
Suasana Kampung, Udang Segar & Penuh Tradisi!
Maklumat Penting Pesta Gagar Udang Kemaman
- 📅 Tarikh: 10 – 11 Oktober 2025
- ⏰ Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
- 📍 Lokasi: Dataran Ayah Sor, Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu
- 📞 Pendaftaran: Hubungi PIC bagi setiap acara pertandingan
Lokasi Acara
Tarikh Acara
Acara akan berlangsung dalam masa :
Acara Menarik Sepanjang Pesta
Pertunjukan Silat
🍤Pertandingan Memasak Udang
🦞Pelepasan Peserta Gagar Udang
🎭Permainan & Makanan Tradisi
🎶Malam Bual Kampung
🎣Pertandingan Memancing Udang
🎨Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
🏞️Pertandingan Mendaki Bukit
🦐Pertandingan Udang Cantik & Tangkap Udang
🎋Anyam Ketupat & Tradisi Melayu
🚙RC Crawler & Aktiviti Menarik
🎁Hadiah Menarik Menanti Anda!
Selain itu, JPKK Dadong turut menampilkan demonstrasi pembuatan “Laksa Erek @ Laksa Terengganu” yang pasti menggamit selera pengunjung.
Aktiviti Utama Gagar Udang
Tangkap Udang, Menang Hadiah! 🦐
Pertandingan unik ini menggabungkan elemen keseronokan, kemahiran dan semangat kampung. Siapa tangkap paling banyak dan paling cekap, dialah juara!
- 📅 Tarikh: 10 Oktober 2025 (Jumaat)
- 🕒 Masa: 3.00 petang
- 📝 Pendaftaran: Walk-in di tempat program pada hari pertandingan
- 🏆 Hadiah: Tempat 1–3 & saguhati disediakan
Pertandingan Memasak Udang
Masak, Hidang & Menang! 🍤👩🍳
Panaskan kuali anda kerana inilah peluang untuk para suri rumah, chef kampung, dan pencinta masakan udang menunjukkan bakat memasak dengan kreativiti tersendiri. Siapa tahu, resipi anda mungkin juara tahun ini!
- 📅 Tarikh: 10 Oktober 2025 (Jumaat)
- 🕒 Masa: 3.00 petang
- 🏆 Hadiah: Tempat 1–3 & Saguhati menarik disediakan
Syarat-Syarat Penyertaan
Terbuka kepada warga DUN Air Putih sahaja
Peserta mestilah wanita berumur 18 tahun ke atas
Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta
Tema masakan: Hidangan utama berasaskan Udang Galah
Bahan Utama & Peraturan
Udang disediakan oleh pihak penganjur
Bahan tambahan boleh dibawa oleh peserta
Tidak dibenarkan membawa bahan siap masak dari rumah
Semua penyediaan dan masakan perlu dilakukan di tempat pertandingan
Aktiviti Mendaki Bukit Mentok
Daki, Cabar Diri & Menang Hadiah!
Nikmati keindahan alam semula jadi sambil mencabar ketahanan fizikal anda bersama rakan-rakan dan komuniti setempat.
- 📅 Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
- 🕗 Masa: 8.30 pagi
- 📍 Lokasi: Hiking Park Bukit Mentok, Kemaman
- 👟 Terhad: 200 orang peserta sahaja
- 🏆 Hadiah: Tempat 1–3 & saguhati menarik disediakan
Memancing Udang Dalam Sungai & Tebing
Siapa Pancing Paling Banyak, Dialah Juara! 🎣🦐
Inilah peluang untuk para kaki pancing menunjukkan kehebatan dan strategi masing-masing dalam memburu udang sungai segar Terengganu!
- 📅 Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
- 🕗 Masa: 8.30 pagi
- 📍 Lokasi: Dataran Ayah Sor, Bukit Mentok, Kemaman
- 📆 Tarikh Tutup Penyertaan: 10 Oktober 2025
- 🏆 Hadiah: Tempat 1–3 & saguhati menarik disediakan
Acara Udang Hiasan Tercantik
Kreativiti, Keunikan & Kecantikan Dalam Satu Bekas! 🦐✨
Sertai dan pamerkan hasil kreativiti anda menghias udang hidup dalam bekas khas. Siapa tahu, mungkin udang anda yang akan dinobatkan paling cantik tahun ini!
- 📅 Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
- 🕗 Masa: 8.30 pagi
- 📝 Pendaftaran: Walk-in di tempat program
- 🏆 Hadiah: Tempat 1–3 & saguhati menarik disediakan
Pelbagai Aktiviti Sukan Air
Aktiviti Seronok dan Lasak
Sukan air kali ini menjanjikan keseronokan berganda dari lumba perahu hingga panjat tiang licin, semuanya menggabungkan kekuatan, keseimbangan dan kerja berpasukan!
- 📅 Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
- 🕗 Masa: 8.30 pagi
- 📝 Pendaftaran: Walk-in di tempat program
- 🏆 Hadiah: Tempat 1–3 & saguhati menarik disediakan
Pertandingan Mewarna
Serlahkan Kreativiti Si Cilik! 🎨🖍️
Inilah pentas terbaik untuk si kecil menunjukkan imaginasi dan kreativiti melalui warna sambil bersaing secara sihat dalam suasana gembira dan mesra keluarga.
- 📅 Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
- 🕗 Masa: 8.30 pagi
- 👧 Terhad: 100 orang peserta sahaja
- 🏆 Hadiah: Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga & Saguhati (setiap kategori)
Pertandingan RC Crawler 2025
Tunjuk Skill, Kuasai Trek & Takluk Bukit Mentok! 🚙💨
Cabaran penuh adrenalin ini menampilkan trek berbukit sebenar yang menguji ketangkasan, kawalan dan ketepatan setiap peserta.
- 📅 Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
- 🕗 Masa: 8.30 pagi
- 🏆 Hadiah: Tempat 1–3 & saguhati menarik disediakan
10 Oktober 2025 (Jumaat)
| Masa | Aktiviti | Butiran |
|---|---|---|
| 2.30 Petang | Majlis Perasmian | Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Negeri Terengganu. |
| 3.00 Petang | Pertunjukan Silat | Aksi seni mempertahankan diri warisan Melayu. |
| 3.00 Petang | Pelepasan Peserta Gagar Udang 2025 | Acara simbolik pelepasan rasmi peserta ke pertandingan utama. |
| 3.00 Petang | Pertandingan Memasak Udang | Sertai cabaran memasak udang paling sedap dengan gaya masakan Kemaman. |
| 3.00 Petang | Permainan Tradisi & Makanan Tradisional | Demonstrasi permainan dan sajian tradisi masyarakat tempatan. |
| 3.00 Petang | Karnival & Gerai Jualan | Pelbagai jualan produk tempatan dan reruai agensi kerajaan. |
| 8.00 Malam | Malam Bual Kampung | Bersama Ustaz Mohd Nakhaie Nafiah & Ustaz Kamaruzaman Abdullah sebagai moderator dan panel. |
| 8.00 Malam | Persembahan Dikir Lama | Menutup malam dengan persembahan tradisional penuh nostalgia kampung. |
11 Oktober 2025 (Sabtu)
| Masa | Aktiviti | Butiran |
|---|---|---|
| 8.30 Pagi | Pertandingan Memancing Udang | Cabaran memancing di sungai dan tebing, kategori umum dan profesional. |
| 8.30 Pagi | Pertandingan Sukan Air | Aktiviti riadah air dengan pengawasan keselamatan di kawasan sungai. |
| 8.30 Pagi | Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak | Aktiviti kreatif untuk kanak-kanak berumur 6–13 tahun. |
| 8.30 Pagi | Pertandingan Hiking | Cabaran mendaki Bukit Mentok. |
| 8.30 Pagi | Pertandingan Udang Cantik | Pameran dan pertandingan udang pelihara tercantik |
| 8.30 Pagi | Pertandingan Tangkap Udang | Acara menyeronokkan meniru cara tradisional menangkap udang di sungai. |
| 8.30 Pagi | Pertandingan Anyam Ketupat | Demonstrasi dan pertandingan anyaman ketupat nasi & pulut. |
| 8.30 Pagi | Pertandingan RC Crawler | Peraduan mini 4x4 kendalian jauh di trek khas. |
| 8.30 Pagi | Demonstrasi Cucuk Atap Nipah & Anyam Tikar Mengkuang | Pembuatan atap dan tikar oleh penggiat tempatan. |
| 8.30 Pagi | Cabutan Bertuah | Menangi pelbagai hadiah menarik sepanjang pesta berlangsung. |
| 5.00 Petang | Penyampaian Hadiah | Majlis penutup dan penyampaian hadiah. |
| Sepanjang Hari | Pameran & Gerai Jualan | Gerai makanan, pameran agensi kerajaan dan jualan produk tempatan. |








