Loading Events

Malaysia Lawan Kanser : Kepelbagaian Kekuatan Kita

MALAYSIA LAWAN KANSER: Kepelbagaian Kekuatan Kita

Program kesedaran kanser terbesar di Terengganu yang menghimpunkan komuniti, pakar dan pejuang kanser bagi memperkasa sokongan serta perpaduan melalui pendidikan, kebajikan dan program amal.

  • 📅 19 & 20 Disember 2025
  • ⏰ 10.00 pagi hingga 5.00 petang
  • 📍 KTCC Mall Kuala Terengganu
  • 🎗️ Pelancaran Program MyCancer Fight Negeri Terengganu

🔥 Masuk Percuma • Terbuka kepada semua

💬 Jom bersama membina semangat sokongan dan keprihatinan terhadap pesakit kanser.

💪 Bersama kita bangkit. Bersama kita lawan.


#ShareHope #Empower #Encourage #Strength #Solidarity

Lokasi Acara

Tarikh Acara

Acara akan berlangsung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang
December 19 @ 10:00 AM - December 20 @ 5:00 PM

Tentatif Acara

Tentatif Program – Malaysia Lawan Kanser

Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita

Atur Cara Program Hari Pertama

Jumaat, 19 Disember 2025 KTCC Mall Kuala Terengganu 10.00 pagi hingga 9.30 malam
  1. 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

    Lawatan & Pemeriksaan Kesihatan

    • Lawatan ke booth pameran
    • Derma darah
    • Pemeriksaan dan saringan kesihatan
  2. 2.30 petang – 5.30 petang

    Majlis Perasmian & Pelancaran

    • Majlis Perasmian dan Pelancaran “Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita”
    • Interaksi bersama media
    • Lawatan rasmi ke booth pameran
    • Minum petang (High Tea) bersama Chief Guest & tetamu jemputan
  3. 5.30 petang – 9.30 malam

    Program Komuniti & Pendaftaran Pertandingan

    • Lawatan ke booth pameran
    • Derma darah
    • Pendaftaran Hero Kesedaran Kanser
    • Pendaftaran Pertandingan Melukis & Mewarna

Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita

Atur Cara Program Hari Kedua

Sabtu, 20 Disember 2025 KTCC Mall Kuala Terengganu 10.00 pagi hingga 5.00 petang
  1. 10.00 pagi

    Pendaftaran Peserta & Pertandingan

    • Pendaftaran peserta hari kedua
    • Pendaftaran Pertandingan Melukis
    • Pendaftaran Hero Kesedaran Kanser Hunt
  2. 11.00 pagi

    Pertandingan Mewarna

    • Pertandingan Mewarna bertemakan “Perpaduan dan Kesihatan”
  3. 1.30 tengah hari

    Pengumuman Pemenang

    • Pengumuman pemenang pertandingan
    • Sesi bergambar
  4. 2.00 petang

    Sesi Informasi & Perkongsian

    • Cancer Talk (Ceramah Kesedaran Kanser)
    • Sesi perkongsian bersama pesakit dan penjaga
  5. 10.00 pagi – 5.00 petang

    Aktiviti Sepanjang Hari

    • Pameran kesihatan
    • Saringan kesihatan
    • Derma darah

Anda Adalah Hero

✨ ANDA ADALAH HERO! ✨

“Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita”

Let’s join Pencarian 5000 Hero bagi meningkatkan kesedaran kanser di Negeri Terengganu!

Ini bukan sekadar program, ia adalah misi kemanusiaan yang menggerakkan perpaduan, empati dan kekuatan bersama demi menyelamatkan nyawa.

📅 19 hingga 20 Disember 2025 (Jumaat & Sabtu)
⏰ 10.00 pagi hingga 9.00 malam
📍 KTCC Mall Kuala Terengganu
🔥 1 T Shirt 1 Misi!

Daftar sebagai HERO Kanser dan anda akan:
* Menerima T-shirt edisi khas Hero Kanser
* Diiktiraf sebagai Hero Kesedaran Kanser Negeri Terengganu
* Menyertai Cancer Walk Kuala Terengganu – Februari 2026
* Menyertai aktiviti kesedaran & sokongan komuniti kanser
* Menyertai pertandingan melukis & mewarna
* Berpeluang menyertai cabutan bertuah eksklusif
* Menerima Sijil Pengiktirafan Hero “Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita”

💚Jadilah suara harapan. Jadilah simbol kekuatan. Jadilah HERO.

