
“Siapa yang tak seronok bila dapat cuci mata dan beli barang baru di 5 pusat beli-belah terbaik di Terengganu, kan?”
Kami akan tunjukkan 5 pusat beli-belah terbaik yang ada di Tertengganu. Shopping memang dah jadi gaya hidup zaman sekarang. Walaupun banyak kedai online tumbuh macam cendawan, pusat beli-belah fizikal tetap jadi pilihan ramai. Mana taknya — kita boleh tengok, pegang, dan cuba barang yang berkenan terus di depan mata, sambil menikmati suasana mall yang selesa dan reka bentuk yang moden.
Kalau anda merancang ke Terengganu dan nak cari tempat best untuk shopping, makan dan having fun, artikel ini khas untuk anda! Negeri Darul Iman bukan sekadar pantai dan warisan budaya, tapi turut menyajikan pusat beli‑belah moden & santai yang sesuai untuk seisi keluarga. Di sini kami akan bagitahu anda semua 5 Pusat Beli-belah Terbaik di Terengganu!
Bila kali terakhir anda menikmati pengalaman shopping yang seronok dan selesa? Jika dah lama, inilah masanya! Jom terokai 5 pusat beli-belah terbaik di Terengganu yang penuh pilihan dan sesuai untuk seisi keluarga.
Baru-baru ni, dua pusat beli-belah terkenal iaitu KTCC Mall dan Mayang Mall memang jadi buah mulut orang. Ramai kata dua-dua ni antara mall paling besar dan paling mantap kat Terengganu. Reka bentuknya moden, kedai pun banyak pilihan — dari pakaian, makanan, sampai hiburan semua ada. Bukan orang Terengganu je suka datang, orang luar negeri pun ramai singgah kalau bercuti. KTCC Mall best sebab dekat tepi sungai, angin pun sedap. Mayang Mall pula lebih santai, sesuai nak lepak dengan keluarga. Dalam senarai 5 Pusat Beli-Belah Terbaik di Terengganu ni, dua-dua mall ni memang wajib masuk carta!

KTCC Mall ialah pusat beli-belah moden di tepi Sungai Terengganu. Menawarkan kedai fesyen, restoran, kafe, pawagam dan hiburan keluarga. Ruangnya luas dan selesa, sesuai untuk shopping sambil menikmati pemandangan waterfront yang indah.

Mayang Mall terkenal sebagai lokasi beli-belah yang menawarkan pelbagai butik fesyen, kedai aksesori dan restoran tempatan. Suasananya santai, menjadikannya pilihan untuk membeli-belah ringan atau sekadar bersantai sambil menikmati hidangan di kafe.
Walaupun dah lama wujud, Mesra Mall di Kerteh dan Paya Bunga Square (PB Square) di Kuala Terengganu tetap berdiri megah sebagai pusat beli-belah lejen yang tak akan hilang di bumi Terengganu. Mesra Mall terkenal dengan suasana selesa, banyak pilihan kedai, panggung wayang dan tempat makan yang sesuai untuk lepak santai bersama keluarga. PB Square pula jadi ikon shopping di tengah bandar, lokasi strategik dan mudah diakses oleh penduduk serta pelancong. Kedua-duanya membuktikan bahawa walaupun pusat beli-belah baru semakin banyak, mall “old but gold” ini tetap ada tempat istimewa di hati orang Terengganu. Layak kategori sebagai 5 pusat beli-belah terbaik di Terengganu.

Mesra Mall terletak di Kerteh dan menjadi pusat beli-belah terbesar di kawasan pantai timur Terengganu. Menyediakan pelbagai kedai fesyen, panggung wayang, restoran dan aktiviti riadah, sesuai untuk keluarga dan pelancong.

Terkenal sebagai pusat beli-belah gaya urban di tengah bandar Kuala Terengganu. Menawarkan pelbagai kedai pakaian, aksesori, restoran dan ruang acara, menjadikannya destinasi yang menarik untuk shopping dan santai.
Kalau sebut pasal shopping bajet berbaloi, Mydin Mall memang juara. Terletak di Kuala Terengganu, mall ni jadi port kegemaran ramai sebab pilihan barangnya lengkap — dari barangan dapur, pakaian, perkakas rumah, sampai makanan semua ada. Harga pun memang mesra poket, sesuai untuk semua golongan. Suasananya sentiasa meriah dengan pengunjung, terutama hujung minggu. Selain shopping, ada juga kedai makan untuk isi perut lepas penat berjalan. Pendek kata, kalau nak cari barang murah dan berbaloi sambil rasa “feel” shopping mall besar, Mydin Mall ni memang antara yang wajib singgah kalau datang ke Terengganu. Juga merupakan salah satu 5 pusat beli-belah terbaik di Terengganu.

Mydin Mall di Kuala Terengganu serta di Gong Badak menjadi tumpuan untuk pembelian barangan rumah, pakaian dan makanan pada harga mesra bajet. Turut menempatkan restoran, kafe dan ruang santai yang sesuai untuk keluarga.

Lima pusat beli‑belah terbaik Terengganu — KTCC Mall, Mayang Mall, Mesra Mall, PB Square dan Mydin Mall — membuktikan negeri ini bukan sahaja hebat dari segi pantai dan alam semula jadi, malah menawarkan pengalaman shopping yang lengkap dan menyeronokkan. Setiap mall membawa ciri unik tersendiri, daripada shopping mewah tepi sungai hingga ke pilihan bajet mesra keluarga. Kalau anda bercuti ke Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk singgah sambil membeli‑belah. Nak tahu lebih lanjut tentang keindahan dan aktiviti pelancongan menarik di Terengganu? Layari laman rasmi Tourism Terengganu untuk inspirasi yang lebih luas.