LOading ...
Loading Events

25 – 27 April | 📍 Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu

Kopi Dan Saji 2025 @ KBT

كوڤي & ساجي

Sajian Tradisi. Budaya Asli. Suasana Kampung.

Jom pakat mari ke Kopi & Saji 2025 di Terengganu Cultural Village! Nikmati kopi kampung yang wangi, Laksa Terengganu yang padu, dan pelbagai traditional food yang pasti buat anda terkenang zaman dulu-dulu. Acara Kopi dan Saji merupakan acara yang pasti menarik perhatian penggemar kopi di Terengganu. Diadakan pada 25 hingga 27 April (Jumaat-Ahad) di Kampung Budaya Terengganu. Jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman unik ini bersama ahli keluarga dan juga rakan-rakan. 

Lokasi Acara

Event Date

The event will take place during:

Days
Hours
Minutes
Event Starts Now
April 25 @ 9:00 AM - April 27 @ 6:00 p.m

Aktiviti Menarik Sepanjang 3 Hari

Kopi dan Saji 2025 Aktiviti
Aktiviti Sepanjang 3 Hari

Acara ini bukan sekadar menikmati makanan—ia adalah pengalaman penuh budaya! Antara aktiviti menarik yang menanti anda bermula 9 pagi hingga 6 petang.

  • 1. Demonstrasi Batik Terap & Batik Lukis

  • 2. Pembuatan Wau & Replika Bot Tradisional

  • 3. Busking Tradisional & Persembahan Gamelan

  • 4. Ukiran Tembaga, Pakaian Tradisional & Memanah

  • 5. Sajian Opok-opok, Tumbuk Emping, Karangan Tanjak & banyak lagi!

Jadual Kopi Dan Saji 2025

Kopi dan Saji 2025 Jadual Program
Jadual Program

25 April 2025 (Jumaat)

  • 🕙 10.00 pagi – Walkabout Kopi & Saji

  • 🕒 3.00 petang – Persembahan Dikir Barat: Cerita Kopi & Saji

  • 🕟 4.30 petang – Pertandingan Permainan Tradisional

26 April 2025 (Sabtu)

  • 🕙 10.00 pagi – Karangan Tanjak Terengganu

  • 🕚 11.00 pagi – Persembahan Silat Kura-Kura

  • 🕒 3.00 petang – Persembahan Silat Kura-Kura

27 April 2025 (Ahad)

  • 🕚 11.00 pagi – Persembahan Tumbuk Emping

  • 🕒 3.00 petang – Persembahan Tumbuk Emping

  • 🕟 4.30 petang – Walkabout Kopi & Saji

OOTD Rumah Tradisi — “Insta-worthy”!

Jangan lepaskan peluang bergambar di rumah tradisional Terengganu sambil menjamu selera. Abadikan momen bersama latar suasana kampung, busana warisan, dan sajian tradisi. Ia juga sempurna untuk album kenangan atau content media sosial anda!

 

Masuk Percuma – Terbuka untuk Semua!

Bawa keluarga dan rakan-rakan — rasai pengalaman budaya, warisan dan sajian asli Terengganu dalam satu acara yang penuh warna-warni dan kenangan.

Kopi & Saji 2025 – Tempat Rasa, Tempat Cinta Warisan

📢 Jangan lepaskan peluang ini untuk mendalami budaya negeri kite!
Gunakan tanda pagar rasmi:
#KopiSaji2025 #BudayaTerengganu #WarisanKita #KampungBudaya

Kongsi

Saya berminat untuk menyimpan acara ini

en_GB