Loading ...
Memuatkan Peristiwa

Mount Berembun Climbathon Challenge 2025

Adventure Is Calling

Nak santai, nak healing, nak lari berdesup! Semua boleh! Jom sertai Mount Berembun Climbathon Challenge 2025! Antara air terjun tumpuan & tertinggi di Malaysia! 

📅 Tarikh: 13 September 2025 (Sabtu)
⏰ Flag-off seawal 7:45 pagi
📍 Taman Eko Rimba Chemerong, Dungun, Terengganu
⚠ Tarikh Tutup Penyertaan : 6 Ogos 2025
⏳ Pendaftaran awal (early bird) sehingga 15 Jun 2025!
🚫 Tempat terhad – hanya 1000 peserta diterima!

Adventure Is Calling

Lokasi Acara Mount Berembun

Tarikh Acara

Acara akan berlangsung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang
September 13 @ 7:30 AM - 4:00 PM

Kategori Larian Mount Berembun Climbathon Challenge

Cengal (17KM)

  • ✅ Lelaki & Wanita Terbuka (Open)

  • ✅ Lelaki & Wanita Veteran (40 tahun ke atas)

Meranti (17KM)

Khas untuk penduduk Terengganu sahaja

  • ✅ Lelaki & Wanita

 Nyatoh (Fun Run)

  • ✅ 5KM (18 tahun ke atas)

  • ✅ 2KM (12 tahun ke atas)

Apa Yang Anda Akan Dapat Sebagai Peserta?

🎽 Special Edition T-Shirt

Direka khas dengan elemen gunung & trail runner

🥇 Medal Khas Berbentuk Gunung

Rekaan unik berbentuk kontur gunung 

🧣 Finisher Scarf 

Boleh dipakai sebagai buff, headband atau pelindung wajah. 

🎒 Goodies Bag Eksklusif

Boleh dijadikan kenangan atau beg harian anda selepas acara!

⭕ Wristband Rasmi

Simbol keahlian rasmi kepada komuniti pelari trail Malaysia!

Jadual Acara Mount Berembun Climbathon Challenge 2025

WaktuAktiviti
7.45 pagiFlag Off Main Category
8.00 pagiFlag Off Fun Category
8.00 pagi – 5.00 petangSide events
2.30 petang – 4.00 petangClosing & Prize Giving Ceremony
4.00 petangEnd of Event

Hadiah Utama Bagi Pemenang Mengikut Kategori

CENGAL (17KM)

📌 Terbuka Lelaki & Wanita
📌 Veteran Lelaki & Wanita
🏆 Hadiah Menanti:
🥇 RM700 + Trofi + Hadiah
🥈 RM500 + Trofi + Hadiah
🥉 RM300 + Trofi + Hadiah
🎖 Tempat ke-4 & 5: RM200 + Hadiah
🎖 Tempat ke-6 hingga 10: RM100 + Hadiah

MERANTI (17KM)

📌 Khas untuk anak jati Terengganu – Lelaki & Wanita
🏆 Hadiah Menanti:
🥇 RM500 + Trofi + Hadiah
🥈 RM300 + Trofi + Hadiah
🥉 RM200 + Trofi + Hadiah
🎖 Tempat ke-4 hingga 10: RM100 + Hadiah

🗺️ Routes & Checkpoints

🧭 Laluan Rasmi 17KM

🌳 Bermula dari Flag Off Area, peserta akan melalui 17 titik penting seperti:

  1. Jambatan Kayu

  2. Bukit Taubat – pendakian bermula!

  3. Air Terjun Chemerong – antara yang tertinggi di Malaysia

  4. Simpang Highway

  5. Kem Balak

  6. Jeram Orkid

  7. Kem Y

  8. Berembun Kecil

  9. Taman Bonzai – kawasan ikonik

  10. Puncak Gunung Berembun – cut-off point 5 jam

  11. Kem Langsir

  12. Sungai Bangan

  13. Seraya Besar

  14. Finish Line di kawasan permulaan

💧 Kemudahan Laluan

🚰 Water Station disediakan di 3 lokasi strategik (termasuk puncak)
🚑 Pasukan Perubatan ditempatkan di kawasan kritikal untuk keselamatan peserta


🏞️ Keistimewaan Laluan Ini

✔️ Gabungan laluan berbatu, denai tanah merah, titian balak dan kawasan air terjun
✔️ Pemandangan memukau dari puncak Berembun & trek hutan dara
✔️ Laluan ini adalah sebahagian dari “Chemerong–Berembun–Langsir Trail (CBL Trail)”, salah satu trail hiking terbaik di Malaysia

💬 “Sape lambat, dok jupe puncok!”

Laluan ini menguji mental, bukan sekadar stamina. Ayuh sahut cabaran Mount Berembun dan bawa pulang medal serta pengalaman yang tiada galang ganti!

Trek Elevasi Mount Berembun Climbathon Challenge

Cabaran Sebenar Bermula Di Sini

Jangan tertipu dengan jarak 17KM kerana dalam Mount Berembun Climbathon Challenge 2025, angka bukan segalanya, tapi elevasi yang menguji daya tahan anda!

📊 Fakta Elevasi Menarik:

  • 🧭 Jarak: ~17KM

  • ⛰️ Ketinggian maksimum: 1,026 meter

  • ⬆️ Jumlah pendakian (elevation gain): 1,473 meter

  • ⬇️ Jumlah penurunan (elevation loss): 1,430 meter

  • 📉 Ketinggian paling rendah: 121 meter

  • 📈 Purata ketinggian laluan: 680 meter


🏞️ Apa yang Menanti Anda?

  • Pendakian konsisten bermula selepas KM 2 sehingga ke puncak. Tenaga dan strategi pengurusan nafas amat penting!
  • Puncak-puncak tertinggi dengan sudut curam, digabungkan dengan trek berbatu, laluan tanah merah dan akar kayu.
  • Turunan teknikal selepas puncak memerlukan fokus tinggi. Ia sangat sesuai untuk pelari yang cintakan trail lasak!

📍 Lokasi Pengambilan Kit

  1. Kuala Terengganu
    🗓️ 10 Sept 2025 (Rabu)
    ⏰ 10:00 pagi – 6:30 petang

  2. Chemerong Eco Park, Dungun
    🗓️ 12 Sept 2025 (Jumaat)
    ⏰ 10:00 pagi – 7:00 petang

💡 Tips Pendakian

✅ Gunakan kasut trail grip tinggi
✅ Pastikan bawa hydration pack
✅ Simpan tenaga untuk pendakian terakhir sebelum turun
✅ Gunakan trekking pole jika perlu bagi membantu untuk kawasan elevasi tinggi

Video TikTok Mount Berembun Climbathon Challenge

@fit.terengganu Gunung yang wajib ditawan, tiada yang mustahil meredah denai & ketinggian! Adventure is calling! 🔥Mount Berembun Climbathon Challenge 2025 menanti 🤜🏼🤛🏼 Register Derah Boh 💪 👉🏻 https://www.facebook.com/share/p/1Ae3As96is/?mibextid=wwXIfr #mountberembun #climbathonchallenge #trailrun #fitterengganu #tiktokmalaysia #fyp ♬ original sound - Fit Terengganu

Penutup

Mount Berembun Climbathon Challenge 2025

adalah peluang terbaik untuk sambut kehidupan yang aktif, sihat dan penuh cabaran! Acara ini bukan sekadar sebuah perlumbaan tetapi ia adalah simbol semangat, ketahanan dan cinta terhadap alam semula jadi. Jumpa anda di garis mula kerana “Adventure Is Calling!”

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini

ms_MY