Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar Paling Popular di Terengganu

Ikan Bakar Dapur Arang 14121020
Ikan Bakar Dapur Arang

Terengganu: Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar

Terengganu terkenal dengan ikan bakar segar. Dari Kuala Terengganu, Seberang Takir dan Kuala Nerus hingga Marang, Dungun, Besut dan Kemaman, deretan gerai tepi pantai menawarkan “seafood Terengganu” yang padu.

Panduan ini menghimpunkan port popular, waktu operasi, anggaran harga dan tip pilih ikan segar untuk memudahkan anda merancang makan malam “ikan bakar Terengganu” yang berbaloi dan mengenyangkan.

Apa Istimewa Ikan Bakar Di Terengganu?

Keistimewaan Seafood & Ikan Bakar Terengganu

Ikan bakar Terengganu terkenal dengan rasa berempah yang kaya dan berasap. Ramuan rempahnya biasanya menggabungkan cili boh, belacan, serai, bunga kantan, daun kesum and gula melaka.

 

Makan pada waktu senja dengan hembusan angin laut memang menggiurkan tambah nasi panas, ulam dan perahan limau kasturi, lengkap sudah. Panduan ini menghimpunkan port popular, waktu operasi, anggaran harga dan tip pilih ikan segar untuk memudahkan anda merancang makan malam “ikan bakar Terengganu” yang berbaloi dan mengenyangkan.

 
 

7 Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar Paling Sedap Di Terengganu

Terengganu kaya dengan kedai ikan bakar kerana lokasinya di pesisir Laut China Selatan yang membekalkan tangkapan segar setiap hari. Nikmati pari bakar sambal, cencaru sumbat, sotong bakar serta ketam nipah di port pilihan. Di sini kami senaraikan 7 kedai ikan bakar paling sedap dan popular di negeri Terengganu. Senarai ini berdasarkan ulasan pelanggan, konsistensi rasa, kesegaran hasil laut, harga berpatutan dan suasana makan yang selesa.

1. Restoran Ikan Bakar D'Sangkar Ayoh Pa
Kuala Terengganu

1. Restoran Ikan Bakar D'Sangkar Ayoh Pa

📍 Sungai Pengkalan Penambang, Terengganu

Warung terapung ini menawarkan pengalaman unik menikmati hidangan laut segar di atas sungai. Dengan suasana tenang dan pemandangan sungai yang menenangkan, restoran ini menjadi destinasi pilihan bagi pencinta makanan laut dan mereka yang mencari pengalaman makan yang berbeza.

.


📝 Menu Popular: ikan bakar yang segar, termasuk ikan talapiakelipatin, and baung. Turut menyediakan hidangan lain seperti masakan Thai.
⏰ Waktu Operasi: 5 petang - 12 Tengah malam.

Ikan Bakar Talapia sangat segar dan sedap.

Suasana menarik tepi sungai dan terapung 

2. Zul Ikan Bakar
Besut

2. Zul Ikan Bakar

📍 Kampung Raja, Terengganu

konsep pilih-ikan-segar, bakar atas arang, sambal pedas yang  wangi. Dikenali kerana ruang makan luas, bersih dan servis mesra, dengan harga yang dianggap berpatutan oleh pengunjung turut menyediakan pelbagai pilihan lauk dari ikan kerapu hinggalah ikan pari. Kedai ini juga meyediakan masakan celup tepung dimana pelangan boleh memilih lauk sendiri.

.


📝 Menu Popular: ikan bakar, dan celup tepung.
⏰ Waktu Operasi: 6 petang - 12 Tengah malam.

Harga Rm15 sepinggan tapi kalau makan 2 orang jenuh nak habiskan

3. Medan Ikan Bakar Kuala Ibai
Kuala Terengganu

3. Medan Ikan Bakar Kuala Ibai

📍 Bawah Jambatan Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Tempat ikan bakar gaya lama di tepi muara, di bawah Jambatan Kuala Ibai. Berkonsepkan pilih ikan dari atas ais, ditimbang, kemudian dilumur sambal pekat dan dibakar di atas arang berlapik daun pisang. Bau asapnya wangi, suasana terbuka, sesuai untuk makan bersama keluarga. Dengan deretan kedai yang lain memudahkan pelanggan membandingkan harga.

.


📝 Menu Popular: ikan bakar, dan pelbagai gerai makanan lain

⏰ Waktu Operasi: 5:30 petang - 12 Tengah malam.

Menawarkan suasana dengan pemandangan tepi sungai yang memukau

4. Medan Selera D'Muara Utara
Kuala Nerus

4. Medan Selera D'Muara Utara

📍 Berdekatan Jambatan Angkat, Seberang Takir, Kuala Terengganu

Dibina untuk memindahkan peniaga Medan Selera Tanjung dan  dirasmikan 13 Feb 2025. Mempunyai pelbagai gerai jualan yang mefokuskan ikan bakar dan makan tengahari. Antara kedai ikan bakar di Medan tersebut ialah Kedai Ikan Bakar Mek Ta and Kedai Ikan BakarNurfa.

.


📝 Menu Popular: ikan bakar, masakan panas, sup dan tomyam

⏰ Waktu Operasi: 5 petang - 12 Tengah malam.

Mohon cuba ikan bakar di sini; rempahnya amat lazat

5. KST Ikan Bakar Kuala Ibai
Kuala Terengganu

5. KST Ikan Bakar Kuala Ibai

📍 Lot 1228, Jalan Sekolah Pusat, Kuala Terengganu

Port ikan bakar tepi muara bawah Jambatan Chendering. Pilih ikan segar, sambal belacan padu, bakar arang beraroma, dengan view sungai yang memukau. Sesuai untuk makan malam keluarga di Kuala Terengganu

.


