Loading ...

6 Tempat Makan Paling Cantik di Terengganu

Terengganu

sememangnya terkenal dengan lokasi santai tepi pantai dan alam semula jadi yang indah. Berikut adalah tempat makan terbaik yang bukan sahaja menawarkan pemandangan cantik (pantai, taman, sungai) malah popular dan disyorkan ramai. Setiap tempat ini mempunyai tarikan tersendiri dari segi panorama, suasana, populariti dan keunikan menu.

Tepi Pantai, View Sunset & Alam Semula Jadi

Dalam artikel ini, kami senaraikan 6 tempat makan terbaik di Terengganu yang mempuyai pemandangan cantik dan  Instagrammable. Sesuai untuk anda yang inginkan masa makan bersama keluarga atau bersendirian secara santai.

Terokai Tempat Makan Paling Cantik Di Terengganu

Nak Pilih Yang Mana Tempat Makan Paling Cantik di Terengganu?!

Terengganu mempunyai banyak tempat yang cantik dan menarik untuk kita lepak. Disini kami senaraikan 6 tempat makan yang mempunyai view yang cantik :

1. Buai Ketapang Camp Park

2. Lemboh Nisang By Che Na

3. Zety Roses Garden Cafe & Farm

4. Dapo Pata – Nostalgia Studio Jalan Ampas

5. NL Celup Tepung Bira Pata

6. Crocodile Rock Beach Bistro

Di Terengganu, makanan bukan hanya untuk kenyang tetapi untuk dinikmati dengan jiwa dan pandangan mata. Gabungan rasa asli dan view semula jadi menjadikan setiap lokasi makan sebagai tempat “healing” yang sempurna.

6 Tempat Makan Paling Cantik di Terengganu, Malaysia

1. Buai Ketapang Camp Park, Pantai Miami
Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

1. Buai Ketapang Camp Park, Pantai Miami

📍 Pantai Miami, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Terletak di Pantai Teluk Ketapang berhadapan Laut Cina Selatan, lokasi ini menawarkan panorama pantai dengan bayu laut yang menenangkan. Pada waktu petang dan malam, kawasan “foodcourt Buai” di tapak perkhemahan ini dihiasi lampu lintang (fairy lights) yang menambah suasana santai dan mesra keluarga – sesuai untuk lepak sambil menikmati angin pantai. Terdapat buaian dan tempat duduk santai menjadikannya port “healing” kegemaran.

  • Makanan & Konsep: Terdapat pelbagai vendor makanan tempatan dibuka dalam kawasan Buai.
  • Waktu Operasi: Khamis - Ahad 5:00PM -12:00AM
  • Aktiviti Lain: Piknik, berkhemah, face painting, taman buai untuk kanak-kanak dan dewasa.

“Suasana yang sangat tenang untuk menikmati sesi minum kopi lewat malam... benar-benar menikmatinya...”

2. Lemboh Nisang By Che Na
Marang

2. Lemboh Nisang By Che Na

📍 Lemboh Nisang, Dataran Batu Putih, Marang

Lembah Nisang merupakan sebuah lokasi pelancongan berkonsepkan perkampungan yang terletak di Dataran Batu Putih, Marang, Terengganu. Kawasan ini pada asalnya ialah kampung tradisional Batu Putih yang terkenal dengan penghasilan manisan gula nipah atau nisan kerek sejak dahulu Nama “Nisang” diambil sempena nisan kerek. Secara rasminya, Lembah Nisang mula beroperasi sekitar Ogos 2025 sebagai tarikan terkini di Marang. 

  • Makanan & Konsep: Makanan berkonsepkan Nisang dan tradisonal.
  • Waktu Operasi: Akan mula beroperasi pada Ogos 2025  Setiap Hari 5PM-10PM
  • Aktiviti lain: Piknik, acara komuniti, kawasan beli-belah dan bot penambang

“suasa yang aman kat tepi sungai, terbaik untuk tenangkan jiwa.”

3. Zety Roses Garden Café & Farm
Hulu Terengganu

3. Zety Roses Garden Café & Farm

📍Lot 3877, Kampung Tanjung Aur, Telemong, Hulu Terengganu

 Zety Roses Garden Café menawarkan pengalaman makan dalam taman bunga ros terbesar di Terengganu. Kafe ini dikelilingi ratusan pokok mawar yang mekar, menghasilkan pemandangan taman yang indah dan penuh warna. Tempat ini memang instagrammable dan sesuai untuk sesi fotografi, bahkan turut dijadikan lokasi majlis perkahwinan kerana keunikan estetikanya.

  • Makanan & Konsep: menu fusion dan tempatan bertemakan bunga ros. Contohnya “Nasi Beriani Rose Ayam”.
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pagi – 5:30 petang (tutup jika hujan lebat).
  • Aktiviti Lain: melawat taman bunga ros, beli-belah, bengkel & demonstrasi Berkebun dan port bergambar.

“Makan sambil dikelilingi bunga ros yang mekar dan wangi. Suasana seperti di taman rahsia Eropah.”

