Loading Events

Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2025

Jom Bersukan 🔥!!!

Hari Sukan Negara (HSN) kembali dengan lebih meriah tahun ini! Negeri Terengganu akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai aktiviti menarik sempena HSN 2025 yang pastinya menggabungkan semangat kesukanan, perpaduan komuniti, dan gaya hidup sihat.

Butiran ِAcara

Lokasi Acara

Event Date

Acara akan berlangsung dalam masa :

Days
Hours
Minutes
Event Starts Now
October 11
Awang Bersukan

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu

Apa Itu Hari Sukan Negara (HSN)?

Hari Sukan Negara (HSN) merupakan inisiatif besar Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) yang mula diperkenalkan pada tahun 2015. Ia diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dan menjadi platform utama untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan kecergasan. HSN bukan sekadar acara tahunan, tetapi simbol komitmen negara dalam membudayakan sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.

Sumber Youtube: JBSNegara.Official

Aktiviti Sempena Hari Sukan Negara Terengganu 2025

Awang Terengganu Fun Run

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera​​

1. Sukan Lari

Larian Ria Madani 5KM

Sertai larian santai 5KM bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti anda. Laluan larian disediakan dengan checkpoint menarik, sesuai untuk semua lapisan umur.

Berjalan Ria Madani 3KM

Untuk mereka yang inginkan aktiviti lebih santai, sertai Fun Walk sejauh 3KM. Sesuai untuk keluarga, warga emas, dan kanak-kanak.

2. Aktiviti Kayuhan Basikal

Kayuhan komuniti sejauh 30KM ini terbuka kepada semua peminat basikal. Peserta awal akan menerima snack pack percuma dan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menarik.

Baju & Medal

T-Shirt Program Hari Sukan Negara 2025

Tampil bergaya sambil menyokong HSN 2025 dengan koleksi T-Shirt rasmi edisi Terengganu. Rekaan moden, sporty dan selesa dipakai untuk aktiviti sukan mahupun kasual.

Pilihan & Harga:
  • RM35 – Round Neck Short Sleeve (Kids RM33)

  • RM40 – Polo Neck Short Sleeve (Kids RM38)

  • RM45 – V-Neck Muslimah (Kids RM43)

  • RM40 – Round Neck Long Sleeve (Kids RM38)

📌 Saiz tersedia untuk dewasa & kanak-kanak.

👉 Dapatkan segera sebelum kehabisan stok dan abadikan kenangan HSN 2025 dengan gaya penuh semangat!

Medal Penamat Edisi Terhad Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2025

Satu penghargaan istimewa menanti peserta iaitu medal penamat edisi khas ini hanya diberikan kepada peserta terawal yang berjaya sampai ke garisan penamat dalam acara larian & kayuhan.

  • Rekaan eksklusif berinspirasikan identiti Terengganu dan HSN 2025.

  • Koleksi premium untuk dijadikan kenangan atau koleksi peribadi.

  • Simbol pencapaian gaya hidup sihat dan aktif.

⚡️ Siapa cepat, dia dapat! Pastikan anda jadi antara yang terawal untuk menamatkan larian atau kayuhan bagi memiliki medal ini.

Peta Laluan Bagi Para Peserta

Fun Walk 3KM Route

Untuk mereka yang lebih gemar aktiviti santai, Fun Walk 3KM adalah pilihan terbaik. Laluan ini merangkumi:
  • Checkpoint 1 hingga 4 di sekitar Kompleks Sukan Negeri.

  • Aktiviti mesra keluarga sesuai untuk kanak-kanak, warga emas, dan peserta baru yang mahu memulakan gaya hidup aktif.

👉 Berjalan bersama komuniti sambil menikmati suasana ceria Hari Sukan Negara!

Fun Run 5KM Route

Larian santai ini akan bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Negeri Terengganu dengan laluan sejauh 5KM. Peserta akan melalui:
  • Checkpoint 1 hingga 5 yang merentasi kawasan sekitar Jalan Tengku Omar dan tasik berhampiran.

  • Suasana yang segar dan laluan yang menyeronokkan untuk keluarga, rakan-rakan, serta pencinta aktiviti larian.

👉 Sesuai untuk anda yang ingin cabaran ringan tetapi tetap menyeronokkan.