💉 Aktiviti Eksklusif Sepanjang Program:

  • Derma darah
  • Pemeriksaan dan saringan kesihatan
  • Lawatan booth pameran kesedaran kanser
  • Aktiviti komuniti dan pendidikan

💬 “Kita nok cari hero kesedaran kanser Tranung, hok berani, hok cakna


Mari kite pakat  jage dan ambil tahu

 

📣 Jom datang ramai ramai bawa keluarga sahabat dan komuniti


Mari selamatkan nyawa dengan ilmu tindakan dan perpaduan

Pertandingan Melukis & Mewarna

“Malaysia Lawan Kanser Kepelbagaian Kekuatan Kita”

Sertai pertandingan seni yang membawa mesej besar untuk masyarakat. Tahun ini, tema lukisan mengangkat nilai perpaduan, kesihatan dan kesedaran sebagai kekuatan utama dalam melawan kanser di Malaysia.

  • 📅 Tarikh : 20 Disember 2025
  • 📍 Lokasi : KTCC Mall Kuala Terengganu
  • 🎨 Yuran Penyertaan : RM15 seorang

Kategori Penyertaan

  • Kategori 1 untuk umur 7 hingga 12 tahun
  • Kategori 2 untuk umur 13 tahun dan ke atas

🎨Tema Lukisan

  • Perpaduan dan Kesihatan

Sebarkan kesedaran selamatkan nyawa

Hadiah dan Penghargaan

  • Johan menerima RM300 bersama plak dan sijil
  • Naib Johan menerima RM200 bersama plak dan sijil
  • Tempat Ketiga menerima RM100 bersama plak dan sijil
  • Tempat ke 4 hingga ke 7 menerima RM70 setiap seorang bersama sijil

Semua peserta menerima sijil penyertaan

Syarat Penting

  • Peserta wajib membawa alat melukis sendiri iaitu pensel pensel warna dan krayon
  • Cat air tidak dibenarkan
  • Peserta tidak dibenarkan menerima bantuan sepanjang pertandingan
  • Masa pertandingan adalah satu jam
  • Hasil lukisan mestilah original dan belum pernah dihantar ke mana-mana pertandingan

Pendaftaran boleh dibuat melalui QR Code yang tertera pada poster

Kenapa Anda Wajib Hadir Malaysia Lawan Kanser : Kepelbagaian Kekuatan Kita​ ?

Sebab Wajib Hadir – Malaysia Lawan Kanser
💪

Peluang menjadi sebahagian 5000 Hero yang menyokong perjuangan pesakit kanser

🎗️

Menerima T shirt edisi khas Hero Kanser sebagai simbol solidariti dan empati

📜

Mendapat sijil pengiktirafan rasmi sebagai Hero Malaysia Lawan Kanser

🩺

Boleh menyertai pemeriksaan dan saringan kesihatan secara percuma

🩸

Berpeluang menderma darah dan menyumbang secara langsung kepada penyelamatan nyawa

🎨

Penyertaan aktiviti komuniti seperti pertandingan melukis dan mewarna “Colours of Hope”

🧠

Mendengar perkongsian inspirasi dari pesakit dan penjaga dalam sesi Cancer Talk

🤝

Membangun semangat perpaduan dan jaringan sokongan bersama komuniti prihatin

MyCancer Fight

Malaysia Lawan Kanser: Kepelbagaian Kekuatan Kita

merupakan program kesedaran komuniti yang menghimpunkan masyarakat untuk bersama menyokong perjuangan pesakit kanser melalui perpaduan dan empati. Berlangsung di KTCC Mall Kuala Terengganu, program ini merangkumi pelancaran rasmi MyCancer Fight, ceramah kesedaran, perkongsian inspirasi pesakit dan penjaga, saringan kesihatan, derma darah serta aktiviti interaktif seperti pertandingan seni bertemakan harapan. Peserta turut berpeluang menyertai Pencarian 5000 Hero, menerima T shirt edisi khas dan sijil pengiktirafan sebagai Hero Malaysia Lawan Kanser. Dengan penglibatan terbuka kepada semua, program ini menjadi platform terbaik bagi membina sokongan komuniti, meningkatkan kesedaran dan menggerakkan tindakan bersama dalam usaha menyelamatkan nyawa.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini