Loading Events

Pelancaran Musim Candat Sotong Terengganu 2026

Karnival Pakat Maghi Candak Sotong Kini Kembali

Tahun ini, Karnival Candat Sotong digabungkan bersama Festival Air, menjadikan pengalaman lebih lengkap dengan suasana yang mesra keluarga & penuh identiti tempatan 🌊✨


✅ Butiran Acara

  • Tarikh📅 : 30 April – 3 Mei 2026
  • Lokasi📍: Astaka MDM, Pantai Pulau Kekabu, Daerah Marang, Terengganu

🌊 Acara Sukan Rakyat & Air

  •  Tarik Tali
  • Sepak Bulat
  • Panjat Tiang Licin
  • Pukul Bantal
  • Berenang Bebas
  • Menyelam Lama
  • Tangkap Itik

Jom turun ramai-ramai ke Karnival Candat Sotong 2026 pengalaman unik yang hanya ada di Terengganu!

Lokasi Acara

Event Date

Acara akan berlangsung dalam masa :

day
hour
minutes
Event Starts Now
April 30 - May 3

Apa Itu Candat Sotong?

Kenali Candat Sotong Terengganu

Candat sotong ialah aktiviti menangkap sotong menggunakan alat khas yang dipanggil candat. Aktiviti ini biasanya dilakukan pada waktu malam di laut terbuka dengan bantuan lampu bot yang terang bagi menarik sotong naik ke permukaan air. Di Terengganu, candat sotong bukan sekadar aktiviti memancing tetapi telah berkembang menjadi produk pelancongan laut yang terkenal, menarik pelancong domestik dan antarabangsa setiap tahun.

Gambar Team Discovery Terengganu Menyertai Musim Candat Sotong di Terengganu 2025

Pendaftaran Candat Sotong Terengganu Kini Dibuka!!!

🎣 PERTANDINGAN CANDAT SOTONG
🇲🇾 Visit Malaysia 2026

  • 📅 Date: 2 – 3 Mei 2026
  • 📍 Location: Astaka MDM, Pulau Kekabu, Daerah Marang, Terengganu (Kemaskini Tempat)
  • 👥 Penyertaan: RM2100 per kumpulan (10 orang)

🏆 Hadiah Lumayan (Kemaskini)

  • 🥇 Johan: RM5000
  • 🥈 Naib Johan: RM3000
  • 🥉 Tempat Ketiga: RM1000

🚤 Info Tambahan

  • 🌊 Aktiviti candat sotong di laut
  • 🌙 Pengalaman candat waktu malam
  • 👨‍👨‍👦 Penyertaan berkumpulan (1 bot)
  • 🦑 Kawasan hotspot sotong di kawasan perairan Marang

Pertandingan Pakaian Beragam (Tahap 1)

Anak-anak ada bakat & kreativiti? Inilah pentas untuk mereka bersinar! Gayakan kostum paling unik bertemakan sotong atau nelayan dan rebut peluang menang hadiah menarik! 🦑⚓️

  • 🗓 2 Mei 2026 (Sabtu)
  • ⏰ 10.30 pagi
  • 📍 Pulau Kekabu, Marang, Terengganu
  • 💥 Penyertaan Percuma
  • 🎁 Semua peserta akan menerima goodies eksklusif
  • 👧🧒 Kategori: Tahap 1 (7 – 9 tahun sahaja)
  • ⚠️ TERHAD kepada 30 peserta sahaja!

🏆 Hadiah Wang Tunai Menanti

  • 🥇 Johan : RM150
  • 🥈 Naib Johan : RM100
  • 🥉 Tempat Ketiga : RM50
  • 🎁 Hamper untuk Top 10

Ayuh daftar sekarang & biarkan anak anda tampil paling kreatif di pentas Karnival Candat Sotong 2026! 🦑✨

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Anak suka mewarna? Inilah peluang untuk mereka serlahkan bakat & kreativiti dengan warna paling menarik! 🌈✨ Sambil berhibur, boleh menang hadiah lumayan!

  • 🗓 2 Mei 2026 (Sabtu)
  • ⏰ 8.30 pagi
  • 📍 Pulau Kekabu, Marang, Terengganu
  • 💥 PENYERTAAN PERCUMA
  • 🎁 Semua peserta akan menerima goodies istimewa
  • 👧🧒 Kategori: Pra Sekolah (4 – 6 tahun) Tahap 1 (7 – 9 tahun)
  • ⚠️ Terhad 50 peserta bagi setiap kategori!

🏆 Hadiah Menarik Menanti Anda

  • 🥇 Johan : RM150
  • 🥈 Naib Johan : RM100
  • 🥉 Tempat Ketiga : RM50
  • 🎁 Hamper untuk Top 10
✨ Jom bagi peluang anak-anak tonjolkan bakat mewarna mereka!

