- Recreational Activities
- 22010, Terengganu, Malaysia
La Hot Spring
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
YouTube: Follow Us
La
Hot
Spring
Destinasi Rekreasi & Terapi
Kolam Air Panas La,
lebih dikenali sebagai La Hot Spring, terletak di Hulu Besut, kira-kira 28 km dari Bandar Jerteh, Terengganu. Kawasan ini telah dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1992, bertepatan dengan perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut. Kolam yang berada di Besut ini adalah tarikan utama dengan kolam air panas semulajadi dan kemudahan bagi pengunjung, sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan tekanan dan merehatkan badan ini.
Main Attraction
Info La Hot Spring,
Kolam air panas di Kampung La ini menawarkan air hangat semulajadi yang dipercayai dapat menyembuhkan penyakit dan menyegarkan tubuh. Air panas ini mengandungi sulphur atau belerang yang boleh mencecah suhu sehingga 49°C, sesuai untuk menyegarkan tubuh dan merawat masalah kulit. Rendaman di kolam ini membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan kepada tubuh yang letih. Pengunjung boleh mandi di kolam air panas yang dibina untuk menikmati kelebihan air hangat ini. Ia juga menyediakan bekas air hangat (thermos). Terdapat juga Wading Pool dimana paras air tidak begitu dalam sesuai untuk kanak-kanak mandi di dalamnya.Â
Fasiliti di La Hot Spring
Sebarang pertanyaan berkaitan penginapan, sila tekan pautan WhatsApp di bawah untuk terus berhubung dengan pihak pengurusan
Aktiviti dan Kemudahan di La Hot Spring
Visitors can enjoy various activities such as camping and jungle trekking. There are complete facilities such as chalets for accommodation, restaurants, prayer halls, and public toilets for the comfort of visitors.
Accommodation and Night Atmosphere
Bagi yang ingin merasai suasana malam, terdapat pelbagai pilihan penginapan berpatutan termasuk chalet yang disediakan oleh Majlis Daerah Besut. Dengan suasana persekitaran yang segar dan sejuk, kolam air panas ini menjanjikan pengalaman yang menyegarkan dan memulihkan bagi setiap pengunjung. Di samping itu, bagi pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti barbeque, kemudahan wakaf yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Besut di kawasan kolam air panas ini boleh digunakan.
Tips Pengunjung
Kelengkapan Mandi
Bawa kelengkapan bagi mereka yang ingin mandi untuk memastikan keselesaan semasa menikmati kolam air panas.
Datang Awal
Datang awal bagi mengelakkan kesesakan, terutama pada waktu hujung minggu dan cuti sekolah.
Bring a Camera
Rakam kenangan indah di sini dan kongsikan bersama kenalan anda!
Lodging
Chalet penginapan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam.
Kenapa La Hot Spring menjadi pilihan ?
La Hot Spring
bukan sekadar tempat mandi air panas, ia adalah gabungan keindahan alam semula jadi dan pengalaman relaksasi yang menyegarkan. Sama ada anda bercuti bersama keluarga, merancang aktiviti berkumpulan, atau mencari tempat untuk bersantai, kolma air panas di Kampung La ini menjanjikan pengalaman luar biasa.
Kelestarian Alam Semula Jadi
Penting untuk mengambil perhatian terhadap pemeliharaan alam semula jadi semasa melawat kolam ir pans di daerah Besut ini. Pengunjung diberi amaran untuk tidak membuang sampah merata-rata dan menjaga kebersihan tempat ini. Pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan akan memastikan kelestarian keindahan alam semula jadi tempat ini untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
List of Amenities
- Sales Booth
- Motorcycle Parking
- Alarm System
- Surau
- Public Toilet
- Outdoor Seating
- Parking
3 levels of pool.
3rd level for children milder heat, 2nd level for adult hot, the 1st level for adults and the most hottest. Very nicely maintain, clean & peaceful. It’s a MUST try!!!