Memuatkan Peristiwa

Newor @ KBT

Raikan Warisan, Seni & Budaya Tempatan

Program Newor @ KBT 2025 bakal menggamit perhatian ramai apabila Kampung Budaya Terengganu sekali lagi menjadi pentas untuk menonjolkan keunikan budaya negeri ini. Acara ini menghimpunkan pelbagai aktiviti warisan, bengkel interaktif dan pertandingan budaya yang sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga orang dewasa.

  • 📅 Tarikh: 8 – 10 November 2025
  • 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu (KBT)

Lokasi Acara

Tarikh Acara

Acara akan berlangsung dalam masa :

Hari
Jam
Minit
Event Bermula Sekarang
November 8 - November 10

Pelbagai Aktiviti Menarik di Newor @ KBT 2025

Pertandingan Mewarna

Jom Serlahkan Bakat Mewarna Anda!

Acara ini terbuka untuk kanak-kanak yang ingin berseronok sambil mempelajari seni dan budaya dalam suasana kampung tradisional Terengganu.

  • 📅 Tarikh: 8 November 2025 (Sabtu)
  • 🕘 Masa: 9.00 pagi
  • 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu, Kuala Terengganu
  • 💰 Yuran Penyertaan: RM 10.00 sahaja
  • 🎟️ Termasuk kemasukan percuma untuk peserta + 2 orang penjaga

📝 Terma & Syarat Utama

  1. Hanya template rasmi disediakan oleh penganjur dibenarkan.

  2. Satu penyertaan bagi setiap peserta.

  3. Bawa peralatan mewarna sendiri (pensel warna, crayon, marker).

  4. Peserta digalakkan bawa meja lipat atau tikar sendiri.

  5. Tempoh pertandingan 1 jam.

  6. Hasil perlu diserahkan kepada penganjur selepas tamat masa.

  7. Jaga adab & etika sepanjang program.

  8. Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak patuh syarat.

  9. Keputusan juri adalah muktamad.

🏆 Hadiah Menarik Menanti!

🥇 Tempat Pertama – RM 100 + Hamper
🥈 Tempat Kedua – RM 80
🥉 Tempat Ketiga – RM 50

👧 Kategori A: 4 – 6 Tahun (Pra / Tadika)
👦 Kategori B: 7 – 9 Tahun (Sekolah Rendah

📞 Sebarang Pertanyaan:

  • 📱 Farina: +6011 1612 7714
  • 📱 Ayu:  +6019 592 9614

Pertandingan Ratu Cilik (Duta Tahun Melawat Malaysia 2026)

Sertai acara eksklusif ini dan tampil menyerlah sebagai “Ratu Cilik” yang bakal menjadi wajah kecil mewakili semangat Tahun Melawat Malaysia 2026! Pertandingan ini bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap budaya dan warisan Malaysia melalui busana tradisional serta pengucapan promosi kreatif.

 

  • 📅 Tarikh: 8 November 2025 (Sabtu)
  • 🕚 Masa: 11:00 pagi
  • 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu
  • 💰 Yuran Penyertaan: RM 40.00
  • 🎟️ Termasuk kemasukan percuma untuk peserta + 2 orang penjaga
Awang Nelang & Mek Ara Bermain Gasing

Piala Gasing Pangkah Terengganu 2025

Ayuh saksikan pertarungan hebat dua jaguh gasing, Dabara Vs Seb Medan dalam Pertandingan Akhir Piala Gasing Pangkah Terengganu 2025! Rasakan sendiri debaran dan keunikan permainan tradisional yang menjadi warisan kebanggaan negeri Terengganu.

  • Pertandingan Akhir: Dabara vs Seb Medan
  • 📅 Tarikh: 9 November 2025 (Ahad)
  • 🕘 Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
  • 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu

🔥 Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara tahun ini? Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi penuh semangat dan tradisi warisan Melayu ini secara langsung!

Awang Nelang Silat

Bengkel Silat Gayong

Alami Kehebatan Silat Gayong Warisan Melayu!

Sertai Bengkel Silat Gayong bersama Adiguru Pak Anan & Pak Awi Losong dalam program Newor @ Kampung Budaya Terengganu 2025. Ketahui keindahan seni bela diri tradisional Melayu yang kaya dengan falsafah, disiplin dan keunikan gerak tari tempur yang diwarisi turun-temurun.

  • 📅 Tarikh: 9 November 2025 (Ahad)
  • 🕒 Masa: 3.00 petang
  • 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu, Kuala Terengganu
  • 💰 Yuran Penyertaan: RM 5.00 (termasuk tiket masuk Kampung Budaya Terengganu)

Walkabout Budaya: Menyusuri Warisan & Alam

Walkabout Budaya: Menyusuri Warisan & Alam

🍃 Menyusuri Warisan & Alam Bersama Dato’ Haji Yusuf Abdullah

Hayati keindahan budaya dan warisan negeri Terengganu secara lebih dekat melalui Walkabout Budaya yang eksklusif ini! Bersama tokoh budaya terkemuka, Dato’ Haji Yusuf Abdullah, anda akan dibawa menyelusuri keunikan seni bina, alam semula jadi dan sejarah yang menjadi identiti Kampung Budaya Terengganu.