Tentatif Lengkap karnival Candat Sotong VM 2026

Tentatif Program

Hari Pertama

30 April 2026, Khamis
10.00 AM
Persiapan tempat
03.00 PM
Jualan booth makanan dan pameran festival bermula
  • Demonstrasi kraf
  • Demonstrasi makanan laut, keropok
  • Kuiz kepada pengunjung dan pelajar jemputan
  • Permainan sukan rakyat, Musang Berjanggut
09.00 PM
🕌 Malam Bermunajat & Berselawat
Maulid, qasidah, tausiah, munajat dan selawat bersama Ustaz Mustafa Kamal
11.00 PM
Jualan booth dan pameran berakhir

Hari Kedua

01 Mei 2026, Jumaat
11.00 AM
Jualan booth makanan dan pameran Festival 2026 bermula
03.00 PM
Acara dan aktiviti daripada Jabatan Maritim
04.00 PM
Demonstrasi batik daripada NACC
  • Demonstrasi cara membuat Nasi Dagang
  • Kuiz pengunjung
  • Permainan sukan rakyat, Musang Berjanggut dan Congkak
09.00 PM
🎤 Persembahan Artis Kumpulan Ukay’s
11.00 PM
Jualan booth berakhir

Hari Ketiga

02 Mei 2026, Sabtu
08.00 AM
Persiapan untuk jamuan rakyat
08.30 AM
Pertandingan memasak berasaskan sotong
10.00 AM
Pertandingan mewarna kanak-kanak
10.30 AM
Jualan dan pameran booth bermula
  • Pertandingan pakaian seragam bertemakan nelayan
12.30 PM
Jamuan rakyat bermula
  • Pendaftaran peserta Pertandingan Candat Sotong Visit Malaysia 2026
02.30 PM
⭐ Acara Utama
Majlis Pelancaran Bulan Candat Sotong 2026
03.30 PM
Taklimat Maritim kepada para peserta
03.45 PM
Peserta bergerak ke Jeti LKIM untuk pelepasan
  • Persembahan JKKN
05.00 PM
🚩 Pelepasan / Flag Off peserta Candat Sotong oleh VIP
09.00 PM
Penyampaian hadiah bagi peserta Swimathon
11.00 PM
Jualan booth berakhir

Hari Keempat

03 Mei 2026, Ahad
12.00 MLM
Dijangka bot pertama mula tiba di jeti
08.00 AM
Proses penjurian
10.00 AM
🏆 Acara Utama
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Candat Sotong Visit Malaysia 2026
11.00 AM
Booth jualan dan pameran bermula
02.30 PM
Pertandingan Anyaman Daun Kelapa, terbuka kepada pengunjung
03.30 PM
Pertandingan Sukan Rakyat, terbuka kepada pengunjung
  • Demonstrasi makanan warisan, Sata dan Otak-otak
05.00 PM
🥁 Dikir Barat
  • Kuiz pelancongan, pelajar jemputan dan pengunjung
  • Sukan rakyat, Sepak Bulu Ayam
09.00 PM
🎶 Persembahan Artis / Buskers, CSE Buskers
11.00 PM
Program berakhir

Tarikan Pelancongan Laut Paling Dinanti

Musim Candat Sotong Terengganu

merupakan antara acara pelancongan paling terkenal di Terengganu. Setiap tahun, ribuan pemancing, pelancong dan pencinta laut akan berkumpul untuk merasai pengalaman unik mencandat sotong di perairan negeri ini. Tahun 2026 sekali lagi menjanjikan suasana meriah dengan penganjuran Pelancaran Musim Candat Sotong 2026 di Terengganu yang bakal menghimpunkan pengunjung dari seluruh Malaysia dan juga luar negara.

@discoveryterengganu Pakat Maghi Candat Sotong... Nantikan Pelancaran Musim Candat Sotong pada 8 - 11 Mei 2025 bertempat di Pulau Kekabu, Marang. www.discoveryterengganu.com #beautifulterengganumalaysia #tourismterengganu #amazingterengganu #discoveryterengganu #discovermalaysian #amazingmalaysia #malaysiatrulyasia #tourismmalaysia #cuticutimalaysia #GayaTravel #SayangiMalaysiaKu #VM2025 ♬ original sound - Discovery Terengganu 🐢
@ohmyganung Keistimewaan musim candat sotong di Terengganu. Bila masuk je bulan April-Sept, semua orang berebut untuk merasai sendiri pengalaman mencandat sotong. Lautan Terengganu cerah dengan lampu-lampu bot. Semoga semua dimurahkan rezeki dengan tangkapan yang banyak.🥰 #candatsotong #musimcandatsotong ♬ original sound - Jai Howitt

Mengapa Anda Perlu Sertai?

Musim Candat Sotong Terengganu 2026

Jika anda mencari pengalaman pelancongan yang berbeza, acara ini adalah aktiviti yang wajib dicuba. Karnival ini bukan sekadar acara tahunan, malah semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai signature event pelancongan di Malaysia yang unik dan beridentiti tempatan. Dengan gabungan aktiviti laut, sukan rakyat serta persembahan budaya, acara ini menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara. Menjelang Tahun Melawat Terengganu 2027, karnival ini dilihat sebagai platform penting untuk memperkukuh jenama pelancongan negeri, menarik lebih ramai pengunjung serta mempromosikan keindahan warisan dan budaya Terengganu ke peringkat yang lebih tinggi.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini