
Terengganu Coffee Fair 2025
Khas Untuk Peminat Kopi di Terengganu
Adakah anda seorang pencinta kopi? Inilah masanya untuk berkumpul bersama komuniti kopi dari seluruh Malaysia! Terengganu Coffee Fair 2025 (TCF ’25) bakal berlangsung di KTCC Mall, Kuala Terengganu pada 25 hingga 27 September 2025. Acara tahunan ini menjanjikan pengalaman penuh aroma kopi, seni latte yang memukau, dan persaingan barista terbaik negara.
📍 Tarikh & Lokasi
- 📅 Tarikh: 25 – 27 September 2025
- ⏰ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
- 🏢 Tempat: KTCC Mall, Kuala Terengganu
Lokasi Acara
Tarikh Acara
Acara akan tamat dalam masa :
Khamis (25/9/2025)
| Masa | Stage Zone | Activity Booth |
|---|---|---|
| 10.00 pagi | Terengganu Coffee Fair Day 1 | Rakan Muda Mahir Barista (10AM–12PM) |
| 11.00 – 12.30 tgh | Opening Ceremony (Dato’ Shaharuddin – MOTAC) | - |
| 12.00 – 6.00 ptg | Latte Art Throwdown 2025 | Cupping: 2ND Mile, Scofi, Portcoffee, Ghostbird, The Bean Project |
| 6.00 – 6.30 ptg | Prize Giving Latte Art | - |
| 10.00 mlm | Tamat Day 1 | |
Jumaat (26/9/2025)
| Masa | Stage Zone | Activity Booth |
|---|---|---|
| 7.00 pagi | Fun Run Reason Sports Club X TCF25 | - |
| 10.00 pagi | Terengganu Coffee Fair Day 2 | Rakan Muda Mahir Barista (10AM–12PM) |
| 10.30 – 12.30 tgh | Espresso Throwdown Machine Testing | - |
| 12.30 – 2.30 ptg | Prayer Break | Prayer Break |
| 3.30 – 6.45 ptg | Terengganu Espresso Throwdown 2025 |
Rakan Muda Mahir Barista (3PM–5PM), Cupping Session by 2ND Mile, Matcha Demo by Matcha Everyday |
| 8.00 – 10.00 mlm | Band Performance (Acid & The Hangout Club) | Meet The Champ – Shing Win (Champion Malaysia Barista Championship 2025) |
| 10.00 mlm | Tamat Day 2 | |
Sabtu (27/9/2025)
| Masa | Stage Zone | Activity Booth |
|---|---|---|
| 10.00 pagi | Terengganu Coffee Fair – Last Day | Sharing Session with Er Kee (Monin Creative Cup World Top 6) [11AM–12PM] |
| 10.00 pagi – 4.30 ptg | Origami Brewing Throwdown (East Coast Region) | Home Barista by Patiespresso [12PM–1PM] |
| 5.00 – 7.00 ptg | Lesweet Zerologist Mocktail Showdown | Kids Barista Experience by Portcoffee Roastery [1PM–2PM] |
| 8.00 – 8.30 mlm | Grand Lucky Draw Announcement | Cupping Session by Portcoffee Roastery [2PM–3PM] |
| 8.30 – 10.00 mlm | Band Performance by Acid & The Hangout Club |
Cupping Session by The 2ND Mile [3PM–4PM], Cupping Session by The Bean Project [4PM–5PM], Meet The Champ – Nas Jaafar (Champion of Malaysia Brewers Cup 2025) [6PM–8PM], Roaster Village Cupping Session [8PM–9PM] |
| 10.00 mlm | Penutup Rasmi TCF25 | |
Sertai Lucky Draw Terengganu Coffee Fair 2025 & Menangi Hadiah Menarik!
Nak peluang menang hadiah eksklusif sempena Terengganu Coffee Fair 2025 di KTCC Mall? Mudah sahaja! Ikuti langkah-langkah berikut:
Pre-order T-shirt rasmi TCF (pilihan hitam atau putih).
Scan QR code untuk membuat tempahan.
Repost poster Lucky Draw di IG Story anda.
Follow & tag @terengganocoffeefair.
Selesai! Anda secara automatik masuk ke cabutan bertuah.
📢 Pengumuman pemenang akan dibuat pada 27 September 2025 semasa acara berlangsung dan juga melalui IG Live.
Aktiviti Menarik Menanti Anda
Acara ini bukan sekadar pameran kopi, tetapi sebuah festival gaya hidup yang menggabungkan minuman, seni dan budaya. Antara aktiviti utama yang bakal berlangsung ialah:
Latte Art Throwdown
Saksikan kreativiti barista menghasilkan seni latte yang unik.
Espresso Throwdown
Pertandingan penyediaan espresso paling sempurna.
Brewing Throwdown
Pertarungan teknik bancuhan kopi manual yang memikat rasa.
Selain itu, anda juga boleh menikmati pelbagai booth kopi tempatan dan antarabangsa, mencuba mesin kopi terkini, serta membeli biji kopi segar terus daripada pengusaha.
Video TikTok Suasana Terengganu Coffee Fair di KTCC Mall
@discoveryterengganu Jom ngopi dulu di Pesta Kopi @terengganucoffeefair. Pelbagai kopi & pastry ada kat sini. Terengganu Coffee Fair 📍Level 2, KTCC Mall, Kuala Terengganu ✅14-16 September 2023 10.00AM-10.00PM . . . #beautifulterengganumalaysia #tourismterengganu #amazingterengganu #discoveryterengganu #discovermalaysian #amazingmalaysia #malaysiatrulyasia #tourismmalaysia #cuticutimalaysia #GayaTravel #SayangiMalaysiaKu #vm2023 ♬ Coffee for You Head - Vinyll
@ohmyganung Jom lepak ngopi Terengganu Coffee Fair 2024 kat KTCC Mall hujung minggu ni. Bagitahu je nak minum kopi apa, nak makan pastry apa. Semua ada kat sini.🤤 #terengganucoffeefair #portcoffeeroastery #makanlokal ♬ Pujaanku (feat. Aisyah Aziz) - Masdo
Kenapa Anda Perlu Hadir?
Nikmati kopi terbaik dari pelbagai jenama terkenal.
Pelajari trend terbaru dunia kopi.
Bertemu komuniti barista, roaster, dan coffee lover seluruh Malaysia.
Rasai sendiri tagline unik: “Sek Kite Mandi Kopi” – pengalaman kopi ala Terengganu yang penuh kehangatan.
Disokong & Dianjurkan Secara Profesional
Sokongan rasmi daripada:
Dengan kerjasama jenama hebat seperti Farm Fresh, La Marzocco, SCOFI Young-In Traders, Hetam, Origami, Lesweet Minos dan banyak lagi, acara ini dijangka menjadi tarikan utama pelancongan gaya hidup di Pantai Timur.
Jumpa Anda Disana (Sek Kite Mandi Kopi)
Terengganu Coffee Fair 2025
adalah acara wajib hadir untuk semua peminat kopi (coffee hunter) di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur. Catatkan tarikh anda sekarang pada 25 hingga 27 September 2025 di KTCC Mall Kuala Terengganu. Datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati kopi, budaya, dan suasana santai yang tidak akan anda lupakan!
















