Loading ...
Post Single Template - Discovery Terengganu
Pelancaran Musim Candat Sotong Rasmi Bermula

Pelancaran Musim Candat Sotong Terengganu 2025 Rasmi Bermula

Berita & Hebahan

Pelancaran Musim Candat Sotong Terengganu 2025 Rasmi Bermula

Kuala Terengganu, 7  Mei 2025 – Negeri Terengganu kembali menghangatkan pentas pelancongan marin negara apabila Musim Candat Sotong Terengganu 2025 secara rasminya dilancarkan pada 9 Mei 2025 di Jeti Pelancongan Marang. Program ikonik yang sinonim dengan negeri pantai timur ini dijangka menarik ribuan pelancong dari dalam dan luar negara, sekaligus mengukuhkan kedudukan Terengganu sebagai destinasi unggul pelancongan berasaskan laut dan budaya di rantau ini.


Pelancaran Musim Candat Sotong Rasmi Bermula
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris (tengah), ketika menghadiri sidang media sempena Pelancaran Musim Candat Sotong Terengganu 2025 yang diadakan di Wisma Darul Iman.

Lebih 30,000 Pengunjung Dijangka Serbu Musim Candat Sotong Terengganu 2025

Musim pelancongan marin yang paling dinanti-nantikan di Terengganu kini kembali dengan lebih meriah! program ini dijangka melibatkan 3000 bot candat dan menarik lebih 30,000 pengunjung, termasuk pelancong dari luar negara, bermula April hingga Ogos tahun ini.

Kehadiran Pelancong Musim Candat Sotong 2025

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, memaklumkan bahawa kehadiran pelancong ini dijangka menjana pulangan ekonomi lebih RM7.5 juta, melibatkan pelbagai sektor seperti pengusaha bot pelancongan, pakej, penginapan, aktiviti candat, nelayan, inap desa, dan industri makanan laut tempatan.


Sidang Media Pelancaran Candat Sotong Terengganu 2025
Sidang Media Pelancaran Musim Candat Sotong Terengganu 2025

Menurut beliau, Musim Candat Sotong bukan sahaja menarik minat pemancing tempatan, malah turut menjadi perhatian pelancong dan kaki pancing dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Filipina dan China. Kehadiran mereka membuktikan potensi besar Terengganu dalam memperkukuh pelancongan laut sebagai tarikan serantau.

Usaha Perkukuh Ekonomi Komuniti Pesisir

Dalam usaha membantu lebih ramai nelayan dan pengusaha bot kecil, kerajaan negeri kini sedang berunding dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi menyediakan permit khas mencandat sotong kepada lebih 3,000 nelayan yang tidak memiliki lesen perikanan rekreasi.

Menurut Datuk Razali Idris, libat urus bersama Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan beberapa agensi berkaitan telah pun dimulakan sejak tahun lalu bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Ini adalah sebahagian daripada strategi menyokong ekonomi komuniti pesisir pantai agar mereka turut mendapat manfaat langsung daripada musim pelancongan ini.


Musim Candat Sotong Terengganu 2025 Bertemakan “Pakat Maghi Candak Sutong”


Musim Candat Sotong Terengganu 2025

Lokasi Program

Tarikh Acara

Acara akan berlansung dalam masa :

Days Hours Minutes
Event Bermula Sekarang

8 – 11 Mei 2025


Facebook Icon


Instagram Icon


Sokong Pelancongan Laut & Warisan Terengganu

Karnival Musim Candat Sotong bukan sahaja melambangkan tradisi laut yang terus dipelihara, malah diangkat sebagai produk pelancongan utama negeri Terengganu. Ia dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan, khususnya dalam memperkukuh pelancongan berasaskan komuniti dan laut, sejajar dengan agenda promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Terengganu 2027.


Pelancaran Musim Candat Sotong Rasmi Bermula

Penglibatan Antarabangsa: Pelancongan Sebagai Diplomasi

Istimewanya penganjuran tahun ini adalah penyertaan rasmi dari negara jiran seperti Narathiwat (Thailand), Singapura, Filipina dan China. Kerjasama ini membuka peluang kepada Terengganu untuk menjadikan program ini sebagai platform diplomasi pelancongan serantau, di samping memperluas jangkauan promosi melalui media arus perdana, media sosial dan pengaruh digital (influencers) dari dalam dan luar negara.

Candat Sotong

Jeti Pelancongan Marang

Aktiviti Mencandat Sotong

Musim Candat Sotong 2024

Mencandat Sotong di Terengganu Sotong

Mencandat Sotong di Terengganu Candat Pengalaman Malam

Pelancaran Rasmi Musim Candat Sotong Terengganu 2025

Pelancaran rasmi musim ini berlangsung pada Jumaat, 9 Mei 2025, jam 3.15 petang bertempat di Jeti Pelancongan Marang, dengan tema utama “Pakat Maghi Candak Sutong”. Majlis ini turut diserikan dengan aktiviti simbolik menaiki bot candat oleh tetamu kehormat sebagai tanda bermulanya musim pelancongan laut secara rasmi.

