📅 Tarikh: 26 – 28 Jun 2025 (Khamis – Sabtu)
📍 Lokasi: Taman Awam & Rekreasi Kemasik, Kemaman, Terengganu
🎟️ Kemasukan: PERCUMA
👥 Penganjur:
VOICE Terengganu & Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman
🎯 Tujuan Acara:
Mewujudkan platform mesra komuniti untuk berkumpul, berkongsi pengalaman, serta menyokong industri pelancongan tempatan di daerah Kemaman.
Sebiji Kopi & Sebuah Komuniti
FKK2025 akan diadakan pada 26-28 Jun di Taman Awam & Rekreasi Kuala Kemasik. Acara kopi tahunan terbesar ini bakal menggegarkan Pantai Timur Malaysia! Dibawakan khas untuk semua pencinta kopi, pengusaha F&B, keluarga dan pengunjung dari seluruh negara. Acara ini akan menampilkan pelbagai aktiviti berkaitan kopi, termasuk BeachRun 2025 pada 27 Jun dan Latte Art Throwdown pada 28 Jun. Festival ini dianjurkan oleh VOICE Terengganu dan Pejabat Daerah & Tanah Kemaman, dan merupakan edisi ketiga acara tersebut.
Acara akan berlangsung dalam masa :
FKK2025 menghimpunkan hampir 40 pengusaha kopi, majoritinya dari daerah Kemaman. Pengunjung berpeluang merasai pelbagai jenis kopi dari teknik penyediaan berbeza seperti kopi tradisional tempatan hinggalah ke gaya moden seperti espresso, cold brew dan pour over. Info lanjut serta pendaftaran vendor akan diumumkan di media sosial VOICE Terengganu.
☕ Ribuan Cawan Kopi Premium – Daripada jenama tempatan ke antarabangsa
🎨 Pertunjukan Latte Art & Bengkel Barista – Live demo & penyertaan terbuka
🎵 Persembahan Muzik & Busking – Artis tempatan & suasana meriah
🛍️ Gerai Usahawan & Booth Jualan – Barangan kopi, makanan artisanal & kraftangan
🎉 Aktiviti Keluarga, Lucky Draw & Cabutan Bertuah
Pada edisi sebelumnya, festival ini telah berjaya menarik lebih 8,000 pengunjung dalam masa satu hari sahaja! Ini membuktikan bahawa budaya kopi semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong yang ingin menikmati pengalaman kopi unik.
Festival ini turut mengetengahkan gabungan budaya kopi, muzik, seni dan komuniti, semuanya berlatarbelakangkan suasana santai tepi Pantai Kemasik. FKK2025 bukan sekadar acara minum kopi malah ia adalah platform untuk berkumpul, belajar dan menyokong pelancongan Kemaman.
@discoveryterengganu Festival Kopi Kemaman menjengah lagi tahun ini di tempat biasa Resort World Kijal dari 3 - 5 Okt 2024. Ade pelbagai jenis kopi yg boleh dipilih dari berpuluh vendor yg ade, x cukup dgn itu.. ade pelbagai jenis makanan turut disediakan. www.discoveryterengganu.com #beautifulterengganumalaysia #tourismterengganu #amazingterengganu #discoveryterengganu #discovermalaysian #amazingmalaysia #malaysiatrulyasia #tourismmalaysia #cuticutimalaysia #GayaTravel #SayangiMalaysiaKu #vm2024 ♬ original sound - ysaniiieee
@amazingterengganu Best sgt!!! Festival Kopi Kemaman 2.0. Datang jangan tak datang. #festivalkopikemaman #kopiterengganu #amazingterengganu #terengganucoffee #tourismterengganu ♬ Bercanda Di Malam Indah - Masdo
Ia jadi port lepak komuniti, tempat berkongsi cerita dan belajar macam-macam pasal dunia kopi. Dengan suasana santai tepi pantai, confirm lagi feel! 🌊☕Kalau anda memang peminat kopi atau tengah plan short trip, inilah acara yang wajib datang!
📅 Save the date – FKK2025 janji satu pengalaman yang penuh vibe, aroma kopi dan kenangan manis! 🎉