Bicara Hijrah & Solidariti Palestin 2025
Sambutan Awal Muharam Terengganu
Padang Astaka, Chukai, Kemaman
Jumaat, 27 Jun 2025 |
6:00 Petang
Sempena 1 Muharram 1447H
Barisan Pendakwah Tersohor Nusantara
Acara penuh inspirasi ini akan menampilkan dua tokoh ulama dan penceramah paling berpengaruh di rantau ini:
Ustaz Azhar Idrus (UAI) – ikon dakwah Malaysia yang disegani
Ustaz Abdul Somad (UAS) – pendakwah terkenal dari Indonesia
Kehadiran mereka dijangka menarik ribuan hadirin dari seluruh Terengganu dan luar negeri. Khususnya dalam kalangan anak muda yang mahukan pengisian rohani, menyentuh isu semasa, dan berpaksikan perjuangan Islam sebenar.
Lokasi Acara
Tarikh Acara
Acara akan berlangsung dalam masa :
Mesej Hijrah, Jiwa Merdeka Bersama Ummah Nusantara
Sambut permulaan tahun baru Islam dengan penuh makna dan semangat perjuangan!
Program ini merupakan sebuah program mega anjuran Kerajaan Negeri Terengganu bersama agensi-agensi dakwah serta NGO Islam, yang akan berlangsung pada Jumaat, 27 Jun 2025 bertempat di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, bermula jam 6:00 petang. Program ini diadakan bertepatan dengan 1 Muharram 1447H, satu titik permulaan hijrah dan pembaharuan, bukan sahaja dari segi individu, malah menyentuh kesedaran sosial dan perjuangan ummah sejagat.
Hijrah Bermakna, Solidariti Bermaruah
Bicara Hijrah & Solidariti Palestin
Mengangkat tema Hijrah sebagai satu perubahan menyeluruh, program ini turut membawa mesej solidariti kepada Palestin. Mereka merupakan saudara seagama Islam yang berhadapan dengan penderitaan akibat penjajahan Zionis.
Kempen “Gagak Mata Palestin”
akan dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan sumbangan dan tindakan bersama menentang kezaliman terhadap rakyat Gaza.
Misi Hijrah Rasulullah & Tanggungjawab Generasi Muda
Hijrah Rasulullah SAW adalah simbol perubahan sistem kehidupan, kebebasan akidah, dan tamadun baru. Kini, generasi muda Islam perlu bangkit dari kealpaan dan beralih kepada kehidupan berlandaskan ilmu, amal dan perjuangan membela umat. Program ini akan mengetengahkan Islam sebagai penyelesaian menyeluruh kepada masalah ummah.
“Biar jauh di mata, Palestin tetap dekat di hati.”
“Hijrah bukan hanya langkah, ia adalah perjuangan.”
@tvdakwahduat_19 Dengarkan seruan daripada Penolong Pengarah Akademi DUAT, Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail.
♬ original sound - DrAhmadSamsuri
@muhammadkhalilabdulhadi Mulakan tahun baharu, 1 Muharram dengan mengisi rohani dengan memenghadiri Program Bicara Hijrah yang bakal menghimpunkan dua tokoh yang amat kita kasihi dan sanjungi, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Abdul Somad. Insya-Allah, majlis ini bukan sekadar ceramah, tapi ruang untuk kita muhasabah, hijrahkan diri, dan perbaharui tekad menuju redha Ilahi. Mari hadir bersama keluarga dan sahabat. Jumpa di Kemaman! #BicaraHijrah #1Muharram1447H #batuburuksejahtera #drkhalil ♬ original sound - Muhammad Khalil
Jom Hijrah Bersama Ummah!
Bicara Hijrah & Solidariti Palestin
Ayuh seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia, kita raikan 1 Muharram ini sebagai satu titik tolak perubahan rohani, sosial dan perjuangan bersama. Hadir beramai-ramai ke Padang Astaka, Chukai, Kemaman pada 27 Jun 2025. Ayuh buktikan bahawa kita bersama Palestin, bersama hijrah dan bersama perjuangan ummah!