10 Klinik Veterinar dan Klinik Haiwan Terbaik di Terengganu
DrVet Klinik Veterinar Kuala Terengganu di Kuala Ibai
Klinik Veterinar Tawakkal Gong Badak dan Padang Midin, Kuala Terengganu
Klinik Haiwan Pet Alley di Kampung Hiliran, Kuala Terengganu
Klinik Veterinar Glow di Binjai Rendah, Marang, Terengganu
Klinik Haiwan KT Kuala Terengganu berhadapan Stadium Gong Badak
Panduan Discovery Terengganu

10 Klinik Haiwan & Klinik Veterinar Terbaik di Terengganu

Panduan lengkap klinik veterinar dan klinik haiwan terbaik di Terengganu untuk vaksin, rawatan sakit, pembedahan serta kes kecemasan haiwan kesayangan anda.

🐾 10 klinik pilihan 📍 Kuala Terengganu, Kuala Nerus & Marang 🩺 25 jenis perkhidmatan
Mula di sini

Mencari klinik haiwan atau klinik veterinar di Terengganu yang dipercayai untuk kucing atau binatang kesayangan anda?

Sama ada untuk vaksin, rawatan sakit, pembedahan atau kes kecemasan, pemilihan klinik haiwan yang betul sangat penting untuk memastikan haiwan peliharaan anda sentiasa sihat dan selamat.

Artikel ini menyenaraikan 10 Klinik Veterinar & Klinik Haiwan Terbaik di Terengganu berdasarkan lokasi popular, reputasi dan kepercayaan pemilik haiwan tempatan.

Lihat 10 senarai klinik
10 Klinik Veterinar dan Klinik Haiwan Terbaik di Terengganu
Klinik haiwan terbaik di Terengganu kini lebih mudah dicari dan diakses
Senarai pilihan

Di Mana Klinik Haiwan Terbaik di Terengganu? Ini 10 Pilihan Paling Popular

Sepuluh klinik haiwan terbaik di Terengganu ini disusun mengikut lokasi, perkhidmatan utama dan pautan terus ke Google Maps.

DrVet Klinik Veterinar Kuala Terengganu

1. DrVet Klinik Veterinar Kuala Terengganu

📍 Kuala Ibai, Kuala Terengganu

DrVet merupakan antara klinik veterinar paling lengkap di Kuala Terengganu. Klinik ini terkenal dengan kemudahan moden serta doktor yang berpengalaman mengendalikan kes biasa hingga kes kritikal.

Perkhidmatan Utama:

  • Konsultasi
  • Ujian pantas penyakit berjangkit & Ujian darah
  • Ultrasound
  • Pemandulan kucing jantan & betina
  • Rawatan pergigian
  • Pembedahan tisu lembut
  • Wad dan kuarantin
  • Rawatan pencegahan (Vaksin, nyahkutu dan nyahcacing)
  • Rawatan ke rumah
  • Diet preskripsi (Royal Canin)
  • Boarding

Sesuai untuk pemilik kucing dan anjing yang perlukan rawatan cepat dan profesional.

Klik Untuk Ke Lokasi
Klinik Veterinar Tawakkal Gong Badak dan Padang Midin

2. Klinik Veterinar Tawakkal (Gong Badak & Padang Midin)

📍 Kuala Terengganu

Perkhidmatan klinik ini merupakan antara klinik haiwan yang dipercayai di Terengganu dengan dua cawangan utama di Gong Badak dan Padang Midin. Klinik ini menyediakan perkhidmatan veterinar untuk kucing dan anjing merangkumi pemeriksaan kesihatan, rawatan penyakit biasa, vaksinasi serta kes kecemasan ringan.

Perkhidmatan Utama:

  • Pemeriksaan kesihatan haiwan
  • Perkhidmatan Xray
  • Vaksinasi lengkap untuk haiwan peliharaan
  • Rawatan penyakit & kecemasan
  • Khidmat nasihat veterinar dan penjagaan haiwan
  • Rawatan antikutu dan anticacing lanjutan
  • Perkhidmatan janji temu
  • Produk veterinar & farmasi in clinic
  • Rawatan kulit dan alergi

Klinik ini menjadi pilihan ramai pemilik haiwan di Terengganu kerana perkhidmatan berkualiti tinggi, fasiliti moden dan kakitangan veterinar yang berpengalaman.

Klik Untuk Ke Lokasi
Klinik Haiwan Pet Alley Kuala Terengganu

3. Klinik Haiwan Pet Alley

📍 Kampung Hiliran, Kuala Terengganu

Klinik Haiwan Pet Alley merupakan klinik veterinar yang popular di Pulau Kambing, Kuala Terengganu dan sering menjadi pilihan pemilik kucing dan anjing di Terengganu. Klinik ini menawarkan perkhidmatan veterinar yang lengkap dalam suasana mesra haiwan, selesa dan profesional.

Perkhidmatan Utama:

  • Pemeriksaan Kesihatan Umum
  • Vaksinasi & Pencegahan Penyakit
  • Grooming & Penjagaan Kebersihan
  • Boarding / Penjagaan Harian

Klinik ini terletak berhampiran kawasan perumahan dan mudah diakses dari pusat bandar Kuala Terengganu, sesuai untuk pemilik pet yang mencari servis lengkap di satu lokasi.

Klik Untuk Ke Lokasi
Klinik Veterinar Glow Binjai Rendah Marang Terengganu

4. Klinik Veterinar Glow

📍 Binjai Rendah, Marang

Klinik Veterinar Glow Binjai Rendah ialah sebuah klinik veterinar profesional di PT 8904, Taman Mewah, Binjai Rendah, Marang, Terengganu yang menyediakan penjagaan kesihatan haiwan peliharaan secara menyeluruh.

Perkhidmatan Klinik Veterinar Glow:

  • Pemeriksaan kesihatan umum
  • Vaksinasi & pencegahan penyakit
  • Rawatan penyakit & kecemasan
  • Konsultasi veterinar
  • Rawatan kucing termasuk wad

Klinik ini juga terkenal dengan staf veterinar berpengalaman dan peralatan asas klinikal yang lengkap, menjadikannya pilihan popular di kalangan pemilik haiwan di kawasan Marang dan sekitarnya.

Klik Untuk Ke Lokasi
Klinik Haiwan Sophea Kampung Dalam Kuala Terengganu

5. Klinik Haiwan Sophea

📍 Kampung Dalam, Kuala Terengganu

Klinik ini merupakan klinik veterinar tempatan yang sangat dipercayai. Ramai pemilik kucing memuji ketelitian dan kesabaran doktor di sini. Harganya berpatutan dan berada di lokasi strategik di Bandar Kuala Terengganu. Parking berbumbung khas juga disediakan untuk pelanggan klinik.

Perkhidmatan Utama:

  • Rawatan umum
  • Vaksin
  • Pemeriksaan berkala
  • Nasihat penjagaan haiwan

Klinik Haiwan Sophea merupakan sebuah klinik veterinar tempatan yang terletak di Jalan Dato’ Isaacs, berdekatan dengan Masjid Abidin (Masjid Putih) serta DJ Citi Plaza Hotel & Suites di Kuala Terengganu.

Klik Untuk Ke Lokasi
Klinik Haiwan HAJR Purrlove Kampung Bukit Tumbuh Kuala Nerus

6. Klinik Haiwan HAJR Purrlove

📍 Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Nerus

Klinik Haiwan HAJR Purrlove merupakan sebuah klinik veterinar tempatan yang terletak di Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, Terengganu. Klinik ini dikenali dengan pendekatan mesra haiwan, layanan penuh prihatin serta suasana yang tenang dan selesa, khususnya untuk kucing dan anjing.

Perkhidmatan & Kemudahan:

  • Vaksin
  • Rawatan kes ringan
  • Nasihat penjagaan haiwan
  • Parking yang luas

Review pelanggan juga menunjukkan klinik ini mendapat rating tinggi dan layanan yang positif daripada komuniti pemilik pet di kawasan sekitar.

Klik Untuk Ke Lokasi
Klinik Haiwan KT Kuala Terengganu hadapan Stadium Gong Badak

7. Klinik Haiwan KT Kuala Terengganu

📍 Hadapan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus

Klinik Haiwan KT merupakan salah satu klinik veterinar yang sering menjadi pilihan pemilik haiwan di kawasan Kuala Terengganu & Kuala Nerus.

Perkhidmatan Utama:

  • Pemeriksaan kesihatan lengkap
  • Vaksinasi rutin untuk kucing & anjing
  • Rawatan penyakit biasa, kulit & jangkitan
  • Rawatan kecemasan ringan
  • Nasihat penjagaan haiwan & pemakanan
  • Ujian darah lengkap

Klinik ini sering dipuji kerana doktor veterinar dan staf yang mesra pelanggan, memahami kelakuan haiwan, serta suasana klinik yang bersih dan selesa untuk haiwan peliharaan.

Klik Untuk Ke Lokasi
Klinik Veterinar Haiwanku Batu Buruk Kuala Terengganu

8. Klinik Veterinar Haiwanku

📍 Batu Buruk, Kuala Terengganu

Klinik Veterinar Haiwanku ialah sebuah klinik haiwan yang memberikan rawatan veterinar asas hingga sederhana kepada kucing, anjing dan haiwan kecil lain di kawasan sekitar Batu Buruk dan Kuala Terengganu.

Perkhidmatan Klinik Veterinar Haiwanku

  • Rawatan penyakit biasa (kulit, telinga, mata, usus)
  • Vaksinasi & pencegahan penyakit
  • Pemeriksaan kesihatan haiwan
  • Rawatan kecemasan & pembedahan
  • Konsultasi & nasihat penjagaan haiwan

Klinik Veterinar Haiwanku dilaporkan menjadi pilihan ramai pemilik haiwan kerana layanan yang mesra pelanggan, susunan klinik yang bersih dan doktor veterinar yang profesional.

Klik Untuk Ke Lokasi
Klinik Veterinar PANTAI VET Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu

9. Klinik Veterinar PANTAI VET

📍 Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu

Klinik Veterinar Pantai VET merupakan sebuah klinik haiwan yang terletak di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu dan menyediakan perkhidmatan veterinar yang baik dengan memastikan haiwan peliharaan sentiasa sihat dan ceria.

Perkhidmatan Utama:

  • Pemeriksaan Kesihatan Haiwan
  • Vaksinasi & Pencegahan Penyakit
  • Rawatan Penyakit & Kecemasan Ringan
  • Khidmat Nasihat Veterinar
  • Servis Mesra Haiwan & Suasana Selesa

Pantai VET sering disebut dalam komuniti pemilik haiwan peliharaan di Terengganu sebagai klinik veterinar yang menawarkan servis yang baik dan berbaloi.

Klik Untuk Ke Lokasi
Klinik Veterinar Kuala Ibai di Terengganu Equestrian Resort

10. Klinik Veterinar Kuala Ibai

📍 Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu

Klinik Veterinar Kuala Ibai terletak di Terengganu Equestrian Resort, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sering menjadi pilihan pemilik haiwan kerana lokasinya yang strategik serta mudah diakses.

Perkhidmatan Utama:

  • Pemeriksaan kesihatan rutin
  • Vaksinasi & pencegahan penyakit
  • Rawatan kecemasan dan rawatan penyakit umum
  • Pembedahan kecil
  • Penjagaan susulan selepas rawatan

Klinik ini dikenali dengan doktor yang prihatin dan teliti, harga rawatan yang berpatutan, serta waktu operasi fleksibel termasuk hujung minggu hingga malam.

Klik Untuk Ke Lokasi
Cari mengikut kawasan

Pilih Klinik Veterinar Terbaik Berhampiran Dengan Anda

Kami hanya menyenaraikan 10 Klinik Veterinar Terbaik di Terengganu. Jika anda ingin mencari klinik veterinar di negeri lain di Malaysia, klik di bawah untuk melihat senarai klinik veterinar mengikut negeri, bandar atau kawasan berhampiran anda.

Klinik Haiwan di Terengganu
Senarai klinik veterinar mengikut negeri, bandar dan kawasan
Klinik Veterinar Terbaik Malaysia
Latar belakang

Sejarah Veterinar di Terengganu

Sejarah perkhidmatan veterinar dan klinik haiwan di Terengganu
Perkhidmatan veterinar Terengganu bermula seawal tahun 1946

Klinik Veterinar Pertama di Terengganu

Di Terengganu, perkhidmatan veterinar rasmi dimulakan selepas Perang Dunia II. Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu, perkhidmatan veterinar negeri ini bermula pada tahun 1946 dengan Ketua Pegawai veterinar pertama iaitu Mr. C.C. Renwick. Beliau bertanggungjawab meletakkan asas perkhidmatan veterinar di negeri ini termasuk pengurusan penyakit haiwan, kawalan ternakan dan perkhidmatan klinikal awal.

Perkhidmatan Yang Meluas

Sejak itu, perkhidmatan veterinar di Terengganu telah berkembang dari segi struktur, kemudahan klinik, cabang perkhidmatan serta kerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak swasta bagi memperluaskan penjagaan kesihatan binatang termasuk haiwan peliharaan dan ternakan.

Sebab utama

Kenapa Penting Memilih Klinik Veterinar Yang Betul?

Empat sebab ini menjelaskan kenapa memilih klinik haiwan terbaik di Terengganu memberi kesan pada kesihatan jangka panjang haiwan peliharaan anda.

Mengesan penyakit lebih awal

Pemeriksaan berkala membantu mengenal pasti tanda awal penyakit sebelum menjadi serius.

