🎉 Sertai kami dalam karnival paling nostalgik dan meriah di Terengganu! Selera Rasa Warisan mengangkat keunikan tradisi dan cita rasa warisan Melayu dalam suasana yang penuh dengan kenangan, hiburan dan pertandingan menarik.
Acara akan berlangsung dalam masa :
Pertandingan memasak ini mengetengahkan bakat muda dalam bidang kulinari, khas untuk pelajar TVET dan sekolah menengah. Peserta akan diuji dari segi kreativiti, penyediaan serta persembahan hidangan warisan Melayu. Acara ini juga menjadi medan interaksi antara pendidik, pelajar dan komuniti F&B profesional.
Ganjaran: Hadiah wang tunai & hamper menarik ditaja oleh Adabi.
Aktiviti mewarna ini diadakan dalam suasana santai, memberi peluang kepada anak-anak kecil mengekspresikan kreativiti mereka melalui warna dan lukisan bertema warisan.
🧒 Anjuran oleh Izz’s Art Corner yang dikenali dengan pendekatan kreatif untuk pendidikan awal kanak-kanak.
Nasi dagang ialah simbol kebanggaan masakan Pantai Timur. Pertandingan ini membuka peluang kepada para peserta untuk menunjukkan resipi dan kemahiran asli dalam penyediaan nasi dagang termasuk gulai ikan tongkol, acar dan sambal.
🎁 Hadiah: Wang tunai dan hamper tajaan Cap Bunga Rose & Pok Maung.
Sesi eksklusif santai sambil minum kopi bersama usahawan berjaya, selebriti dan influencer tempatan. Antara tokoh yang hadir:
Richard IS – Cooking Influencer
DJ Halim Othman – Selebriti
En. Kamarul Hassan – Cap Bunga Rose
Nachik Cikna – Usahawan Kopi Nisang
CEO Kuterer – Influencer
📍 Lokasi: Quinara Al Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu
🎙️ Tetamu Jemputan:
Al-Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal
Malam Berselawat merupakan satu acara penuh pengisian rohani dalam Karnival Selera Rasa Warisan. Diadakan dalam suasana malam yang tenang dan damai, program ini bakal memperdengarkan alunan qasidah, puji-pujian serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Tarikh | Masa | Acara | Lokasi |
---|---|---|---|
31 Julai (Khamis) | 10.00 pagi – 1.00 petang | TVET Culinary Challenge | Quinara Al Safir Resort |
31 Julai (Khamis) | 9.00 malam – 11.00 malam | Malam Berselawat bersama Ustaz Mustaffa Kamal | Quinara Al Safir Resort |
1 Ogos (Jumaat) | 5.30 petang – 6.30 petang | Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak 7–12 tahun) | Quinara Al Safir Resort |
1 Ogos (Jumaat) | 9.00 malam – 11.00 malam | Persembahan 4U Music | Quinara Al Safir Resort |
2 Ogos (Sabtu) | 10.00 pagi – 1.00 petang | Pertandingan Hias Cupcake | Quinara Al Safir Resort |
2 Ogos (Sabtu) | 10.00 pagi – 11.00 malam | Musikal Warisan bersama Naquib Mohammad | Quinara Al Safir Resort |
3 Ogos (Ahad) | 8.00 pagi – 1.00 petang | Pertandingan Asyura | Quinara Al Safir Resort |
3 Ogos (Ahad) | 9.00 pagi – 12.00 tengah hari | Pertandingan Masok Nasi Dagang | Quinara Al Safir Resort |
3 Ogos (Ahad) | 3.00 petang – 5.00 petang | Mengopi Usahawan & Influencer | Quinara Al Safir Resort |
3 Ogos (Ahad) | 9.00 malam – 11.00 malam | Persembahan Rabbani | Quinara Al Safir Resort |