Loading Events
Festival Hari Malaysia Payang Riang Ria 2025

Festival Payang 2025

Simfoni Warisan, Seni & Tradisional Terengganu

Festival Payang 2025 kembali mewarnai Laman Payang 1 dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengangkat warisan, seni dan budaya tempatan. Acara ini akan berlangsung dari 17 hingga 22 Oktober 2025 dan dianjurkan oleh Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu dengan sokongan Kerajaan Negeri Terengganu serta Beautiful Terengganu.

Maklumat Lanjut

📅 Date: 17 – 22 Oktober 2025
📍 Location: Laman Payang 1, Kuala Terengganu
🕒 Time: 8.30 pagi – 6.30 petang
🎟️ Masuk: Percuma

Lokasi Acara

Event Date

Acara akan berlangsung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Starts Now
October 17 @ 8:30 AM - October 22 @ 6:30 p.m

Acara Tahunan Penuh Warna

Festival Payang 2025

bukan sekadar pesta tetapi ia adalah platform mengangkat keunikan seni dan budaya warisan Terengganu. Para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti tradisional, persembahan budaya, serta ruang interaksi bersama komuniti seni tempatan.

Jadual Aktiviti Harian Festival Payang

Jadual Aktiviti Festival Payang 2025
DateHariActivitiesTime
17 Oktober 2025JumaatPertandingan Mewarna (Kategori 4–9 tahun)8.30 pagi – 12.00 tengah hari
18 Oktober 2025SabtuPersembahan Kebudayaan & Buskers8.30 pagi – 6.30 petang
19 Oktober 2025AhadSilat Pulut8.30 pagi – 6.30 petang
20 Oktober 2025IsninTaekwando8.30 pagi – 6.30 petang
21 & 22 Oktober 2025Selasa & RabuPersembahan Kebudayaan & Buskers8.30 pagi – 6.30 petang

Lokasi Strategik: Laman Payang 1

Pasar Kedai Payang Terengganu

Laman Payang

merupakan kawasan pelancongan popular yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu di Kedai Payang Market. Lokasi ini sangat mudah diakses oleh pengunjung tempatan dan pelancong luar negeri, menjadikannya tempat terbaik untuk merasai pengalaman budaya Terengganu secara menyeluruh.

Kenapa Perlu Hadir ke Festival Payang 2025?

  • Menikmati persembahan seni dan budaya tradisional secara langsung

  • Peluang berinteraksi dengan komuniti seni tempatan

  • Aktiviti sesuai untuk seisi keluarga

  • Lokasi strategik berdekatan tarikan pelancongan utama Kuala Terengganu

  • Acara tahunan yang menyemarakkan semangat warisan negeri

Tips Untuk Pengunjung

  • Datang awal bagi mengelakkan kesesakan parkir.

  • Bawa payung atau topi kerana kebanyakan aktiviti berlangsung pada waktu siang.

  • Gunakan pengangkutan awam atau perkhidmatan e-hailing untuk kemudahan perjalanan.

  • Jangan lepaskan peluang bergambar di sekitar Laman Payang!

Tradisi & Budaya Bertemu di Laman Payang

Festival Payang 2025

membawakan satu pengalaman budaya yang penuh warna-warni dan sarat dengan nilai warisan negeri Terengganu. Sepanjang enam hari penganjuran di Laman Payang 1, pengunjung bukan sahaja berpeluang menyaksikan persembahan budaya tradisional, malah dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, silat pulut, taekwando dan buskers.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini