

Karnival Warisan Hulu Dungun 2025
Rentak Hulu Warisan Kita
Jom meriahkan Karnival Warisan Hulu Dungun 2025 yang bakal berlangsung pada 12 – 13 September 2025 (Jumaat & Sabtu) di Kampung Kuala Jengal, Dungun, Terengganu. Acara ini menghimpunkan pelbagai aktiviti warisan, sukan rakyat, jualan gudang, pertandingan menarik serta persembahan budaya yang pastinya mengimbau kenangan zaman dahulu.
Info Acara
- 📅 Date: 12 – 13 September 2025 (Jumaat & Sabtu)
- 📍 Location: Kampung Kuala Jengal, Dungun, Terengganu
- ⏰ Time: Bermula seawal 7.30 pagi hingga malam
Cabutan Bertuah & Kejohanan
Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi sepanjang karnival
Cabutan utama termasuk motosikal, basikal, barangan elektrik dan banyak lagi
Kejohanan Perlumbaan Sungai serta aktiviti pelepasan anak ikan
Lokasi Acara
Event Date
Acara akan berlangsung dalam masa :
Aktiviti Menarik di Karnival Warisan Hulu Dungun
Jualan Gudang Adabi
📢 Jualan Gudang Adabi di Karnival Warisan Hulu Dungun 2025!
Jangan lepaskan peluang mendapatkan pelbagai produk Adabi dengan harga istimewa.
- 📅 Date: 12 – 13 September 2025 (Jumaat & Sabtu)
- 🕘 Time: Bermula jam 9.00 pagi
Selain jualan gudang, dua acara menarik turut menanti anda:
- 🍳 Pertandingan Memasak Adabi – 12 Sept 2025 (Jumaat, 3.00 petang)
- ☕ Pertandingan Kopi Tarik Adabi – 13 Sept 2025 (Sabtu, 9.00 pagi)
Sukan Rakyat Warisan Hulu Dungun
Mari meriahkan suasana dengan pelbagai acara tradisional yang menghiburkan di Kampung Kuala Jengal, Dungun.
- 📅 Date: 12 September 2025 (Jumaat)
- 🕝 Time: 2.30 petang
🏆 Acara Utama
Tarik Tali
Johan: Seekor kambing
Kedua: RM200
Ketiga: RM150
Sepak Raga Bulat
Johan: RM200
Kedua: RM150
Ketiga: RM100
Lumba Perahu
Johan: RM250
Kedua: RM150
Ketiga: RM100
🎯 Acara Lain yang Dipertandingkan
- Tarik Upih
- Kupas Bawang
- Chopstick Kacang
- Teka Bau
Dan pelbagai lagi sukan rakyat yang menarik!
Pertandingan Busana Tradisional
Ayuh meriahkan karnival dengan menyertai Pertandingan Busana Tradisional yang menampilkan keanggunan pakaian warisan bangsa.
- 📅 Date: 13 September 2025 (Sabtu)
- 🕗 Time: 8.30 pagi
- 👦👧 Terbuka untuk kanak-kanak lelaki & perempuan berumur 12 tahun ke bawah.
- 🎁 Hadiah Utama: Sebuah basikal menanti pemenang bertuah!
Kejohanan Sepak Penalti
Uji kemahiran anda menjaringkan gol dalam Kejohanan Sepak Penalti yang bakal berlangsung di Kampung Kuala Jengal, Dungun.
- 📅 Date: 13 September 2025 (Sabtu)
- 🕗 Time: 8.30 pagi
- 📝 Yuran Penyertaan: RM10 sahaja
💰 Hadiah Menarik Menanti Pemenang:
Johan: RM300
Kedua: RM200
Ketiga: RM150
Keempat: RM100
Jadual Tentatif Karnival Warisan Hulu Dungun
12 September 2025 (Jumaat)
| Time | Activities |
|---|---|
| 7.30 pagi | Jualan & Pameran Agensi Kerajaan / NGO, Pendaftaran, Brisk Walk, “Jengal Walk”, Cabutan Bertuah |
| 10.30 pagi | Bicara Santai, Cabutan Bertuah |
| 11.30 am | Demonstrasi Bomba |
| 12.30 tghri | Khutbah Jumaat, Khatib Tamu |
| 2.30 pm | Sukan Rakyat, Pertandingan Memasak Adabi, Mewarna Pra Sekolah |
| 9.00 malam | Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Warisan Hulu Dungun, Persembahan Kebudayaan (Tarian Saba, Tarian Piring & Gendang Kulit), Cabutan Bertuah |
13 September 2025 (Sabtu)
| Time | Activities |
|---|---|
| 8.00 am | Jualan & Pameran Agensi Kerajaan / NGO, Pertandingan Busana Tradisional, Cabutan Bertuah |
| 8.30 pagi | Kejohanan Penalti Sungai |
| 9.30 pagi | Tukar Minyak Hitam Motor Percuma |
| 9.30 pagi | Pelepasan Anak Ikan |
| 10.30 pagi | Majlis Perasmian Penutup Karnival Warisan Hulu Dungun, Cabutan Bertuah |
| 11.30 am | Jamuan Rakyat |

Kenapa Anda Perlu Hadir?
Suasana kampung penuh nostalgia di Hulu Dungun
Pelbagai aktiviti sesuai untuk kanak-kanak, remaja & dewasa
Ruang interaksi bersama komuniti, agensi kerajaan dan NGO
Peluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah
Rentak Hulu Warisan Kita
Karnival Warisan Hulu Dungun 2025
bukan sekadar acara hiburan, tetapi medan untuk mengangkat warisan tradisi Hulu Dungun agar terus segar di hati generasi kini. Datanglah bersama keluarga dan rasai sendiri kehangatan Rentak Hulu Warisan Kita!



