Batik Night Walk 2026
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kemeriahan malam penuh cahaya neon, muzik dan budaya batik Terengganu di NACC. Larian ini bukan sekadar aktiviti sihat, tetapi meraikan identiti budaya Terengganu melalui batik. Setiap peserta memakai baju bercorak batik moden yang menonjolkan keindahan seni tempatan, sambil berjalan 5KM dalam suasana neon yang menyatukan tradisi dan gaya hidup masa kini. Batik Night Walk 2026 menjadi simbol bahawa seni warisan boleh diraikan dengan cara yang lebih segar, fun dan sesuai untuk generasi hari ini.



