Perahu tradisional Terengganu
Lambang kemahiran pertukangan dan warisan maritim masyarakat tempatan.
فستيوال نلايان بركولق
Tiga hari meraikan kehidupan nelayan, seni perahu dan warisan maritim Terengganu. Bawa keluarga, sertai pertandingan dan rasai sendiri jiwa pesisir Pantai Timur.
Festival bermula dalam
Nelayan Berkolek Festival 2026 bakal berlangsung pada 6 hingga 8 November 2026 bertempat di KTCC Mall, Kuala Terengganu. Festival ini mengetengahkan identiti masyarakat nelayan, seni tradisional dan keunikan warisan maritim Terengganu.
Terengganu sememangnya terkenal dengan kehidupan masyarakat nelayan dan tradisi pembuatan perahu. Hubungan erat antara penduduk pesisir dengan laut telah membentuk pelbagai warisan yang masih dihargai hingga kini.
Melalui Nelayan Berkolek Festival 2026, keunikan tersebut diketengahkan sebagai sebahagian daripada identiti budaya negeri.
Antara elemen warisan yang berkait rapat dengan festival ini termasuk:
Lambang kemahiran pertukangan dan warisan maritim masyarakat tempatan.
Memperlihatkan kreativiti serta kehalusan seni pertukangan Melayu.
Menggambarkan hubungan antara komuniti pesisir, laut dan sumber rezeki.
Warisan yang terus memainkan peranan dalam memperkenalkan keunikan Terengganu kepada generasi baharu.
Elemen-elemen ini memberi gambaran tentang nilai budaya yang ingin diketengahkan.
Jadual program penuh edisi 2026 kini telah diumumkan. Lihat jadual program →
Tiga hari penuh dengan pertandingan, persembahan budaya dan majlis pelancaran di KTCC Mall. Tekan pada pertandingan untuk lihat hadiah dan terus daftar.
Program berlangsung di KTCC Mall, Kuala Terengganu. Jadual tertakluk kepada perubahan oleh penganjur.
Dua pertandingan khas untuk si cilik. Menang atau tidak, semua peserta tetap bawa pulang E-Sijil Penyertaan.
Peluang si cilik menzahirkan kreativiti melalui warna dalam suasana festival warisan nelayan Terengganu.
📜 Semua peserta akan menerima E-Sijil Penyertaan
Pentas untuk si cilik tampil anggun mengikut tema Puteri Melayu sambil mengangkat keindahan budaya Melayu di festival warisan Terengganu.
📜 Semua peserta akan menerima E-Sijil Penyertaan
Tekan pada poster untuk paparan penuh. Leret atau guna anak panah untuk tukar poster.
Nelayan Berkolek Festival 2026 berlangsung di KTCC Mall, Kuala Terengganu. Tekan butang di bawah untuk terus buka navigasi dari telefon anda.
🛍️Direktori Kedai KTCC MallSemak kedai ikut tingkat dan kategori sebelum datang→ 🅿️Direktori Parking Kuala TerengganuPilihan parking, kadar dan jarak jalan kaki→ 🎪Kalendar Event TerengganuEvent lain yang berlangsung minggu yang sama→Festival berlangsung pada 6 hingga 8 November 2026 di KTCC Mall, Kuala Terengganu.
Dua pertandingan dibuka: Pertandingan Mewarna pada 6 November 2026 (10.30 pagi hingga 12 tengah hari) dan Pertandingan Pencarian Puteri Melayu Cilik pada 7 November 2026 (4.30 petang hingga 6.30 petang).
Tekan butang daftar di bahagian Pertandingan dan isi borang pendaftaran dalam talian. Syarat penyertaan mengikut ketetapan penganjur dalam borang tersebut.
Pertandingan Mewarna: RM100 + Hamper (pertama), RM80 (kedua) dan RM50 (ketiga). Pencarian Puteri Melayu Cilik: RM300, RM200 dan RM100, setiap satu bersama Hamper dan Trofi.
Semua peserta akan menerima E-Sijil Penyertaan.
Ada. Antara program festival ialah Majlis Pelancaran (6 Nov, 2.30 petang), Persembahan Wayang Kulit Cerita Nelayan Pantai (6 Nov, 8.30 malam), Silat Tari Nelayan Berkolek (7 Nov, 8.30 malam), Pertandingan Permainan Nelayan Berkolek (8 Nov, 1.30 petang), Vimkids Fashion Runaway dan Persembahan Dikir Barat Pukat Tarik (8 Nov, 8.30 malam). Rujuk Jadual Program untuk butiran penuh.