Sertai Karnival Minggu Sains Negara 2025 Zon Timur di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, acara sains terbesar yang menggabungkan hiburan, pendidikan dan inovasi teknologi. Pelbagai aktiviti menarik, bengkel STEM dan demonstrasi sains disediakan untuk pelajar, pendidik, keluarga dan pencinta ilmu sains.
Acara akan berlangsung dalam masa :
Saksikan pelancaran rasmi Karnival Minggu Sains Negara 2025 Zon Timur dalam satu majlis penuh inspirasi dan semangat kemajuan sains negara!
✨ Majlis akan disempurnakan oleh:
🔹 YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
✨ Hadir bersama:
🔹 YB Tuan Chang Lih Kang
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Majlis ini menandakan permulaan kepada siri aktiviti sains, teknologi, inovasi dan STEM yang akan berlangsung selama tiga hari penuh ilmu dan keseronokan. Sertai ribuan pelawat dan pelajar dari seluruh negeri bagi meraikan sains sebagai pemacu masa depan!
Ayuh meriahkan pelancaran dan jadilah sebahagian daripada transformasi pendidikan STEM negara.
#MSN2025 #MingguSainsNegara #MOSTI #Terengganu #STEMuntukSemua #MalaysiaMadani
Lokasi: Science Stage, Aras G (26 Jun 2025)
10:00 pagi: Akademi Sains Malaysia
2:00 petang: Space Dollah
Perkongsian menarik dan inspirasi dunia sains bersama tokoh tempatan.
Lokasi: Science Stage, Aras G
Masa: 11:00 pagi & 3:00 petang
Dipersembahkan oleh Pusat Sains Negara, PSKT dan Petrosains – penuh kejutan dan eksperimen live!
Lokasi: Science Stage, Aras G
Masa: 12:15 tengah hari & 1:00 petang (setiap hari)
Pertandingan sains fizikal yang menguji kreativiti dan prinsip daya.
Lokasi: Galeri Funnovation, Aras 1
Reka cipta lencana kreatif menggunakan prinsip tuas dan sains mekanikal.
Lokasi: Galeri STEMEC, Aras 1
Aktiviti robotik asas yang mendedahkan peserta kepada teknologi pintar.
Lokasi: Reading Thinking, Aras 2
Bengkel pemasangan kit sains dan teknologi. Bina, belajar dan bawa pulang hasilnya!
Memupuk minat sains dan teknologi di kalangan masyarakat umum
Menggalakkan pendidikan STEM secara kreatif dan menyeronokkan
Memperkenalkan inovasi tempatan dalam bidang sains dan industri
Dianjurkan oleh:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Pusat Sains Negara
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
Akademi Sains Malaysia
Petrosains
Penaja Utama: Yayasan MR.DIY
Rakan Kerjasama: MySains, Malaysia Madani, ASEAN MRDIE 2025
@spacedollah 🔉🔊🔉🔊🔉 Karnival Minggu Sains Negara 2025 kini kembali! 🔥 Terokai dunia sains dan teknologi dalam suasana penuh keceriaan 🧩➕🔢 Terdapat pelbagai aktiviti menarik akan diadakan, antaranya Bas Pameran Bergerak Pusat Sains Negara, Persembahan Sains, Perkongsian Sains, Cerapan Matahari, Mini Planetarium, Pameran STEM. 🥼🔭🧪 Anda berpeluang memenangi hadiah menarik daripada kami! 🎁 📍 Temui kami di 6 lokasi seluruh negara: Sarawak, Terengganu, Sabah, Johor, Kedah dan Kuala Lumpur! Maklumat lanjut di Facebook MOSTI dan Minggu Sains Negara. Jumpa anda di sana! #MOSTI #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi #MADANIbekerja #TaatSetia #MSN2025 #MingguSainsNegara #pusatsainsnegara ♬ original sound - Spacedollah
@twentyfourconsulting Kami amat berbesar hati kerana dijemput ke Minggu Sains Negara 2025 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (@MOSTI)! 🎉 Jumpa anda di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu pada 26 Jun 2025! Kami akan berkongsi ilmu dan inspirasi melalui sesi seperti: ✨ AI Awareness ✨ AI Career Talk ✨ Bengkel Gen AI Inilah masanya untuk generasi muda kenali dunia teknologi dan STEM. 📍 Info lanjut: https://minggusainsnegara.mosti.gov.my/ #MOSTI #MingguSainsNegara #TwentyFourConsulting ♬ original sound - twentyfourconsulting
telah menjadi platform berimpak tinggi dalam memupuk minat terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda. Dengan pelbagai aktiviti interaktif, bengkel kreatif, demonstrasi sains dan sesi perkongsian ilmu, program ini berjaya mendekatkan dunia sains kepada orang awam secara santai dan menyeronokkan. Kehadiran pelbagai agensi, sekolah dan komuniti membuktikan bahawa pendekatan bersepadu seperti ini mampu memperkukuh budaya inovasi serta menyokong usaha kerajaan dalam membina masyarakat celik teknologi dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.