4. Dapo Pata – Nostalgia Studio Jalan Ampas
Kuala Nerus

4. Dapo Pata – Nostalgia Studio Jalan Ampas

📍 Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus 

Menawarkan pemandangan pantai yang indah dan angin laut yang nyaman. Uniknya, kawasan ini berkonsepkan “uptown kontena” diserikan dengan dekorasi retro ala hipster. Tema khas “Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA)” menjadikan suasana di sini lain seperti era P. Ramlee dengan hiasan klasik dan muzik oldies dimainkan.

  • Makanan & Konsep: Street Food yang meyediakan makanan Hipster dan Tradisonal. Berkonsepkan nostalgia serta santai.
  • Waktu Operasi: Khamis – Sabtu, 6:00 petang – 12:00 tengah malam
  • Aktiviti Lain: Fotografi, sewa busana nostalgia dan pesembahan busking, 

“Dekorasi klasik ala Studio Jalan Ampas bawa kita kembali ke zaman kegemilangan filem Melayu”

5. NL Celup Tepung Bira Pata
Penarik, Setiu

5. NL Celup Tepung Bira Pata

📍 Bulatan Masjid Pantai Penarik, Setiu

Restoran NL Celup Tepung Bira Pata memberikan pengalaman santai makan di tepi pantai dengan pemandangan laut biru. Kawasan sekelilingnya berpasir putih dan berangin, sesuai untuk menikmati panorama sunset di ufuk barat. Restoran ini mempunyai ruang makan terbuka berkonsep gazebo dan payung pantai – pengunjung boleh duduk sambil rasa pasir di kaki dan angin pantai. Pada waktu malam minggu atau cuti, ada hiburan busking disediakan.

  • Makanan & Konsep: Kedai celup tepung yang turut meyediakan masakan panas, Westen dan Bingsu.
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 10:00 pagi – 9:30 malam
  • Aktiviti Lain: Bermain di tepi pantai, fotografi & melihat alam

“Ada banyak ruang parkir, mudah singgah bila lalu Pantai Penarik.”

6. Crocodile Rock Beach Bistro
Pulau Perhentian Kecil, Besut

6. Crocodile Rock Beach Bistro

📍 Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, Besut

Terletak di tepian Pantai Rainforest/Coral Bay di Pulau Perhentian Kecil – menawarkan pemandangan laut yang memukau terutama waktu matahari terbenam. Bistro ini berkonsep open-air seating di atas pasir pantai; anda boleh menjamu selera dengan berlatarbelakangkan laut jernih kehijauan dan hutan tropika di sekeliling. Suasana sangat tenang jauh dari kesibukan Long Beach – sesuai untuk dinner romantis bawah bintang. Diletakkan kerusi santai dan bean bag di pantai untuk pelanggan, sambil alunan muzik akustik.

  • Makanan & Konsep: menyajikan gabungan menu tempatan dan Barat. Anda boleh menikmati hasil laut segar, contohnya grilled seafood platter hasil tangkapan harian
  • Waktu Operasi: Operasi: Setiap hari (Mac–Oktober), 8:30–10:30 pagi (sarapan) & 6:30–10:30 malam (makan malam)
  • Aktiviti Lain: Villa dan chalet untuk bermalam, Berehat diatas bean beg, mandi pantai dan melihat coral.

“Burger Crocodile Rock dibuat sendiri, bukan jenis komersial seperti di kebanyakan restoran lain.”

Buffet Ramadan Terengganu 2025 di Raia Hotel
Selera Di Terengganu

Tempat Makan Paling Cantik di Terengganu

Terengganu mempunyai banyak kawasan yang memiliki pemandangan cantik disebabkan oleh gabungan unik faktor geografi semula jadi, warisan budaya, dan pembangunan pelancongan berfokus alam. Antaranya ialah : 

  1. Pantai yang Panjang dan Bersih.
  2. Kepulauan Tropika yang Menakjubkan.
  3. Kawasan Alam Semula Jadi dan Tanah Tinggi.
  4. Pemeliharaan Budaya dan Estetika Tradisional.
  5. Pembangunan Pelancongan Berfokuskan “Nature-based”.
 

Terokai Keindahan Sambil Menjamu Selera

Makan sambil Healing di Terengganu

Bukan sekadar makan, setiap kunjungan memberi pengalaman healing – menikmati hidangan sambil ditemani bayu laut yang nyaman, bunyi deruan ombak, atau suasana desa yang damai di kaki bukit. Dari kafe tepi pantai seperti di Penarik, restoran atas bukit yang menghadap laut, hinggalah ke food truck dengan view mercu tanda ikonik seperti Drawbridge, semuanya memberi rasa santai dan bahagia. Pendek kata, di Terengganu anda bukan sahaja menjamu selera, tetapi juga mengisi hati dengan ketenangan – membuatkan ia destinasi wajib untuk sesiapa sahaja yang mencari tempat makan cantik + pengalaman healing yang sebenar.

Gunung menghijau di hujung desa,
Burung terbang melayang-layang,
Singgah makan di warung selera,
Healing jiwa penat pun hilang.

Tambah Komen

Your email address will not be published.
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

ms_MY