Setiu Wetlands & Pantai Penarik, Terengganu
Setiu Wetlands, ekosistem paya bakau di Terengganu
Pemandangan pesisir Pantai Penarik, Setiu
Kedai Makan Celup Tepung di Pantai Penarik
Suasana kedai celup tepung tepi Pantai Penarik
Kedai Makan Celup Tepung di Pantai Penarik Setiu
Ikan Celup Tepung di Pantai Penarik
2 Hari 1 MalamSetiu · Terengganu
01/ 07

Skrol
01Pengenalan
Setiu Wetlands & Pantai Penarik

Setiu Wetlands & Pantai Penarik : 2H1M Nature & Seafood Escape

2Hari1Malam3Cadangan Itinerari4Tips Percutian

Setiu Wetlands & Pantai Penarik bukan sekadar destinasi persinggahan di pesisir Terengganu, tetapi sebuah kawasan yang memukau dengan ekosistem alam semula jadi, keindahan pantai, dan makanan laut segar. Walaupun hanya dengan masa singkat, percutian 2 hari 1 malam di sini sudah cukup untuk menyelami pesona alam, menikmati panorama pantai, serta merasai keenakan hidangan tradisional Terengganu.

Rancang Itinerari Percutian Anda

Dalam artikel ini, kami kongsikan itinerari 2 hari 1 malam di Setiu Wetlands & Pantai Penarik yang akan membantu anda merancang perjalanan yang santai, teratur, dan penuh kenangan. Dari aktiviti menyusuri sungai paya bakau hinggalah menikmati sotong celup tepung di tepi pantai, setiap detik pasti menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

02Itinerari

Apa Itinerari Percutian?

Kredit video: Taman Negeri Setiu Wetlands oleh Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Maksud Itinerari Percutian

Itinerari percutian ialah satu rancangan perjalanan yang disusun mengikut urutan masa dan aktiviti semasa bercuti. Ia mengandungi maklumat terperinci seperti:

  • Tarikh & masa aktiviti
  • Lokasi yang akan dilawati
  • Cadangan tempat makan
  • Aktiviti yang boleh dilakukan
  • Masa rehat atau perjalanan antara lokasi

Tujuan itinerari adalah untuk membimbing pelancong supaya perjalanan lebih tersusun, tidak membuang masa, dan memastikan semua tempat menarik dapat dilawati dalam tempoh masa yang ditetapkan.

03Pilih Laluan

3 Jadual Itinerari Percutian 2 Hari 1 Malam Di Setiu

Setiu Wetlands & Pantai Penarik merupakan destinasi percutian yang memikat dengan keindahan alam semula jadi, suasana pantai yang mendamaikan, serta hidangan makanan laut segar yang menjadi kegemaran ramai. Untuk memudahkan perancangan, kami sediakan tiga cadangan itinerari 2 hari 1 malam yang boleh anda pilih mengikut minat:

Setiap itinerari dirancang dengan padat, santai, dan menyeronokkan agar anda dapat memaksimumkan masa percutian 2H1M di Setiu & Pantai Penarik, sambil menikmati pengalaman yang sukar dilupakan.

04Cadangan Itinerari

Cadangan 1 : Mixed Experience Route

2 Hari 1 Malam19 Slot Aktiviti

Hari Pertama

  1. Sarapan di warung sekitar Setiu

  2. Berkumpul di jeti untuk pakej Day Trip Setiu Wetlands

  3. Jelajah Boardwalk Setiu

  4. Lawatan Galeri Setiu Wetlands

  5. Singgah di Wetland Shop

  6. Ke Pulau Busung: aktiviti mencari lokan/oyster

  7. Aktiviti cari kepah & tiram

  8. Makan tengah hari & BBQ seafood di lokasi

  9. Kembali ke jeti

  10. Check-in penginapan berhampiran Penarik:

    • Terrapuri Heritage Village
    • Bayu Beach Resort
    • Mahasa Penarik Homestay
  11. Santai di Pantai Penarik & nikmati celup tepung:

    • NL Celup Tepung Bira Pata
    • Mr Celup Tepung Station
  12. Nikmati sunset di Pantai Penarik

  13. Rehat di penginapan

Hari Kedua

  1. Sarapan di penginapan jika resort. Jika homestay, sarapan di warung berhampiran.

  2. Check-out dan bersedia untuk bergerak

  3. Makan tengah hari di Nasi Ulam Cikgu Sauti

  4. Bergerak ke Lata Payung atau Lata Ulu Kasar

  5. Aktiviti mandi sungai, bersantai dan menikmati keindahan alam sekitar

  6. Pulang ke destinasi masing-masing

05Cadangan Itinerari

Cadangan 2 : Nature Explorer Route

2 Hari 1 Malam12 Slot Aktiviti

Hari Pertama

  1. Tiba di Setiu / Terengganu & terus ke kawasan Rhu Sepuluh untuk daftar masuk. Cadangan penginapan:

    • Pandan Laut Beach Resort
    • Pandan Dua D'Penarik
    • Nelayan Resort Pantai Penarik
  2. Makan tengah hari sekitar Rhu Sepuluh. Cadangan:

    • Warung Mok Ngoh
    • Nasi Ulam Dapur Arang
  3. Jalan-jalan & "healing" menikmati suasana pantai Rhu Sepuluh: ambil gambar, rehat & nikmati angin laut.