Tradisi Lautan Yang Dinanti, Kini Kembali

Musim Candat Sotong merupakan antara produk pelancongan utama yang dinanti-nantikan saban tahun. Bermula dari Mei hingga Ogos 2025, pelbagai aktiviti telah disusun rapi termasuk promosi pakej bot candat, kerjasama bersama komuniti pesisir pantai, serta penglibatan aktif pengusaha pelancongan dan industri perhotelan. Ia bukan sekadar aktiviti mencandat, tetapi sebuah pesta budaya laut yang menyatukan komuniti dan pelancong dalam suasana penuh nostalgia dan keseronokan.


Hasil Candat Sotong di Terengganu
Hasil Candat Sotong di Terengganu

Menu Khas Hotel Berinspirasikan Sotong

Beberapa hotel ternama di Kuala Terengganu turut serta menyemarakkan musim ini dengan hidangan istimewa berasaskan sotong, antaranya:

Inisiatif ini membuktikan sinergi antara sektor perhotelan dan pelancongan marin dalam mempromosi kulinari tempatan kepada pelancong.


Para Peserta Karnival Candat Sotong Terengganu
Para Peserta Karnival Candat Sotong Terengganu

Sasaran & Impak Ekonomi

Program ini dijangka mencatat impak ekonomi yang besar:

  • Lebih 3,000 bot candat beroperasi sepanjang musim

  • Sekitar 30,000 pelancong dijangka hadir

  • Anggaran pulangan pelaburan (ROI) mencecah RM7.5 juta

Jumlah ini melibatkan tempahan pakej pelancongan, penginapan, perbelanjaan pelancong serta limpahan ekonomi kepada komuniti sekitar pesisir pantai.

Video TikTok Musim Candat Sotong di Terengganu

@tourismterengganu LAWATAN TAPAK KARNIVAL PAKAT MAGHI CANDAT SOTONG
7 Mei 2025 | Jeti Pelancongan Marang, Terengganu Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah mengadakan satu sesi lawatan tapak pada 7 Mei 2025 sebagai persiapan penganjuran Karnival Pakat Maghi Candat Sotong, yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Mei 2025 bertempat di Tempat Letak Kereta Menara Jam, Jeti Pelancongan Marang. Lawatan ini turut dihadiri oleh: * YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu * Encik Hilman bin Hajijan, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu * YBrs. Tuan Haji Khairil Anuar Sheikh Mahmood, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Majlis Daerah Marang. Karnival ini dijangka menarik ramai pengunjung tempatan dan luar dengan pelbagai aktiviti menarik yang berteraskan budaya dan tradisi memancing sotong secara candat di perairan Terengganu. #CandatSotong #TourismTerengganu #BeautifulTerengganu #BeautifulTerengganuMalaysia #TranungDokRilek #tradisidiwarisi #TerengganukuComey #TerengganuMajuBerkatSejahtera #CutiCutiMalaysia #VisitMalaysia2026 #MalaysiaTrulyAsia ♬ original sound – Beautiful Terengganu Malaysia
@discoveryterengganu Pakat Maghi Candat Sotong… Nantikan Pelancaran Musim Candat Sotong pada 8 – 11 Mei 2025 bertempat di Pulau Kekabu, Marang. www.discoveryterengganu.com #beautifulterengganumalaysia #tourismterengganu #amazingterengganu #discoveryterengganu #discovermalaysian #amazingmalaysia #malaysiatrulyasia #tourismmalaysia #cuticutimalaysia #GayaTravel #SayangiMalaysiaKu #VM2025 ♬ original sound – Discovery Terengganu 🐢

Rumusan Acara Tahunan Di Terengganu

Program Karnival Musim Candat Sotong di Terengganu

bukan sahaja mengangkat warisan tradisi maritim sebagai daya tarikan pelancongan, tetapi turut memperkukuh ekonomi komuniti pesisir dan pengusaha tempatan. Kerajaan Negeri menyeru agar seluruh agensi berkaitan, penggiat industri pelancongan, serta masyarakat terus berganding bahu menyokong penganjuran ini demi merealisasikan hasrat menjadikan Terengganu sebagai destinasi unggul pelancongan laut dan budaya serantau yang berdaya saing dan mampan.

Pakat Maghi Candak Sutong

Pelancaran Musim Candat Sotong Rasmi Bermula

Karnival meriah di Jeti Marang,
Tempat menarik turut ditayang,
Mari pakat turun jangan seorang,
Candat sotong, cipta pengalaman.

Tambah Komen

Your email address will not be published.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

ms_MYMS