LOading ...
Loading Events
5 Jun | Khamis

Program Malam Lambaian Arafah 2025

Sambutan Hari Arafah Peringkat Negeri Terengganu

📍 Location: Masjid Jamek Pengadang Baru
📅 Date: Khamis, 5 Jun 2025
🕢 Time: 7:30 malam
👥 Bicara Santai bersama Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Kamaruzaman.
🎙️ Dirasmikan oleh:
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar,
Menteri Besar Terengganu

 

🎽 Tema Pakaian: Hitam & Putih
🍛 Jamuan makan disediakan

📢 Jangan lupa pakat hadir beramai-ramai!

Mari kita semarakkan sambutan Hari Arafah, hari yang sangat penting dalam kalendar Islam. Tarikh hari Arafah tersebut bukan hanya untuk jemaah haji, tetapi untuk seluruh umat Islam di dunia.

Sambutan Hari Arafah Peringkat Negeri Terengganu

Lokasi Acara

Event Date

Acara akan berlangsung dalam masa :

day
hour
minutes
Event Starts Now
June 5 @ 7:30 AM - 11:30 p.m

Tarikh Puasa Sunat Hari Arafah 2025

Tarikh Hari Arafah 2025 di Malaysia dijangka jatuh pada hari Jumaat, 6 Jun 2025, bersamaan 9 Zulhijjah 1446H. Ini adalah hari yang penuh keberkatan, di mana umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat dan memperbanyakkan doa serta zikir.

Maksud Hari Arafah

Hari Arafah
Sumber : Wikipedia

Hari Arafah (Arab: يوم عرفة, Rumi: Yawm ‘Arafah) merupakan salah satu hari paling penting dalam kalendar Islam. Ia berlaku pada 9 Zulhijjah, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, mengikut kalendar Hijrah. Pada hari tersebut juga merupakan hari kedua dalam ibadah Haji, yang menjadi kemuncak kepada rukun Islam kelima.

Gunung Arafah atau dikenali sebagai Jabal Rahmah merupakan lokasi penting di mana Nabi Muhammad SAW menyampaikan Khutbah Wida’ (khutbah terakhir) pada tahun terakhir kehidupannya.

Waktu Wukuf di Arafah & Waktu Mustajab Doa di Malaysia

Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah

Di Mekah, ibadah wukuf akan berlangsung pada Khamis, 5 Jun 2025, bermula dari waktu Zohor hingga Maghrib. Memandangkan perbezaan waktu antara Mekah dan Malaysia adalah sekitar 5 jam, waktu mustajab doa di Malaysia adalah antara 5:18 petang hingga 11:55 malam pada hari yang sama. Umat Islam di Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan waktu ini dengan berdoa dan berzikir. 

Kelebihan doa pada Hari Arafah telah disebutkan oleh Nabi SAW:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Keistimewaan Hari Arafah

Puasa Sunat 6 Syawal

1. Puasa Sunat Arafah

Menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.

Islamic Lantern

2. Doa Mustajab

Hari terbaik untuk memohon keampunan dan hajat.

Raya di Terengganu - Takbir Raya Aidilfitri

3. Zikir & Istighfar

Meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Tarikh Penting Zulhijjah 1446H di Malaysia 📌

Awal Zulhijjah

1 Zulhijjah | 29 Mei 2025 (Khamis)

Hari Tarwiyah

8 Zulhijjah | 5 Jun 2025 (Khamis)

Hari Arafah

9 Zulhijjah | 6 Jun 2025 (Jumaat)

Hari Raya Aidiladha

10 Zulhijjah | 7 Jun 2025 (Sabtu)

Panduan Amalan Hari Arafah 📚

Niat Puasa Sunat Arafah

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala.”

Zikir Hari Arafah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Malam Lambaian Arafah

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Manfaatkan Hari Arafah dengan berpuasa, berdoa, dan berzikir untuk meraih keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT.

Kongsikan Kepada Keluarga dan Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan program ini

en_GB