LOading ...

10 Best Cafe di Terengganu
- Port Santai & Instagrammable -

Best Cafe

Bagi pencinta kopi, bau harum biji kopi yang baru dikisar memang cukup memanggil jiwa. Tambah pula kalau dinikmati di tempat yang selesa, cantik, dan penuh dengan suasana yang tenang. memang ‘perfect’ untuk melepak atau siapkan kerja sambil hirup latte panas. Terengganu kini bukan saja terkenal dengan pantai dan pulau yang memukau, malah turut dipenuhi dengan pelbagai pilihan best cafe yang menawarkan kopi sedap, dekorasi Instagrammable, dan suasana santai yang membuatkan anda rasa nak datang lagi. Sama ada nak lepak dengan kawan, ‘me time’ seorang diri, atau buat port OOTD, inilah senarai pilihan cafe yang wajib anda singgah!

Bagi memudahkan anda, kami kongsikan senarai pilihan Best Cafe yang mempunyai konsep unik dan suasana menarik untuk anda nikmati. Ramai lagi warga Terengganu yang mungkin belum mengenali kafe-kafe ini. Jadi, jika anda berpeluang melancong atau pulang ke Terengganu, pastikan anda tidak melepaskan kesempatan untuk singgah dan merasai pengalaman di setiap kafe menarik ini.

Selamat mencuba dan selamat menikmati suasana!

1. Feel’in Coffee Bar, Best Cafe di Kuala Terengganu

Best Cafe Feel in coffee bar
Feel'in Cofee Bar, Kuala Terengganu

Kalau anda cari kafe di Kuala Terengganu, Feel’in Coffee Bar memang pilihan tepat. Suasana moden minimalis, kopi padu seperti latte dan cold brew, serta pencuci mulut sedap menjadikannya port lepak dan ambil gambar yang cantik. Sesuai untuk santai atau buat kerja.

Alamat: 137c Tingkat Bawah, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 017-909 8812
Waktu Operasi: Selasa – Ahad [ 1.00pm – 11.00pm ] – Isnin [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★★ (4.9/5)

2. PastelMonoMY, Best Cafe di Kuala Terengganu

Best Cafe PastelMonoMY
PastelMonoMY, Kuala Terengganu

Bagi yang suka suasana tenang dan dekor pastel, PastelMonoMY memang healing spot terbaik. Menu kopi seperti cappuccino dan flat white digabungkan dengan pilihan kek yang cantik dan sedap. Ruang yang cerah sesuai untuk ambil gambar atau sekadar lepak baca buku.

Alamat: LOT 2913, Jalan Cempaka 10, Kampung Tok Adis, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 011-1122 6153
Waktu Operasi: Khamis – Selasa [ 11.00am – 8.15pm ] – Jumaat [ 9.00am – 12.30pm, 3.00pm – 8.15pm ] – Rabu [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.7/5)

3. Jomo Eatery, Best Cafe di Kuala Nerus

Best Cafe Jomo Eatery Cafe
Jomo Eatery Cafe, Kuala Nerus

Terkenal dengan konsep industrial hipster dan menu moden yang kreatif. Kopi mereka memang kaw, dan pilihan makanan seperti pasta, burger, dan dessert sangat sesuai untuk lepak lama-lama. Tempatnya luas dan Instagrammable, sesuai untuk lepak dengan kawan atau work from cafe. Jomo Eatery memang dikenali sebagai Best Cafe di Terengganu.

Alamat: Shoplot PT33845 Ground Floor, Taman Tembesu Perdana, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 017-228 5089
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis [ 10.00am – 7.30pm, 8.00pm – 11.00pm ] – Jumaat [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.6/5)

4. Nusuk Cafe, Best Cafe di Kuala Nerus

Best Cafe Nusuk Cafe
Nusuk Cafe, Kuala Nerus

Bawa European vibes dengan hiasan moden elegan dan menu kopi premium. Selain minuman, mereka juga terkenal dengan kek homemade yang cantik dan sedap. Port sesuai untuk coffee date atau buat konten media sosial.

Alamat: TCJ2 TAMAN CHONANG JAYA, Jalan Lapangan Terbang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon: 018-900 3117
Waktu Operasi: Khamis – Selasa [ 4.00pm – 11.00pm ] – Rabu [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.7/5)

5. Yan Beach Cafe, Best Cafe di Marang

Best Cafe Yan Beach Cafe
Yan Beach Cafe, Marang

Sebuah Best Cafe tepi pantai di Marang yang menawarkan pemandangan laut biru memukau, suasana santai, serta pilihan kopi, kek dan hidangan ringan yang sedap untuk dinikmati sambil menghirup angin laut.

Alamat: Lot291, Kampung Rhu Renggeh, 21080 Marang, Terengganu
No. Telefon: 013-921 5424
Waktu Operasi: Selasa – Ahad [ 11.00am – 7.00pm ] – Isnin [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

Antara Best Cafe Top Di Terengganu

“Pendedahan ringkas mengenai Best Cafe di Terengganu.”

[Video ini telah dirakam oleh The Nelang Cafe, dan kami kongsikan di sini bagi memberi gambaran suasana tempat Best Cafe di Terengganu.]

Kredit video: The Nelang Cafe
Sumber: Youtube (Port Makan Paling Best di Terengganu | The Nelang Cafe)

6. Santai Treats di Setiu

Santai Treats Cafe, Setiu

Port lepak tepi pantai yang sempurna untuk meluangkan masa sambil menikmati kopi sedap dan pemandangan laut yang menenangkan. Dengan suasana santai, angin sepoi-sepoi bahasa dan aroma kopi yang harum, ia sesuai untuk sesi minum petang, berborak bersama kawan atau sekadar ‘me-time’ menikmati keindahan pesisir pantai Terengganu.

Alamat: Lot 4071, Jln Penarik, Kampung Penarik, 22100 Permaisuri, Terengganu

No. Telefon: 017-875 0316
Waktu Operasi: Rabu – Isnin [ 3.00pm – 11.00pm ] – Selasa [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.6/5)

7. Izz's Garden Cafe di Besut

Best Cafe Izz's Garden Cafe
Izz's Garden Cafe, Besut

Menawarkan suasana santai ala taman dengan hidangan kopi dan dessert yang instagrammable, sesuai sebagai port lepak terbaik di kawasan ini. Ia juga merupakan cafe untuk suasana yang tenang dan damai.

Alamat: 107, Kampung Jawek, 22000 Jerteh, Terengganu

No. Telefon: 011-3336 6915

Waktu Operasi: Selasa – Ahad [ 12.00pm – 11.00pm ] – Jumaat [ 3.00pm – 11.00pm ] Isnin [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

8. Aurora Coffee House di Dungun

Aurora Coffee House, Dungun

Destinasi santai yang menawarkan gabungan suasana moden dan nyaman, sesuai untuk melepak bersama rakan atau keluarga. Menu di sini menampilkan pelbagai pilihan makanan Barat dan tempatan, termasuk ayam goreng rangup, pasta, burger, kek homemade serta kopi yang dibru segar. Kelebihan Aurora Coffee House terletak pada dekorasi yang Instagrammable, layanan mesra, dan lokasi strategik yang mudah diakses, menjadikannya pilihan tepat untuk bersantai sambil menikmati hidangan berkualiti.

Alamat: 53, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Jeti, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

No. Telefon: 019-767 7682

Waktu Operasi: Khamis – Selasa [ 9.00am – 7.00pm ] – Rabu [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

9. 10 Gram di Kemaman

10 Gram, Kemaman

Kafe moden hipster ini sering disebut sebagai antara port terbaik di Kemaman — terkenal dengan suasana santai, kopi yang kreatif, dan menu menarik seperti pizza serta kopi ‘fotogenik’. Konsep hipster moden, menu kekal segar (contoh: pizza & kopi), waktu lepak fleksibel — sesuai sebagai port santai atau tempat content sosial media

Alamat: G-59-GF, River Front Business Centre, Jalan Raja Udang 2, Kawasan Perindustrian Jakar Ii, 24000 Chukai, Terengganu

No. Telefon: 010-455 3984

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis [ 8.30am – 11.00pm ] – Jumaat [ 3.00pm – 11.00pm ]
Rating Google: ★★★★☆ (4.5/5)

10. Dinung Cafe di Hulu Terengganu

Dinung Cafe, Hulu Terengganu

Kafe estetik yang terletak berhampiran pejabat TNB Kuala Berang. Istimewa kerana menyajikan mee rebus Terengganu—kombinasi unik antara menu tempatan dengan suasana santai ala kafe. Ia merupakan tempat untuk seronok dan lepak sambil bungkus mood kampung urban.

Alamat: Tepi TNB, No 4, Jalan Taman Tiras, Kampung Bukit Tok Bat, 21700 Kuala Berang, Terengganu

No. Telefon: 014-753 8040

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis [ 4.00pm – 11.00pm ] – Jumaat [ Tutup ]
Rating Google: ★★★★★ (5/5)

Kesimpulan 10 Best Cafe di Terengganu

Cafe-cafe pilihan ini bukan sahaja menawarkan menu yang sedap dan pelbagai, tetapi turut menonjolkan suasana unik yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Setiap lokasi mempunyai identiti tersendiri — ada yang berkonsepkan pemandangan laut, dekorasi moden, sentuhan rustik, atau tema kreatif yang mesra kamera. Sama ada di tepi pantai, di tengah bandar, atau di kawasan kampung yang tenang, semua cafe ini memberi pengalaman lengkap untuk menikmati hidangan enak sambil merakam momen menarik untuk dikongsi di media sosial.

Terengganu sememangnya destinasi terbaik bagi pencinta kafe yang menghargai rasa, suasana dan gaya. Untuk senarai penuh cadangan dan info lanjut, anda boleh rujuk di Discovery Terengganu.

Tambah Komen

Your email address will not be published.
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

en_GB