  • 📅 Tarikh: 10 November 2025 (Isnin)
  • 🕙 Masa: 10.00 pagi
  • 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu, Kuala Terengganu
  • 💰 Yuran Penyertaan: RM 5.00 (termasuk tiket masuk Kampung Budaya Terengganu)

Tracing Roots: A Nature Heritage Walk

A Nature Heritage Walk with Anuar McAfee

Sertai pengalaman istimewa Menjejaki Akar Warisan: Jelajah Alam Semula Jadi bersama Anuar McAfee.

Satu perjalanan penuh ilmu dan inspirasi menyusuri keindahan alam serta warisan semula jadi Terengganu. 🌾🌳
  • 🗓️ Ahad, 9 November 2025
  • ⏰ 4.30 Petang
  • 💵 RM5.00 sahaja (termasuk tiket masuk ke Kampung Budaya Terengganu)

Bengkel Gamelan (Irama Warisan)

Hayati Alunan Irama Warisan Melayu 🎶

Jom sertai Bengkel Gamelan bersama Adiguru Tun Baharum dalam program Newor @ Kampung Budaya Terengganu 2025 dan rasai sendiri keindahan seni muzik tradisional yang menjadi warisan istana Terengganu.

  • 📅 Tarikh: 10 November 2025 (Isnin)
  • 🕚 Masa: 11.00 pagi
  • 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu, Kuala Terengganu
  • 💰 Yuran Penyertaan: RM 5.00 (termasuk tiket masuk Kampung Budaya Terengganu)

Bengkel Wayang Kulit

Alami Keunikan Seni Wayang Kulit Terengganu

Jom merasai sendiri keindahan Wayang Kulit, salah satu warisan budaya tertua negara kita! Sertai Bengkel Wayang Kulit bersama Tok Dalang Pak Nawe. Ketahui bagaimana setiap watak dan cerita tradisi ini menghidupkan seni penceritaan turun-temurun.

  • 📅 Tarikh: 10 November 2025 (Isnin)
  • 🕒 Masa: 3.00 petang
  • 📍 Lokasi: Kampung Budaya Terengganu, Kuala Terengganu
  • 💵 Yuran Penyertaan: RM 5.00 (termasuk tiket masuk Kampung Budaya Terengganu)

Jadual Program Newor @ KBT 2025

08 – 10 November 2025 | Kampung Budaya Terengganu

TarikhMasaAktiviti
8 November 2025
Sabtu
9.00 pagiPertandingan Mewarna Newor di Istana Tengku Long
10.00 pagi Perasmian Festival NEWOR @ KBT 2025
Persembahan Tarian Tradisional
Persembahan Dikir Karut
11.00 pagiPertandingan Ratu Cilik – Duta Tahun Melawat Malaysia 2026
3.00 petangPersembahan Dikir Karut
9 November 2025
Ahad
9.00 pagi – 3.00 petangPertandingan Gasing Pangkah Piala Newor
3.00 petangPersembahan Silat Gayong & Bengkel bersama Adiguru Pak Anan & Pak Awi Losong
4.30 petangTracing Roots: A Nature Heritage Walk bersama Anuar McAfee
10 November 2025
Isnin
10.00 pagiWalkabout Budaya: Menyusuri Warisan & Alam bersama Dato’ Haji Yusof Abdullah
11.00 pagiIrama Warisan: Bengkel Gamelan bersama Adiguru Tun Baharum
3.00 petangPersembahan & Bengkel Wayang Kulit oleh Tok Dalang Pak Niwe

Objektif & Tema Program

Objektif & Tema Program
Warisan Budaya Terengganu
Mengangkat warisan budaya Terengganu melalui bengkel, pertandingan dan aktiviti interaktif.
Tahun Melawat Malaysia 2026
Menyemarakkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan pengisian acara beridentitikan negeri.
Seni Budaya Tradisional
Mendedahkan masyarakat & pelancong kepada seni budaya tradisional seperti silat, gamelan dan wayang kulit.
Cinta Warisan Generasi Muda
Menyemai semangat cinta warisan dalam kalangan generasi muda melalui aktiviti seperti pertandingan mewarna & ratu cilik.

Semarakkan Warisan & Budaya Terengganu

Program Newor @ KBT 2025

merupakan inisiatif bermakna dalam mengangkat seni, budaya dan warisan negeri Terengganu melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti bengkel warisan, pertandingan kanak-kanak serta jelajah budaya. Sepanjang tiga hari penganjuran, program ini bukan sahaja menjadi wadah memperkenalkan keunikan tradisi kepada pelancong, malah berperanan penting dalam menyemai semangat cinta budaya dalam kalangan generasi muda. Gabungan elemen hiburan, pendidikan dan warisan menjadikan Newor @ KBT sebuah acara pelancongan budaya yang menyatukan komuniti, memperkukuh identiti negeri serta memperindah citra Malaysia di mata dunia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini