Loading Events
15 - 28 Jun 2025

Minggu Penyu Sedunia 2025

Ayuh Selamatkan Penyu Kita !!!

Date: 15 – 26 Jun 2025
Time: 9.00 pagi – 5.00 petang
Location: Terengganu Science & Creativity Center (PSKT)
Anjuran: Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi bersama PSKT dan Kerajaan Negeri Terengganu.

🎯 Pertandingan Kreatif

Sempena sambutan Minggu Penyu Sedunia dari 15 hingga 26 Jun 2025, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kerajaan Negeri Terengganu menjemput anda menyertai dua pertandingan kreatif yang penuh dengan nilai pendidikan dan alam sekitar!

Apa Itu Minggu Penyu Sedunia?

World Turtle Week 

diasaskan oleh American Tortoise Rescue (ATR) pada tahun 2000 untuk meningkatkan kesedaran global mengenai pemuliharaan semua spesies penyu dan habitatnya. 🌍 Kini, ia telah berkembang menjadi gerakan global, melibatkan organisasi pemuliharaan, pencinta alam, dan individu di seluruh dunia. Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang minggu ini, antaranya:

  • 1. Kempen kesedaran di media sosial

  • 2. Pelepasan anak penyu ke laut

  • 3. Pembersihan pantai bagi mengurangkan pencemaran plastik

  • 4. Kempen menentang perdagangan haram & eksploitasi penyu

Jom Sertai Minggu Penyu Sedunia

Lokasi Acara

Event Date

The event will take place during:

day
hour
minutes
Event Starts Now
June 15 @ 9:00 AM - June 26 @ 5:00 p.m

Aktiviti Menarik Sempena Minggu Penyu Sedunia

🎤 Pertandingan Drama Muzikal

📅 Date: 16 Jun 2025 (Isnin)

📍 Location: Auditorium, PSKT
👧🏼 Category: Terbuka kepada pelajar Pra-Sekolah berumur 5 – 6 tahun
🎭 Time : 8.00 Pagi – 5.00 Petang

Kenapa sertai?
Kanak-kanak akan berpeluang mengekspresikan emosi, belajar kerja berkumpulan dan memahami isu pemuliharaan penyu melalui lakonan muzikal yang menyeronokkan.

Sebarang Pertanyaan Sila Klik Daftar dibawah

📖 Pertandingan Bercerita 

📍 Location: Science Stage, PSKT

📅 Date: 18 Jun 2025 (ٌٌRabu)
👦🏼 Category: Terbuka kepada pelajar sekolah rendah berumur 10 – 12 tahun
📋 Time : 8.00 Pagi – 5.00 Petang

Kelebihan menyertai:

  • Menggalakkan kanak-kanak berani berucap di hadapan orang ramai

  • Mendidik melalui cerita yang menyentuh nilai kasih sayang terhadap alam

Nak Tahu Lebih Lanjut, Sila Klik Daftar

🐢 Pertandingan Turtle 3D Diorama

📅 Date: 21 Jun 2025 (Sabtu)

📋 Waktu: 11.00 pagi – 12.00 tengahari
📍 Location: Open Space, PSKT
👨‍👩‍👧‍👦 Category: Keluarga (4 orang 1 kumpulan sahaja)
♻️ Tema: Penggunaan bahan kitar semula

Kenapa patut sertai?

  • Menggalakkan kerjasama seisi keluarga

  • Mendidik tentang kepentingan kitar semula

  • Menyemai minat terhadap pemuliharaan marin

👗 Pertandingan Trash to Fash

📅 Date: 21 Jun 2025 (Sabtu)
📍 Location: Open Space, PSKT
🧒🏼 Category: Terbuka kepada pelajar berumur 6 – 10 tahun
♻️ Tema: Fesyen dari bahan terbuang/kitar semula
🏆 Ganjaran: Hadiah menarik menanti!

Apa yang akan dipelajari?

  • Kreativiti dalam rekaan pakaian dari bahan terpakai

  • Penerangan tentang konsep kelestarian dan kitar semula

  • Meningkatkan kesedaran tentang pencemaran dan penyelamatan penyu

🎙️ Pertandingan Bicara Berirama

📅 Date: 25 Jun 2025 (Rabu)

Time: 8.00 AM – 5.00 PM

📍 Location: Auditorium, PSKT – Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
🧒🏼 Category: Terbuka kepada pelajar sekolah menengah berumur 13 – 16 tahun
🎤 Tema: SELAMATKAN PENYU KITA!

🌟 Apa yang Menarik?

  • Platform terbaik untuk pelajar menyerlahkan bakat dalam seni bicara

  • Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemuliharaan penyu dan habitat laut

  • Menggalakkan penyampaian mesej alam sekitar secara kreatif dan berkesan

  • Peluang menang hadiah menarik dan pengiktirafan!

Maklumat & Info Lanjut, Sila Klik daftar dibawah

Ayuh, Bersama Selamatkan Penyu Kita!

Minggu Penyu Sedunia 2025

di PSKT merupakan inisiatif penting dalam usaha memupuk kesedaran dan tindakan proaktif dalam kalangan masyarakat untuk melindungi penyu dan habitat semula jadi mereka. Dengan penglibatan aktif dari pelbagai lapisan masyarakat, diharapkan usaha pemuliharaan ini akan terus berkembang dan memberi impak positif kepada alam sekitar.

 

#Discovery Terengganu #MingguPenyuSedunia #PSKT  #TourismTerengganu #BeautifulTerengganu #BeautifulTerengganuMalaysia #TranungDokRilek #TerengganukuComey #TerengganuMajuBarkatSejahtera

Kenali Spesies Penyu di Terengganu

Kongsi

Saya berminat untuk menyimpan acara ini