LOading ...
Loading Events

Kayak Fishing International Terengganu 2025

Kemaman, Terengganu – Salah satu acara memancing paling dinantikan di Malaysia,  KFIT2025 kembali dengan konsep baharu Camping Edition. Acara ini bakal berlangsung pada 27 hingga 29 Jun 2025 di lokasi yang menawan, Pantai Teluk Kalong, Kemaman.

  • Lokasi 📍 : Pantai Teluk Kalong, Kemaman
  • Tarikh 📅 : 27 – 29 Jun 2025
  • 🔥 CAMPING EDITION Kembali Lagi!
💸 Yuran Penyertaan: RM189 sahaja!

Termasuk:

  • T-shirt acara & doorgift
  • Makanan & minuman sepanjang program
  • BBQ Dinner santai
  • Tapak perkhemahan dengan kemudahan elektrik
  • Cabutan bertuah yang menarik

Lokasi Acara

Event Date

Acara akan berlangsung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Starts Now
June 27 @ 3:00 p.m - June 29 @ 6:00 p.m

Apa Itu Kayak Fishing International Terengganu?

Kayak Fishing

merupakan salah satu sukan memancing menggunakan kayak yang menyeronokkan. Acara ini juga merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pemancing dari seluruh Malaysia dan negara jiran dengan menfokuskan kepada sukan kayak sambil memancing di perairan Terengganu. Ia bukan sekadar pertandingan dalam sesuatu persaingan untuk mendapatkan hadiah utama, tetapi juga platform untuk pencinta alam dan peminat aktiviti luar berinteraksi dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Jadual Program Kayak Fishing

Program Itinerary - Kayak Fishing International Terengganu 2025
Program Itinerary

🌟 Yuran Akses RM50 (Untuk Non-Kayakers / Ahli Keluarga)

Nikmati:
✅ Akses ke semua aktiviti & kemudahan
✅ Makanan & minuman selama 3 Hari  2 Malam
✅ BBQ Dinner bersama peserta
✅ Peluang menangi hadiah cabutan bertuah!

🎟️ Daftar bersama keluarga — semua dijemput berkhemah dan bersantai di tepi pantai sambil menyokong pemancing kegemaran anda!

🏆 Kategori Pertandingan

🐟 Heaviest & Mystery Fish
🦑 Heaviest & Mystery Squid
⭐ “GENG LIPAK” Special
📍 Point Collection untuk Kayak Fishing Tour Members

🎁 Enter To Win Prizes!

Hadiah menanti anda di setiap kategori dan cabutan bertuah — jangan lepaskan peluang!

Tentatif Program

DateTimeActivities
27 Jun (Jumaat)3.00 PM📝 Pendaftaran & 🎣 Fishing Expo + 🍴 Food Festival
27 Jun (Jumaat)9.00 PM📢 Event Briefing
28 Jun (Sabtu)7.30 AM🚩 Kayak Flag Off
28 Jun (Sabtu)6.30 PM✅ Tamat Hari Pertama
28 Jun (Sabtu)9.00 PM🔥 BBQ Dinner & 🎁 Lucky Draw
29 Jun (Ahad)7.30 AM🎣 Hari Ke-2 Memancing
29 Jun (Ahad)12.30 PM🚣‍♂️ Ketibaan Kayaker Terakhir
29 Jun (Ahad)3.00 PM🏁 Majlis Penutup
29 Jun (Ahad)5.00 PM👋 Tamat Acara

Prize Pool

Prize Pool - Kayak Fishing International Terengganu 2025
Prize Pool

💰 PRIZE POOL: RM65,000!

👕 Jersi Eksklusif • Kayakers dari seluruh dunia

🔥 Bersedia untuk Pertandingan Kayak Fishing Paling Gempak Tahun Ini!

Sertai ratusan pemancing dari seluruh Malaysia dan negara antarabangsa dalam satu acara penuh adrenalin dan semangat komuniti. 

  • 👕 Semua peserta akan menerima jersi rasmi eksklusif KFIT2025 Ia direka khas dengan identiti laut bergelora & semangat juang tinggi.
  • 🏆 Dengan hadiah keseluruhan mencecah RM65,000, anda berpeluang membawa pulang ganjaran lumayan sambil menikmati suasana pantai dan aktiviti outdoor.

🤝 Penaja Rasmi:

Bullzen, Feelfree Kayaks, QAG Worldwide, Garmin Marine, Abu Garcia, Berkley, Penn, dan banyak lagi jenama hebat dalam dunia memancing & peralatan kayak!

Terengganu Unggul Dalam Sukan Kayak Antarabangsa

Kayak Fishing International Terengganu 2025

bukan sekadar acara memancing, tetapi medan pertemuan komuniti serantau yang mencintai alam, cabaran dan gaya hidup aktif di lautan terbuka. Dengan gabungan aktiviti rekreasi, persaingan sihat dan semangat kekeluargaan, acara ini bukan hanya menyatukan peminat sukan kayak dari seluruh negara dan antarabangsa, malah memperkukuh imej Terengganu sebagai destinasi pelancongan sukan maritim yang unggul.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini

en_GB