  4. Bergerak ke Pantai Penarik untuk berkelah & aktiviti santai. Beli makanan berkelah di:

    • NL Celup Tepung Bira Pata
    • Mr Celup Tepung Station
    • King Trizai Celup Tepung
  5. Nikmati sunset atau bermain di gigi-gigi air di Pantai Penarik.

  6. Pulang ke penginapan & rehat.

Hari Kedua

  1. Sarapan di tempat penginapan (resort) atau di warung berhampiran jika menginap di homestay.

  2. Bertolak ke Lata Payung.

  3. Aktiviti hiking & teroka hutan menuju kawasan air terjun. Nikmati suasana hutan hijau.

  4. Mandi-manda & bersantai di kawasan air terjun.

  5. Makan tengah hari di Nasi Ulam Cikgu Sauti.

  6. Pulang ke destinasi masing-masing.

06Cadangan Itinerari

Cadangan 3 : Seafood Lover Route

2 Hari 1 Malam17 Slot Aktiviti

Hari Pertama

  1. Tiba di Setiu & terus ke penginapan berhampiran Pantai Penarik untuk daftar masuk awal. Cadangan:

    • Terrapuri Heritage Village
    • Bayu Beach Resort
    • Mahasa Penarik Homestay
  2. Sarapan seafood di warung tepi pantai. Cadangan:

    • Warung Pak Lah
    • Warung Mat Rosli
  3. Berkunjung ke Pasar Ikan Penarik untuk melihat pelbagai jenis ikan & seafood segar.

  4. Makan tengah hari di restoran seafood. Cadangan:

    • Restoran Nelayan
    • Pantai Seafood Restaurant
  5. Aktiviti santai di Pantai Penarik & ambil gambar.

  6. Singgah di NL Celup Tepung Bira Pata / Mr Celup Tepung Station untuk mengecapi sotong celup tepung.

  7. Menikmati sunset di Pantai Penarik.

  8. Rehat di penginapan & makan malam seafood di restoran berhampiran.

Hari Kedua

  1. Sarapan seafood di penginapan atau warung berhampiran.

  2. Berkunjung ke Setiu Wetlands untuk aktiviti mencari lokan/oyster & melakukan BBQ seafood.

  3. Berkumpul di jeti untuk pakej Day Trip Setiu Wetlands.

  4. Jelajah Boardwalk Setiu.

  5. Aktiviti cari kepah & tiram di Pulau Busung.

  6. BBQ seafood hasil tangkapan sendiri di lokasi.

  7. Kembali ke jeti.

  8. Check-out dari penginapan.

  9. Pulang ke destinasi masing-masing.

08Tips
Tips Percutian 2H1M ke Setiu

Tips Percutian 2H1M ke Setiu

  • Pilih Penginapan Awal

    1. Pilih Penginapan Awal

    Resort dan homestay sekitar Penarik cepat penuh, terutama musim cuti sekolah. Tempah lebih awal supaya anda dapat bilik yang selesa dan sesuai dengan bajet.

  • Sediakan Pakaian Sesuai

    2. Sediakan Pakaian Sesuai

    Aktiviti boardwalk, bot dan pantai memerlukan pakaian ringan, sandal selesa serta sunblock. Bawa juga topi atau tudung untuk perlindungan tambahan daripada panas terik.

  • Bawa Tunai Secukupnya

    3. Bawa Tunai Secukupnya

    Banyak warung celup tepung, pasar ikan dan gerai tempatan masih terima bayaran tunai. Sediakan wang kecil agar mudah membeli makanan laut segar dan ole-ole.

  • Utamakan Alam Sekitar

    4. Utamakan Alam Sekitar

    Jaga kebersihan pantai dan wetlands dengan membuang sampah di tempat yang betul. Hormati alam semula jadi agar kawasan ini kekal indah untuk pengalaman yang lebih bermakna.

09Penutup

Lengkapkan Percutian Anda di Setiu

Percutian singkat 2 hari 1 malam di Setiu Wetlands dan Pantai Penarik sudah cukup untuk memberikan pengalaman berbeza daripada meneroka keindahan alam semula jadi, merasai kehidupan pantai yang tenang hinggalah menikmati makanan laut segar yang terkenal di kawasan ini. Dengan itinerari yang teratur, setiap detik perjalanan anda lebih bermakna, lancar dan pastinya meninggalkan kenangan manis untuk dikenang.

Nabil Mukhlis 4:19 pm

Ke Pantai Penarik lihat nelayan,Mentari senja warnai lautan.Setiu Wetlands penuh keindahan,Percutian singkat jadi kenangan.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

10Artikel Pilihan

Teroka Lagi di Terengganu

01 / 30