Memberi vaksin yang betul

Vaksinasi mengikut jadual melindungi haiwan daripada penyakit berjangkit yang berbahaya.

Mengelakkan komplikasi

Rawatan awal dan tepat dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan yang lebih serius.

Memanjangkan jangka hayat

Penjagaan kesihatan yang konsisten membantu haiwan hidup lebih lama, sihat dan berkualiti.

Rujukan lengkap

Semua Perkhidmatan Yang Di Tawarkan di Klinik Haiwan atau Veterinar

Perkhidmatan Klinik Haiwan & Veterinar

Senarai penuh perkhidmatan yang biasa ditawarkan di klinik haiwan terbaik di Terengganu, dari pemeriksaan asas sampai pembedahan.

Konsultasi Veterinar

Pemeriksaan awal oleh doktor veterinar untuk mengenal pasti simptom dan cadangan rawatan sesuai.

Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan menyeluruh termasuk berat, suhu, gigi, kulit dan organ dalaman haiwan.

Ujian Penyakit & Darah

Ujian pantas penyakit berjangkit dan analisis darah untuk kesihatan dalaman.

X Ray

Pemeriksaan tulang, paru-paru dan organ dalaman untuk kes kecederaan atau kemalangan.

Ultrasound

Imbasan organ dalaman untuk kehamilan, tumor dan masalah dalaman.

Vaksinasi Lengkap

Perlindungan penyakit berjangkit melalui vaksin asas dan ulangan.

Rawatan Pencegahan

Vaksin, nyahkutu dan nyahcacing untuk perlindungan jangka panjang.

Kecemasan & Penyakit

Rawatan segera untuk kes sakit, luka, jangkitan dan kecemasan kritikal.

Pemandulan

Pembedahan pemandulan kucing jantan & betina untuk kawalan pembiakan.

Pembedahan Tisu Lembut

Buang tumor, jahitan luka dan pembedahan dalaman bukan tulang.

Rawatan Pergigian

Pembersihan gigi, rawatan gusi dan cabutan gigi rosak.

Kulit & Alergi

Rawatan gatal, jangkitan kulit dan alahan makanan atau persekitaran.

Antikutu & Anticacing

Rawatan lanjutan untuk jangkitan parasit berulang.

Wad & Kuarantin

Penempatan sementara untuk pemantauan rapi dan rawatan susulan.

Janji Temu

Sistem temujanji bagi lawatan lebih teratur tanpa menunggu lama.

Farmasi Veterinar

Ubat, vitamin dan produk rawatan disyorkan doktor veterinar.

Diet Preskripsi

Makanan khas seperti Royal Canin Veterinary Diet untuk masalah kesihatan.

Rawatan ke Rumah

Lawatan veterinar ke rumah untuk haiwan tua atau sukar dibawa.

Nasihat & Penjagaan

Khidmat nasihat pemakanan, penjagaan dan tingkah laku haiwan.

Boarding Haiwan

Penjagaan sementara haiwan semasa pemilik bercuti atau kecemasan.

Microchip Haiwan

Pengenalan kekal untuk pengesanan haiwan jika hilang.

Grooming Asas

Mandi, potong kuku dan bersih telinga untuk kebersihan haiwan.

Fisioterapi Haiwan

Pemulihan pergerakan selepas kecederaan atau pembedahan.

Kaunseling Tingkah Laku

Bantu atasi stres, agresif dan masalah tingkah laku haiwan.

Haiwan Eksotik

Rawatan arnab, hamster, burung dan haiwan eksotik terpilih.

Kesimpulan

Klinik Veterinar Paling Dipercayai di Terengganu

Rumusan akhir untuk pemilik haiwan peliharaan yang sedang mencari klinik haiwan terbaik di Terengganu.

10 Klinik Veterinar & Klinik Haiwan Terbaik di Terengganu

ini menawarkan perkhidmatan yang lengkap, profesional dan mudah diakses di seluruh negeri. Sama ada untuk pemeriksaan kesihatan, vaksinasi, rawatan penyakit atau penjagaan harian, pemilik haiwan peliharaan boleh memilih klinik yang paling sesuai mengikut lokasi dan keperluan. Penjagaan veterinar yang konsisten bukan sahaja memastikan haiwan sentiasa sihat, malah membantu mengelakkan komplikasi serta memanjangkan jangka hayat haiwan kesayangan.

Jambatan Angkat megah berdiri,

Menjadi tumpuan serata negeri,

Klinik haiwan sedia memberi,

Rawatan terbaik, kasih diberi.

Add a Comment

Your email address will not be published.


Kongsikan Kepada Kenalan Anda