📝 Menu Popular: ikan bakar, masakan panas, 3 rasa, masam manis dan tomyam dengan berfokuskan tangkapan laut.

⏰ Waktu Operasi: 3:45 petang - 12 tengah malam.

Dah 3 kali pergi sini. Tomyam sedap and pekat, daging msk merah pun sedap.

6. Nohana Ikan Bakar Kerteh
Kemaman

6. Nohana Ikan Bakar Kerteh

📍 Jalan Medan Ikan Bakar, pantai kerteh, Kerteh.

Nohana Ikan Bakar Kerteh istimewa kerana lokasinya betul-betul di tepi Pantai Kuala Kerteh, dengan angin laut dan pemandangan senja yang menambah selera. Konsepnya mudah: pilih ikan atau seafood segar di atas ais, timbang ikut bajet, dilumur pes sambal gaya Terengganu, kemudian dibakar atas arang berlapik daun pisang.

.


📝 Menu Popular: Ikan bakar dapur arang, lauk kampung seperti telor singgang, paru berlada, masakan panas & set nasi.

⏰ Waktu Operasi: 10 pagi - 11 malam

Salted egg yolk sotong - 5/5 boleh tahan sedap

7. Medan Ikan Bakar i-Brang
Kuala Berang

7. Medan Ikan Bakar i-Brang

📍 tepi Sungai Berang, bawah Jambatan Kampung Buluh, Kuala Berang

Medan makan tepi Sungai Berang dengan konsep ikan/seafood segar, sambal dilumur dan dibakar atas arang. Di lokasi sama turut ada Chalet i-Brang; menu meliputi ikan bakar, masakan panas dan shellout. Sesuai untuk keluarga kerana ruang lapang dan suasana kampung di tepi sungai

.


📝 Menu Popular: Ikan bakar, shellout, masakan tengahari dan masakan makan malam.

⏰ Waktu Operasi: 12:30 tengahari - 10 malam

Tempat nyaman, suasana tepi sungai, bersih ada menyediakan chalet untuk bermalam.

Perbezaan Ikan Bakar Terengganu

Ramai yang keliru tentang perbezaan ikan bakar Terengganu dengan negeri lain. Perbezaan ketara adalah:

Perbezaan Ikan Bakar Mengikut Negeri
Negeri/ZonRasa asasSambal/kuahRempah/pesTeknik bakar
Terengganu SorotanBerempah pedas-manis, berasap; belacan & kunyit menonjol.Sambal pekat dilumur terus atas ikan; air asam sebagai pelengkap.Cili boh, belacan, kunyit, bawang, serai; opsyen bunga kantan/daun limau.Atas arang, berlapik daun pisang untuk simpan jus & aroma.
JohorPedas berempah, pengaruh sambal kicap/asam.Sambal kicap; variansi asam pedas sebagai cicah.Rempah lebih “bold”; marinat ringkas.Atas bara; marinat → bakar → cicah.
KelantanRingkas garam + kunyit; tekankan rasa ikan segar.Air asam Jawa sebagai cicah utama.Garam, kunyit; kadang serbuk lada.Bakar terus atas jaring di atas bara.
Melaka / Negeri SembilanBeraroma dengan sentuhan manis (pengaruh kicap/cencalok).Kuah/sambal manis-pedas; kicap/cencalok sebagai pelengkap.Sambal berempah ditambah elemen manis.Atas bara; ada yang sapu kuah semasa bakar.
Utara (Pulau Pinang / Kedah / Perlis)Minimalis, “fresh-forward”; masin-masam seimbang.Air asam atau kicap limau sebagai cicah.Garam & kunyit nipis; perisa minimum.Bakar cepat atas bara untuk kekalkan jus.

Video Tiktok Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar Popular di Terengganu

@amazingterengganu Musim hujan. Menu paling sedak makang tengahari mestilah ikan bakor. Meh sini @NOHANA IKAN BAKAR ade bakor mcm mcm ikang laut dan ikang darat. 🫰🏻🫰🏻😱 #amazingterengganu #terengganu #tourismterengganu #nohanaikanbakar #terengganufood #kerteh #kemaman ♬ Senandung Hidup Berbudi - Ramli Sarip & Jay Jay
@tranungpost Port ikan bakar di Kuala Terengganu . Boleh singgah di medan ikan bakar bawah jambatan kuala ibai. Min suka sungguh ikan masak stim & sotong celup tepung sini 😋🔥 #makang2tranung #makanlokal #foryoumalaysia #makanditranung #trulyasia #beautifulterengganu #beautifulterengganumalaysia #terengganudaruliman #fyp #foryou ♬ Bismillah - Verse - Masmona

Lengkapkan Lawatan ke Terengganu dengan Seafood & Ikan Bakar

Tempat Makan Seafood & Ikan Bakar Terengganu 

Ikan Bakar Terengganu bukan sekadar makanan, tetapi warisan budaya yang membawa identiti negeri. Ikan Bakar Terengganu bukan sekadar makanan, tetapi warisan budaya yang membawa identiti negeri. Setiap hidangan membawa rasa autentik yang menggamit memori. Dari aroma segar hasil laut yang dibakar sempurna, sehinggalah ke sambal pencicah tradisional yang membangkitkan selera.

Ikan segar dari laut biru,

Dibakar enak diatas bara,

Singgah makan janganlah ragu,

Ikan bakar Terengganu pasti juara.

Tambah Komen

Your email address will not be published.


Kongsikan Kepada Kenalan Anda

en_GB