingga tamat.

🏃 KM 0.0 / 42.95
Memuatkan peta 3D...
📈 Profil KetinggianSentuh atau hover graf untuk lihat titik di peta
Stadium Tertutup: REPC, Mula & Tamat 💧Stesen air 5Penanda KM

Laluan dipaparkan berdasarkan fail GPX TM27 bagi kategori 42KM, 21KM dan 10KM. Ketinggian dinding laluan dibesarkan supaya perubahan aras mudah dilihat. Laluan 5KM Fun Run belum disertakan. Laluan dan stesen air boleh berubah, jadi sentiasa rujuk pengumuman terkini penganjur.

Semak Route Map & GPX Rasmi →
Penginapan

Hotel Dekat Terengganu Marathon 2027: Kawasan Mana Paling Sesuai?

Datang dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor atau negeri lain? Pemilihan hotel boleh mempengaruhi keselesaan anda pada hari perlumbaan.

Pilihan praktikal

📍 Gong Badak & Kuala Nerus

Kawasan ini merupakan pilihan praktikal bagi peserta yang mahu mengutamakan perjalanan ke lokasi acara.

  • ✅Akses ke kawasan Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
  • ✈️Dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
  • 🔎Ketika membuat tempahan, semak jarak perjalanan sebenar, kemudahan parkir serta waktu daftar masuk dan daftar keluar.
Larian + percutian

🏙️ Bandar Kuala Terengganu

Jika mahu menggabungkan larian dengan percutian, penginapan di bandar Kuala Terengganu juga boleh dipertimbangkan.

  • 🍜Lebih banyak peluang meneroka tempat makan dan kawasan membeli-belah.
  • 🏝️Mudah ke destinasi pelancongan selepas acara.
  • 🚕Rancang pengangkutan lebih awal kerana sesetengah kategori bermula pada waktu tengah malam atau awal pagi.

🧭 Explore & Chill selepas larian

Sebelum Race Day

Checklist Pelari TM27

Tandakan satu per satu. Progress anda disimpan dalam browser ini.

0 daripada 8 selesai

Sedia Untuk Garisan Mula TM27?

Run. Explore. Chill.

Daftar melalui link rasmi pendaftaran TM27 dan pilih kategori yang paling sesuai dengan anda. Slot 5KM Fun Run adalah terhad.

Daftar Terengganu Marathon 2027 →
Penganjur: Kelab Olahraga Alam Sinergi
Poster panduan pelari Terengganu Marathon 2027 kategori 5KM, 10KM, 21KM dan 42KM

Jambatan Angkat bercahaya malam,
Ombak berlagu di Batu Buruk;
Garisan mula kita genggam,
Garisan tamat kita peluk.

📚 Bacaan Lain dari Discovery Terengganu

Maklumat dalam halaman ini disusun berdasarkan pengumuman penganjur Terengganu Marathon 2027. Jadual, laluan dan syarat penyertaan boleh berubah mengikut keputusan penganjur. Sentiasa rujuk laman rasmi pendaftaran TM27 untuk maklumat terkini.

Terengganu Marathon 202730 April & 1 Mei 2027

Daftar
Link disalin