
Temasya Tranung Kite 2025
Sohor Sokmo Weh!
- 📅 Tarikh: 8 – 10 Ogos 2025
- 📍 Lokasi: Pulau Warisan, Kuala Terengganu
- 🤝 Anjuran: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama agensi pelancongan dan kerajaan negeri
🎉 Pakat Mari Belake Wei!
Dengan tema “Sohor Sokmo Weh”, Temasya Tranung Kite 2025 mengangkat warisan Terengganu ke peringkat lebih tinggi. Sesuai untuk keluarga, remaja, warga emas, dan pelancong yang ingin merasai sendiri budaya Terengganu yang asli dan unik. Jangan lupa ajak geng, bawa mak ayah, ajak satu kampung pun boleh!
Lokasi Acara
Tarikh Acara
Acara akan berlangsung dalam masa :
Hoh Sek Awok! Temasya Tranung Kite 2025 Mari Doh ke Pulau Warisan!
Temasya Tranung Kite 2025 (TEGAK 2025)
kembali dengan lebih meriah dan penuh warna-warni budaya! Kali ini, acara ikonik Terengganu ini akan diadakan di lokasi penuh bersejarah dan strategik di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Bermula 8 hingga 10 Ogos 2025. Acara ini bukan sahaja menampilkan seni dan budaya negeri, malah menggabungkan elemen hiburan, tradisi, permainan rakyat dan juga gaya hidup moden.
Apa Yang Menarik di Temasya Tranung Kite 2025?

Persembahan Khas GAMUTRA 🎼
Gabungan Muzik Tradisional Negeri Terengganu
- 📅 9 Ogos 2025
- 🕓 4:00 Petang – 11:00 Malam
- 📍 Pentas Utama, Pulau Warisan, Kuala Terengganu
- Anjuran: Majlis Kebudayaan Daerah Besut
Ayuh raikan irama warisan dalam suasana penuh semangat dan kenangan! GAMUTRA mempersembahkan alunan muzik tradisional yang menyatukan pelbagai elemen budaya Terengganu.
- 🎶 Saksikan persembahan memukau
- 🎭 Rasai keunikan budaya tempatan
- 🤝 Meriahkan malam bersama komuniti

Eksplorasi Budaya Peranakan Cina Terengganu
Temui keunikan warisan budaya masyarakat Peranakan Cina Terengganu dalam edisi istimewa TEGAK 2025! Selama 3 hari, pengunjung akan dibawa menyelusuri keindahan tradisi unik hasil pertembungan budaya Cina dan Melayu yang membentuk identiti tersendiri masyarakat Peranakan di Pantai Timur.
🌟 Antara aktiviti menarik menanti anda:
🍭 Acu Rasa Manisan Kuey Mulong (Halal)
🍜 Laksa Mek Siok
👠 Pameran Kasut Manik & Sarong Perkalongan Jawa
🎨 Seni Lukisan Muka dan Badan
🏮 Seni Membuat Tanglong Kertas Angpow
👘 Pakaian Tradisional Dinasti Han
💧 Seni Marmar Air Kipas Cina (Water Marble Art)

🐟 Pertandingan Ikan Betta (Hiasan)
- 📅 8 – 10 Ogos 2025
- 🕘 9:00 Pagi – 6:00 Petang
- 📍 Khemah Pertandingan, Pulau Warisan, Kuala Terengganu
Sertai Pertandingan Ikan Betta (Hiasan) anjuran Persatuan Ikan Laga Negeri Terengganu!
🎨 Keindahan warna & keunikan sirip akan dinilai
🏆 Trofi & hadiah menarik untuk pemenang
🌊 Peluang berinteraksi bersama komuniti ikan laga tempatan
📸 Spot terbaik untuk OOTD bersama koleksi ikan hiasan terhebat

Malam Gala “Riuh Rasa Rakyat”
- 📅 9 Ogos 2025
- 🕘 9:00 Malam
- 📍 Pentas Utama Pulau Warisan, Kuala Terengganu
Ayuh serikan malam anda di Malam Gala Riuh Rasa Rakyat sempena Temasya Tranung Kite 2025! Malam penuh hiburan ini bakal menyatukan rakyat pelbagai lapisan melalui persembahan seni yang menggamit kenangan dan menyemarakkan semangat budaya tempatan.
🎭 Antara persembahan istimewa:
🎶 Gabungan Muzik Tradisional Terengganu (GAMUTRA)
🗣️ Dikir Barat oleh Kumpulan Sri Bujuk
🎤 Nyanyian oleh Roy Kapila
🎙️ Nyanyian duet Fendi Kenali & Den Manjo
🎩 Silap Mata hebat dari Apih The Magician

🎮 Pertandingan e-Sport: Mobile Legends
- 📅 9 Ogos 2025
- 🕤 9:30 Pagi
- 📍 Pentas Utama Pertandingan, Pulau Warisan, Kuala Terengganu
👑 Hadiah menarik & pengiktirafan khas untuk juara!
📡 Disiarkan secara langsung ke pentas utama!
💥 Terbuka untuk semua lelaki, wanita, remaja & dewasa.
Bersiap sedia, susun strategi, dan… TOURNAMERT SECARA LIVE!

Pertandingan Sukan Rakyat 🏃
- 📅 8 – 9 Ogos 2025
- 🕤 9:30 Pagi
- 📍 Tapak Aktiviti, Pulau Warisan, Kuala Terengganu
Ayuh sertai acara yang penuh nostalgia dan gelak ketawa! Pertandingan Sukan Rakyat bakal menggamit memori zaman kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti tradisi yang mencabar dan menghiburkan:
- 🎯 Pertandingan Galah Panjang 7 Sebelah
- 🐓 Titing Bulu Ayam
- ♟️ Pertandingan Dam Aji
- 🚴 Gelek Rim
- 🛺 Rakit Darat
- 👣 Kaki Hantu
- 👡 Terompah Gergasi
Acara ini terbuka kepada semua lapisan umur. Bawa keluarga, rakan dan jiran tetangga. Ayuh kita meriahkan bersama-sama!
Jadual Tentatif Temasya Tranung Kite
| Tarikh | Acara | Masa | Lokasi | No. Telefon |
|---|---|---|---|---|
| 8 Ogos 2025 | Pertandingan Masakan Warisan Terengganu | 9:00 pagi – 11:30 pagi | Khemah Pertandingan Pulau Warisan | - |
| 8 Ogos 2025 | Pertandingan Mewarna Motif Batik Berkeluarga | 3:00 petang | Khemah Utama | - |
| 8 Ogos 2025 | Pertandingan Perahu Panjang Terbuka (Hari 1) | Sepanjang hari | Pesisir Sungai Terengganu | - |
| 8 Ogos 2025 | Pertandingan Sukan Rakyat (Hari 1) | 9:30 pagi | Tapak Terbuka | - |
| 8 Ogos 2025 | Pertandingan Memanah Terbuka (Hari 1) | 10:00 pagi – 5:00 petang | Khemah Pertandingan | - |
| 8 – 10 Ogos 2025 | Pertandingan Ikan Betta (Hiasan) | 9:00 pagi – 6:00 petang | Khemah Pertandingan Pulau Warisan | 014-5413009 (Encik Che Ariff) |
| 9 Ogos 2025 | Pertandingan Lagu Rakyat | 9:00 pagi | Pentas Bergerak Pulau Warisan | 011-16983703 (Encik Izzat) |
| 9 Ogos 2025 | Pertandingan Memancing Berkeluarga | 3:00 petang – 6:00 petang | Terusan Pulau Warisan | 019-4978779 (Encik Syed) |
| 9 Ogos 2025 | Persembahan Khas GAMUTRA | 4:00 petang – 11:00 malam | Pentas Utama | - |
| 9 Ogos 2025 | Pertandingan E-Sport Mobile Legends | 9:30 pagi | Pentas Utama Pertandingan | 019-9534894 (Puan Nurul Asyikin) |
| 9 Ogos 2025 | Demonstrasi Tumbuk Emping | 10:00 pagi – 6:00 petang | Tapak Demonstrasi | - |
| 9 Ogos 2025 | Malam Gala Riuh Rasa Rakyat | 9:00 malam | Pentas Utama | - |
| 9 Ogos 2025 | Pertandingan Sukan Rakyat (Hari 2) | 9:30 pagi | Tapak Terbuka | - |
| 9 Ogos 2025 | Pertandingan Perahu Panjang Terbuka (Hari 2) | Sepanjang hari | Pesisir Sungai Terengganu | - |
| 10 Ogos 2025 | Pertandingan Gegar Akustik | 9:00 pagi – 12:00 tengah hari | Pentas Utama Pulau Warisan | 016-9439460 (Encik Syah) |
| 10 Ogos 2025 | Pertandingan Memanah Terbuka (Hari 2) | 10:00 pagi – 5:00 petang | Khemah Pertandingan | - |
| 10 Ogos 2025 | Pertandingan Perahu Panjang Terbuka (Hari 3) | Sepanjang hari | Pesisir Sungai Terengganu | - |
Sertai Acara Kebudayaan di Terengganu
Temasya Tranung Kite 2025
telah membuktikan bahawa warisan budaya negeri Terengganu bukan sahaja masih hidup, malah terus mekar dalam jiwa rakyat pelbagai lapisan. Acara ini berjaya menjadi platform penyatuan budaya, hiburan dan pendidikan. Diharapkan penganjuran temasya sebegini akan terus dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa hadapan demi memastikan kesinambungan identiti budaya dan jati diri rakyat Terengganu terus dipelihara dan dibanggakan oleh generasi akan datang.












