LOading ...
Loading Events

Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka Terengganu 2025

Laungkan Semangat Patriotikmu, Suaramu Penuh Makna! 🔥

Sertai Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Tahun 2025!
Inilah peluang remaja Terengganu untuk menzahirkan rasa cinta tanah air melalui bait-bait sajak yang penuh semangat.

  • 📅 Tarikh: 23 Ogos 2025 (Sabtu)
  • 🕣 Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
  • 📍 Location: Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
  • 📅 Tarikh Pendaftaran: 1 – 15 Ogos 2025
  • 👥 Jumlah: 15 orang peserta sahaja
  • 🧑🏻 Kategori remaja: 13 – 20 tahun.

Lokasi Acara

Event Date

Acara akan berlangsung dalam masa :

day
hour
minutes
Event Starts Now
August 23 @ 8:30 AM - 1:00 p.m
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
Puan Nur Aziemah (09-6221100)

Registration Information

Card Pendaftaran
📝

Tarikh Pendaftaran

1 – 15 Ogos 2025

⚠️

Kuantiti Terhad

15 peserta sahaja
Siapa cepat dia dapat!

Kenapa Anda Perlu Sertai?

Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka 2025

adalah peluang emas untuk remaja Terengganu menonjolkan bakat berpuisi sambil menyemarakkan semangat patriotik. Acara ini diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 dan terbuka kepada semua rakyat Negeri Terengganu.

Pakaian Bertemakan Semangat Kemerdekaan

Peserta digalakkan memakai kostum atau pakaian bertemakan patriotik untuk menambah aura kemerdekaan di atas pentas. Setiap sajak mestilah dalam Bahasa Melayu dengan durasi 3 hingga 5 minit. Gelagat tidak sopan adalah dilarang sama sekali.

Hadiah Menarik Menanti Anda

Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka 2025

menawarkan hadiah yang menarik seperti berikut

🥇
Johan
RM150
🥈
Naib Johan
RM100
🥉
Third
RM70
🎖️
Saguhati
RM50 × 7 pemenang

Syarat Penyertaan Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka

Syarat Pertandingan

Terbuka Kepada Semua

Terbuka kepada semua rakyat negeri Terengganu (perlu daftar ahli perpustakaan jika belum).

Tema Pertandingan

Tema yang digunakan adalah "Kemerdekaan".

Bahasa Sajak

Semua sajak hendaklah ditulis dan disampaikan dalam Bahasa Melayu.

Kostum Patriotik

Peserta digalakkan memakai pakaian atau kostum berunsur patriotik.

Masa Persembahan

Setiap persembahan mestilah minimum 3 minit dan maksimum 5 minit.

Keputusan Hakim

Keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

Jumpa Anda Di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu

Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka Terengganu 2025

bukan sekadar sebuah pertandingan, tetapi wadah untuk kita menyemai semangat patriotik, mengangkat martabat Bahasa Melayu, dan menghayati erti sebenar kemerdekaan. Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-68 pada 31 Ogos ini, marilah kita bersama-sama memeriahkan acara ini, sama ada sebagai peserta mahupun penonton, demi menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air dan memastikan warisan perjuangan terus hidup di jiwa generasi akan datang.

Mari tunjukkan semangat patriotik remaja Terengganu!

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini

en_GB