- Tarikan Pelancong
- Kampung Seberang Marang, Marang, 21600 Marang, Terengganu, Malaysia
White Stone Square
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
YouTube: Sweet TV
Introduction
Dataran Batu Putih (DBP)
Jika anda mencari lokasi santai yang menggabungkan suasana kampung, traditional food, dan pengalaman membeli-belah unik, Dataran Batu Putih di Marang, Terengganu adalah destinasi yang wajib anda kunjungi. Terletak di tebing Sungai Marang, tempat ini terkenal dengan Pasar Terapung Marang yang menjanjikan suasana santai dan sesuai untuk semua peringkat usia.
Kategori Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT)
DBP telah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan berasaskan komuniti (community based tourism), dengan penglibatan penduduk tempatan secara aktif untuk menyediakan pengalaman budaya dan agro-tempatan yang autentik. Produk CBT ini membantu menyuburkan ekonomi setempat sambil memelihara identiti budaya dan tradisi kampung terutamanya dalam aktiviti seperti pembuatan kopi Nisang, dodol, kraftangan dan demonstrasi atap nipah.
Tarikan Utama Dataran Batu Putih

Original Nisang Coffee
Kopi Nisang merupakan minuman unik hasil campuran kopi dan kelapa yang menjadi kegemaran pengunjung. Pelbagai pilihan makanan laut segar yang boleh dinikmati di tepi sungai.

DBP River Cruise
Produk pelancongan baharu dimana Pelancong dibawa menyusuri Sungai Marang termasuk sarapan pagi di DBP sambil menikmati pemandangan pasar terapung dan aktiviti tepi sungai.
Inisiatif Pemulihan oleh Kerajaan Negeri
White Stone Square
Sekitar tahun 2021, Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah membangunkan kawasan ini menjadi destinasi pelancongan agro-komuniti. Proses naik taraf merangkumi pembinaan infrastruktur asas seperti pondok rehat, kios tradisional, dan fasiliti untuk sokong aktiviti tempatan seperti membuat kuih, menjahit atap nipah, memancing dan penghasilan nira dan kopi nisang.
Pengaruh Sosio‑Budaya & Ekonomi
Ekonomi Tempatan
Peluang penduduk menjana pendapatan melalui gerai makanan, kraftangan dan hasil laut segar yang memikat hati pelancong.
Pemuliharaan Budaya
Pengunjung dapat menyaksikan pembuatan air nira, dodol tradisional dan jahitan atap nipah secara langsung.
Tarikan Pelancongan
Dari lokasi terpencil, kini menjadi destinasi pelancongan dengan suasana kampung yang damai dan mendidik.
Menyemarakkan Komuniti dan Budaya Tempatan
White Stone Square
Pembukaan Pasar Terapung & Pasar Tradisional Marang menghidupkan kembali warisan sejarah serta budaya kulinari tradisional Terengganu. Di sini, pelancong berpeluang mempelajari proses pembuatan air nira dan dodol, sambil menyaksikan demonstrasi kraf warisan seperti jahitan atap nipah oleh tukang kampung. Dataran ini turut menjadi pusat aktiviti hujung minggu yang mesra keluarga, menghubungkan komuniti tempatan dengan pengunjung dalam suasana santai, unik dan penuh nilai tradisi.
Kenapa Anda Perlu Ke Sini?
White Stone Square
bukan sekadar tempat makan atau pasar biasa, tetapi sebuah pengalaman budaya yang memaparkan kehidupan komuniti di tepi sungai. Di sinilah anda dapat merasai kehangatan hospitaliti masyarakat Terengganu, menikmati sajian asli, dan menyelami suasana damai yang jarang ditemui di bandar besar.
List of Amenities
- Sales Booth
- Wheelchair Friendly
- Motorcycle Parking
- Public Toilet
- Outdoor Seating
- Parking