Program Bermalam Di Muzium

Program Bermalam Di Muzium 2025

Program Bermalam di Muzium khas untuk pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 15 tahun bertujuan mendekatkan generasi muda dengan history and budaya, sambil memberi pendedahan awal sebagai kurator muda. Dengan yuran penyertaan hanya RM30 seorang termasuk makan dan minum, ia menjadi pengalaman pembelajaran luar bilik darjah yang unik dan menyeronokkan.

Peserta bukan sekadar tidur di galeri muzium, tetapi turut menyertai lawatan malam, bengkel warisan, permainan tradisional serta sesi bercerita sejarah. Melalui aktiviti ini, pelajar belajar kerjasama, disiplin dan komunikasi, di samping menanam kecintaan terhadap warisan budaya serta meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan.

Program Bermalam Di Muzium

Mendalami Program Bermalam Di Muzium

Program Bermalam Di Muzium

Tentatif Program

13 September 2025 (Sabtu)

Bermalam di Muzium – Tentatif Hari 1 (13 Sept 2025)
WaktuActivitiesLocation
2.15 – 3.00 PTGPendaftaran & Agihan KumpulanSerambi Mandalika
3.15 – 4.00 PTGSuaikenal Fasi & Taklimat Keselamatan
4.00 – 4.30 PTGSolatSurau Kayu
4.30 – 4.45 PTGCicipanSerambi
4.45 – 6.15 PTGAktiviti Minitur & TikTok SejarahSerambi, Galeri & Kawasan Sekitar
6.15 – 7.00 PTGPersiapan DiriLelaki – Blok D; Wanita – Pejabat
7.00 – 8.30 MLMMaghrib Berjemaah, Makan & IsyakSerambi
8.30 – 9.30 MLMCeramah & Kuiz MKN
9.30 – 11.30 MLMSambungan: Minitur, TikTok & GABI
11.30 MLMNyuluh Galeri Tekstil & Foyer BBGaleri Tekstil & Foyer BB
12.00 TGHMLMTidur
← Skrol untuk lihat jadual penuh →

14 September 2025 (Ahad)

Bermalam di Muzium – Tentatif Hari 2 (14 Sept 2025)
WaktuActivitiesLocation
5.45 – 6.15 PGPersiapan DiriLelaki – Blok D; Wanita – Pejabat
6.15 – 6.45 PGSubuh Berjemaah & TazkirahSerambi
6.45 – 7.15 PGSarapan
7.15 – 7.45 PGPengemasan BagDewan Mandalika
7.45 – 8.00 PGSenamrobikSquare
8.00 – 8.45 PGWira Fun & WalkaboutDataran – KBT – Masjid – Pelayaran
8.45 – 10.00 PGMisi Kurator Muda: STEM & ArkeologiThrone page
10.00 – 11.30 PGPertandingan Permainan Tradisional
11.30 – 12.00 TGHRPersiapan Diri
12.00 – 1.00 TGHRPenyampaian Hadiah & PenutupanDewan Batu Bersurat
1.00 TGHRMakan Tengah Hari & Bersurai
← Skrol untuk lihat jadual penuh →
Program Bermalam Di Muzium

Minitur & Tiktok Sejarah

Bermalam Di Muzium
Minitur Program Bermalam Di Muzium

Activities Minitur & TikTok Sejarah direka khas untuk melatih kreativiti, disiplin dan cara berfikir pelajar secara moden. Dalam slot Minitur, mereka perlu menyiapkan model kecil berdasarkan tema yang diberikan, sekali gus mengasah kemahiran mengurus masa, bekerjasama dalam kumpulan dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Manakala TikTok Sejarah pula memberi peluang pelajar menghasilkan video pendek berbentuk storytelling tentang artifak atau kisah sejarah di galeri muzium. Gabungan kedua-dua aktiviti ini membantu pelajar lebih menghargai warisan sambil memupuk keyakinan diri, komunikasi berkesan dan kebolehan menyampaikan sejarah dengan cara interaktif serta sesuai dengan dunia digital masa kini.

Program Bermalam Di Muzium

Ceramah & Kuiz MKN

Program Bermalam Di Muzium
Ceramah & Kuiz Daripada Pihak MKN

Activities Ceramah & Kuiz MKN memberi pendedahan kepada pelajar tentang kewujudan Majlis Keselamatan Negara (MKN), peranan utama yang dimainkan serta tugas mereka dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara. Melalui sesi ceramah ini, pelajar akan memahami bagaimana MKN berfungsi dalam mengurus isu keselamatan, bencana dan dasar negara. Sesi ini kemudian disusuli dengan kuiz berasaskan isi ceramah, di mana pelajar berpeluang menguji kefahaman mereka. Lebih menarik, hadiah turut disediakan untuk peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat, menjadikan sesi ini bukan sahaja bermanfaat malah lebih menyeronokkan.

Program Bermalam Di Muzium

Nyuluh Galeri

Bermalam Di Muzium 18
Aktiviti Nyuluh Galeri

Activities Nyuluh Galeri memberikan pengalaman unik kepada pelajar apabila seluruh galeri dibiarkan gelap dan mereka perlu menerokainya dengan hanya berbekalkan lampu suluh. Suasana malam yang misteri ini bukan sahaja menimbulkan rasa teruja, malah menjadikan pelajar lebih fokus terhadap artifak serta pameran yang disuluh. Melalui aktiviti ini, mereka belajar menghargai koleksi muzium dengan cara yang berbeza serta lebih menyeronokkan berbanding lawatan biasa pada waktu siang.

Program Bermalam Di Muzium

Tidur Di Galeri Muzium

Bermalam Di Muzium 19
Tidur Di Sekitar Galeri Muzium

Activities Tidur di Galeri memberikan pengalaman luar biasa kepada pelajar kerana mereka hanya dibekalkan tikar dan bebas memilih ruang untuk berehat asalkan berada di dalam galeri muzium. Suasana malam yang tenang dikelilingi artifak dan pameran bersejarah menjadikan pengalaman ini cukup istimewa dan sukar dilupakan. Ia bukan sekadar tidur biasa, tetapi peluang merasai sendiri bagaimana rasanya bermalam di ruang yang sarat dengan warisan dan sejarah negara.

Program Bermalam Di Muzium

Aktiviti Senamrobik

Bermalam Di Muzium 20
Senamrobik Di Perkarangan Muzium

Activities Senamrobik diadakan di perkarangan muzium sebagai pembuka hari yang penuh bertenaga. Dengan diiringi muzik rancak, pelajar akan melakukan pergerakan senaman secara beramai-ramai di bawah bimbingan jurulatih. Selain membantu menyegarkan tubuh selepas bermalam di galeri, aktiviti ini juga berfungsi sebagai pemanas badan sebelum meneruskan program seterusnya. Ia turut menggalakkan gaya hidup sihat, membentuk disiplin diri, serta menanamkan semangat kebersamaan apabila semua peserta bergerak serentak dalam suasana ceria dan menyeronokkan.

Program Bermalam Di Muzium

Wira Fun & Walkabout

Bermalam Di Muzium 21
Aktiviti Wira Fun & Walkabout

Activities Wira Fun & Walkabout membawa para pelajar berjalan dalam kumpulan bermula dari dataran muzium dengan suasana penuh semangat. Perjalanan ini diteruskan ke Kampung Budaya di mana mereka dapat melihat sendiri keunikan seni bina tradisional serta merasai suasana desa yang masih terpelihara. Sepanjang laluan, pelajar akan singgah di Masjid Tokku Paloh untuk mengenali lebih dekat sejarah tokoh ulama besar Terengganu yang amat berpengaruh dalam perkembangan Islam di negeri ini. Perjalanan berakhir di kawasan Pelayaran dalam Kampung Budaya, memberi pengalaman langsung tentang kehidupan masyarakat dahulu yang bergantung pada sungai dan air sebagai laluan utama. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membuka minda pelajar untuk lebih menghargai warisan, budaya dan nilai sejarah yang menjadi identiti negeri Terengganu.

Program Bermalam Di Muzium

Misi Kurator Muda : STEM

Bermalam Di Muzium 22
Koleksi Lampu Mini Yang Dipasang Oleh Peserta

Activities Misi Kurator Muda: STEM direka untuk memberi pengalaman unik kepada pelajar dalam bentuk cabaran praktikal yang menyeronokkan. Mereka akan dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan tugasan seperti memasang struktur mini berbentuk khemah tidur atau model mudah yang perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Melalui aktiviti ini, pelajar didedahkan dengan elemen STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) secara santai sambil melatih kemahiran menyusun strategi, menyelesaikan masalah serta bekerjasama dalam kumpulan. Secara tidak langsung, aktiviti ini membentuk disiplin, kepimpinan dan kreativiti yang amat berguna untuk melahirkan generasi muda berfikiran kritis seperti seorang kurator sebenar.

Program Bermalam Di Muzium

Misi Kurator Muda : Arkeologi

Bermalam Di Muzium 23
Artifak Yang Digunakan Untuk Aktiviti

Activities Misi Kurator Muda: Arkeologi memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri pengalaman sebagai seorang ahli arkeologi. Mereka akan melakukan simulasi menggali tanah menggunakan peralatan asas seperti berus, cangkul kecil, bekas dan sarung tangan bagi mencari “artifacts” yang telah disediakan. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut SOP sebenar dunia arkeologi, di mana pelajar perlu berhati-hati semasa menggali, mencatat lokasi penemuan, membersihkan objek dengan teliti dan melaporkan hasil penemuan mereka. Melalui pengalaman ini, pelajar belajar tentang kepentingan ketelitian, kesabaran dan disiplin, sambil memahami bagaimana artifak ditemui serta dipelihara untuk generasi akan datang

Program Bermalam Di Muzium

Traditional Games

Bermalam Di Muzium 24
Permainan Terompah Gergasi

Activities Traditional Games membawa pelajar menyelami kembali keseronokan zaman dahulu melalui pelbagai cabaran berkumpulan yang menyeronokkan. Antara permainan yang bakal mencuit hati ialah terompah gergasi, di mana pelajar perlu menyelaraskan langkah kaki bersama rakan sepasukan, serta gelek roda yang menguji ketangkasan dan keseimbangan. Selain itu, terdapat juga permainan rakyat lain yang menuntut kerjasama, tumpuan dan semangat berpasukan untuk mencapai kemenangan. Aktiviti ini bukan sahaja menjadi ruang untuk pelajar bergembira dan melepaskan tekanan, malah mendidik mereka tentang pentingnya komunikasi, strategi and toleransi dalam bekerja secara berkumpulan. Lebih daripada itu, ia juga membantu memupuk rasa bangga terhadap warisan budaya tempatan yang penuh nilai tradisi.

Program Bermalam Di Muzium

Keunikan Bermalam Di Muzium

Bermalam di Muzium – Aktiviti Utama

🎯Matlamat

Mendedahkan pelajar kepada sejarah dan budaya melalui pengalaman malam yang unik.

👥Sasaran Peserta

Terbuka untuk pelajar sekolah menengah berumur 13–15 tahun sahaja dengan yuran penyertaan RM30 seorang.
Makan dan minum turut disediakan sepanjang program.

🕯️Lawatan Malam

Menyusuri galeri muzium dalam suasana malam yang tenang dan penuh misteri.

🧩Aktiviti Kreatif

Melatih kreativiti dan kerjasama melalui tugasan berkumpulan yang menyeronokkan.

📖Storytelling

Pelajar menyampaikan kisah sejarah atau artifak dengan cara yang lebih interaktif.

🎲Permainan

Aktiviti fizikal dan permainan tradisional untuk menguji kerjasama dan strategi.

🔦Pengalaman Unik

Aktiviti nyuluh, tidur di galeri dan pelbagai pengalaman lain yang jarang dirasai.

🌟Nilai Tambah

Memupuk disiplin, komunikasi berpasukan, keyakinan diri serta rasa cinta pada warisan.

Program Bermalam Di Muzium

Tips Sertai Program Bermalam di Muzium

1. Bawa Keperluan Asas

Sediakan tikar, bantal kecil atau selimut nipis untuk tidur di galeri, serta lampu suluh peribadi bagi aktiviti nyuluh.

2. Pakaian Selesa & Patuh Etika

Pakai pakaian longgar, sopan dan sesuai untuk aktiviti fizikal seperti permainan tradisional dan senamrobik.

3. Yuran Penyertaan RM30

Setiap peserta dikenakan yuran RM30 seorang, lengkap dengan makan dan minum sepanjang program.

4. Sertai Dengan Semangat

Ambil bahagian aktif dalam semua aktiviti dari bengkel warisan hingga storytelling untuk pengalaman yang lebih bermakna dan menyeronokkan.

Program Bermalam Di Muzium

Pengalaman Malam Sarat Ilmu & Warisan

Program Bermalam di Muzium

menawarkan pengalaman pembelajaran luar bilik darjah yang penuh makna, di mana pelajar merasai sendiri suasana malam di muzium sambil mengikuti aktiviti interaktif. Setiap aktiviti dirancang untuk menghubungkan generasi muda dengan warisan budaya, sejarah tempatan, nilai disiplin serta semangat kebersamaan. Dari lawatan malam berpandu, aktiviti kreatif, permainan tradisional hinggalah sesi storytelling, peserta dididik untuk lebih menghargai koleksi muzium dan peranan pentingnya dalam membentuk identiti bangsa. Harapannya, program ini bukan sahaja memberi kenangan yang sukar dilupakan, tetapi juga menanam minat mendalam terhadap sejarah serta memupuk rasa cinta kepada warisan negara.

@muziumterengganu Berakhir sudah program BERMALAM DI MUZIUM 2025 di Muzium Negeri Terengganu. Seramai 75 peserta dari pelbagai sekolah menengah di negeri Terengganu telah menyertai program yang diadakan setiap tahun ini. Tahun hadapan anda berani? #muziumterengganu #fyp #bermalamdimuzium #bermalamdimuzium2025 ♬ original sound - MuziumTerengganu

Berjalan malam suluh di tangan,
Menimba ilmu warisan budaya,
Riuh bersama penuh keseronokan,
Kenangan indah kekal selamanya.

Tambah Komen

Your email address will not be published.


Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Prev
Next
en_GB