Cabaran Memanah 3D

  • 🎯 Date: Sabtu, 11 Oktober 2025
  • 🕖 Time: 7.30 pagi – 3.30 petang
  • 📍 Location: Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus

📌 Format Pertandingan

  • 11 Checkpoint

  • 2 Pusingan

  • Sasaran 3D menyerupai haiwan untuk pengalaman realistik

🏹 Kategori Pertandingan

  • Dewasa Lelaki

  • Dewasa Wanita

  • Remaja

  • Cilik

💵 Yuran Penyertaan

  • Dewasa & Remaja: RM45

  • Cilik: RM30

Hadiah Menarik Menanti Anda!

1. Kategori Dewasa & Remaja

🏆

Johan

RM200

+ Medal

🥈

Naib Johan

RM150

+ Medal

🥉

Tempat ke-3

RM100

+ Medal

🎖️

Tempat ke-4

RM30

+ Medal

🎖️

Tempat ke-5

RM20

+ Medal

2. Kategori Cilik

🏆

Johan

RM150

+ Medal

🥈

Naib Johan

RM100

+ Medal

🥉

Tempat ke-3

RM80

+ Medal

🎖️

Tempat ke-4 – ke-10

RM20

+ Medal

Kejohanan Ping Pong Berpasukan

Kejohanan Ping Pong Berpasukan
Ping Pong Berpasukan HSN2025

Sempena sambutan HSN 2025, Terengganu akan menganjurkan Kejohanan Ping Pong Berpasukan (3 Single) Tertutup Terengganu & Jemputan. 

  • 🏓 Date: Sabtu, 11 Oktober 2025
  • 📍 Location: Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

📌 Syarat & Pendaftaran

  • Format pertandingan adalah secara berpasukan (3 Single).

  • Terbuka kepada penyertaan tertutup Terengganu & jemputan khas.

  • Tarikh tutup penyertaan: 9 Oktober 2025.

Hadiah Menarik Menanti Pemenang

🏆

Johan

RM500

🥈

Naib Johan

RM300

🥉

Tempat Ke-3 Bersama

RM150

Selain wang tunai, kejohanan ini juga menjadi platform untuk mengetengahkan bakat baharu dan memupuk semangat kesukanan di kalangan masyarakat. Pertandingan ini menghimpunkan pemain berbakat dari seluruh negeri bagi menguji kehebatan, ketangkasan dan strategi dalam sukan ping pong.

Cabaran Tarik Tali Terengganu

Sempena Hari Sukan Negara 2025,

Terengganu akan menjadi saksi kepada satu pertandingan penuh aksi iaitu Kejohanan Tarik Tali Terengganu (Terengganu Tug of War Championship).

  • 💪 Tarikh: Sabtu, 11 Oktober 2025
  • 🕗 Masa: 8.00 pagi
  • 📍 Lokasi: Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus

📌 Syarat Penyertaan

  • Terbuka kepada semua (kategori tradisional – tanpa kasut)

  • 8 pemain utama + 2 pemain simpanan setiap pasukan

  • Terhad kepada 16 pasukan sahaja

  • Yuran penyertaan: RM80/pasukan

Hadiah Menarik Kejohanan Tarik Tali

🏆

Johan

RM1,000

+ Medal

🥈

Naib Johan

RM500

+ Medal

🥉

Tempat Ke-3

RM300

+ Medal

🎖️

Tempat Ke-4

RM200

+ Medal

 Pertandingan ini menggabungkan kekuatan fizikal, semangat berpasukan, dan strategi untuk merebut kejuaraan para peserta. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Kejohanan Tarik Tali Terengganu sempena HSN 2025. Kumpul pasukan anda, tunjukkan kekuatan, dan rebut kejuaraan!

Awang Bersukan

Kenapa Wajib Sertai HSN 2025 Terengganu?

Aktif & Sihat

Aktiviti mesra komuniti dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat Terengganu.

Hadiah & Ganjaran

Medal, cabutan bertuah, snack pack & wang tunai.

Perpaduan Komuniti

Eratkan hubungan keluarga, rakan dan jiran tetangga.

Kenangan Eksklusif

T-Shirt & Medal edisi khas hanya di HSN 2025 Terengganu.

Majulah Sukan Untuk Negara

Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2025

bukan sekadar himpunan aktiviti riadah dan pertandingan, tetapi menjadi lambang kebersamaan rakyat negeri ini dalam memupuk gaya hidup sihat serta mengukuhkan semangat perpaduan. Dengan penyertaan meriah dari pelbagai lapisan masyarakat, acara yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak ini membuktikan bahawa sukan mampu menyatukan komuniti, memberi inspirasi untuk lebih aktif, dan menyemarakkan lagi semangat #MalaysiaAktif. Semoga momentum ini terus subur dan menjadi pemangkin kepada budaya sukan sepanjang tahun di Terengganu.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini