Loading ...
Memuatkan Peristiwa

26 - 29 Disember 2024 | Kuala Terengganu

🌊 Duyong Marina & Resort Monsoon Challenge 2024 🌊

🏆 Kejohanan Perahu Layar Paling Dinanti di Malaysia!

Bersiaplah untuk menyaksikan kehebatan pelayar-pelayar terbaik dari seluruh negara yang akan berentap di tengah-tengah cabaran musim monsun! Acara ikonik ini kembali dengan lebih banyak aksi, aktiviti menarik, dan peluang untuk anda menyertai pengalaman luar biasa!

Duyong Marina & Resort Monsoon Challenge 2024

💥 MASUK PERCUMA! 💥
Jom raikan kehebatan musim monsun dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Dari perlumbaan perahu layar epik hingga hiburan sepanjang hari, acara ini penuh dengan keseronokan yang tidak boleh dilepaskan!

Kenapa Anda Perlu Datang?

  • Pengalaman luar biasa dan aktiviti mesra keluarga.
  • Peluang membeli-belah di gerai tempatan.
  • Menyokong komuniti pelayar dan industri pelancongan Terengganu.

📌 Maklumat Tambahan:

  • Laluan Karat: 26 – 29 Disember 2024 (10 pagi – 12 malam)
  • Lokasi strategik dengan pemandangan menakjubkan di Duyong Marina & Resort.

☕ Jangan lupa singgoh Bytes Cafe, dibuka dari 11 pagi hingga 12 malam – lokasi santai untuk nikmati hidangan sambil layan pemandangan paling best! ✨
✨ Banyak aktiviti menarik menanti anda dan keluarga, sambil menikmati view paling best sepanjang acara ini berlangsung🌊
📍 Lokasi: Duyong Marina & Resort, Terengganu
🗓 26 – 29 Disember 2024
Jom pakat ajok belake! Biar meriohhhh

Peta Acara

Tarikh Acara

Acara akan berlansung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Bermula Sekarang
Disember 26, 2024 - Disember 29, 2024

Hubungi:
📞 Nina: 017-973 2878
📞 Shafiha: 017-968 2976

Poster Acara

Apa yang Menanti Anda?

Perlumbaan Sengit & Aksi Mendebarkan
Nikmati keindahan seni perahu layar dengan perlumbaan penuh strategi dan ketangkasan! Saksikan kelas Optimist, Access 2.3, dan banyak lagi yang bakal menawan hati anda.

🎨 Aktiviti untuk Semua Peringkat Umur

  • Pertandingan Mewarna: Aktiviti kreatif untuk si kecil.
  • Pertandingan Sepakan Penalti: Tunjukkan skil bola sepak anda!
  • Pertandingan Music Chair & Kuiz: Keseronokan untuk seluruh keluarga.

Open Pre Order Tshirt Ekslusif

💥 Dapatkan Tshirt Eksklusif Monsoon Challenge 2024 💥

🌊 Sempurnakan pengalaman anda di Duyong Marina & Resort Monsoon Challenge 2024 dengan tshirt eksklusif ini!

🔥 HARGA: RM49 sahaja!
🗓️ Tempoh Tempahan: 20 – 25 Disember 2024
📍 Lokasi Pengambilan: Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu

💎 Kenapa Tshirt Ini Istimewa?

  • Direka khas dengan elemen perlumbaan perahu layar.
  • Bahan berkualiti tinggi, selesa, dan tahan lasak.
  • Lambang kenangan untuk acara penuh aksi dan keseronokan.

📲 Tempahan/Pertanyaan:

  • Nina: 017-973 2878
  • Shafiha: 017-968 2976

Cepat! Tempahan dibuka untuk masa terhad sahaja.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada legasi DMRMC 2024 dengan tshirt eksklusif ini!

💬 #DMRMC2024 #DuyongMarinaResort
Tag kawan-kawan anda dan jom pre-order sekarang! 🌊✨

Looking For Vendors

Jadikan perniagaan anda sebahagian daripada acara terbesar tahun ini! Sertai kami di Monsoon Challenge 2024 dan pamerkan produk atau perkhidmatan anda kepada ribuan pengunjung dari seluruh Malaysia.

Pakej Sewaan Tapak Vendor

1️⃣ Sewaan Tapak Sahaja (3 Hari 2 Malam):

  • Saiz 20ft x 20ft: RM1200
  • Saiz 10ft x 10ft: RM600

2️⃣ Sewaan Tapak Termasuk Penginapan (3 Hari 2 Malam):

  • Saiz 20ft x 20ft: RM1450
  • Saiz 10ft x 10ft: RM850

💼 Kenapa Anda Perlu Menyertai?

  • Peluang eksklusif mempromosikan produk kepada audiens yang luas.
  • Lokasi strategik di kawasan pelancongan popular.
  • Suasana meriah dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang acara.

📞 Tempah Sekarang!
Hubungi 016-525 2548 (Nuyu) untuk maklumat lanjut dan tempahan tapak.

#DMRMC2024 #VendorOpportunities
Pastikan perniagaan anda menjadi sebahagian daripada Monsoon Challenge 2024 dan capai pelanggan baru dengan cara yang menakjubkan! 🌊✨

Tentatif Acara

🌊 Tentatif Acara Duyong Marina & Resort Monsoon Challenge 2024 🌊
🗓️ 26 – 29 Disember 2024
📍 Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu

Mengembalikan Semangat Monsun. Meneruskan Legasi!

26 Disember 2024 (Khamis)

🕙 10:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari

  • Booth Vendor Dibuka

🕚 11:00 Pagi

  • Optimist Team Race & Course Race

🕔 5:45 Petang

  • Perlumbaan Terakhir Hari Pertama

27 Disember 2024 (Jumaat)

🕤 9:30 Pagi

  • Optimist Team Race

🕙 10:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari

  • Booth Vendor Dibuka

🕛 12:00 Tengah Hari – 2:30 Petang

  • Rehat (Solat Jumaat)

🕝 2:30 Petang – 12:00 Tengah Malam

  • Booth Vendor Dibuka Semula

🕒 3:00 Petang

  • Pertandingan Mewarna

🕔 5:00 Petang

  • Pertandingan Sepakan Penalti

🕕 6:00 Petang

  • Perlumbaan Terakhir Hari Kedua

28 Disember 2024 (Sabtu)

🕙 10:00 Pagi

  • Course Race Semua Kelas & Access 2.3

🕙 10:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari

  • Booth Vendor Dibuka

🕒 3:00 Petang

  • Pertandingan Music Chair

🕔 5:00 Petang

  • Kuiz

🕠 5:30 Petang

  • Perlumbaan Terakhir Hari Ketiga

29 Disember 2024 (Ahad)

🕙 10:00 Pagi

  • Course Race Semua Kelas / RC / Access 2.3

🕞 3:30 Petang

  • Perlumbaan Terakhir

🕔 5:00 Petang

  • Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah

🌟 Aktiviti Lain:

  • Gerai Jualan: Pelbagai menu menarik menanti anda.
  • Laluan Karat: Barangan unik tempatan.
  • Lucky Draw: Rebut hadiah misteri dan Royal Suite eksklusif!

📌 Tips: Jangan lupa bawa tikar, kerusi healing, dan payung untuk keselesaan anda sepanjang acara!

💬 #DMRMC2024 #DuyongMarinaResort
Jom serikan hujung tahun anda dengan acara hebat ini

Video Berkenaan Kejohanan Perahu Layar (Monsoon Challenge)

Kongsikan kepada Rakan Dan Keluarga Anda

Saya berminat untuk menyimpan event ini

ms_MYMS