Jom meriahkan Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat (PMR) 2025 di Terengganu! Rasai keunikan budaya pesisir pantai, candat sotong, persembahan pentas dan pelbagai acara rakyat. Semuanya di satu lokasi!
Ajak keluarga & sahabat. Pakat mari belake ke Payang Walk!
Acara akan berlangsung dalam masa :
Majlis pelancaran rasmi akan diadakan pada Jumaat, 11 Julai 2025, menampilkan:
Perasmian dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh tetamu kehormat bagi memeriahkan majlis.
Persembahan simbolik aktiviti candat sotong sebagai acara ikonik negeri Terengganu.
Penyerahan cenderamata atau kit liputan kepada pihak media untuk hebahan acara.
Simbolik pelepasan di Jambatan Angkat, mercu tanda baharu pelancongan Kuala Terengganu.
Time | Activities |
---|---|
2.30 Petang | Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Terengganu bermula |
Pameran & Jualan | |
Demonstrasi Produk Kraf (Booth Jabatan Kraftangan Malaysia) | |
Pemeriksaan Kesihatan – Hospital Sultanah Nur Zahirah | |
Kuiz kepada Pelajar bagi Program Pelancongan Pelajar (K3P) | |
Demonstrasi Makanan Tradisional & Menegcap Rasa Makanan Tradisional | |
Majlis Penyampaian Hadiah bagi Kuiz Program Pelancongan Pelajar (K3P) | |
7.00 Malam | Rehat & Solat |
9.00 Malam | Malam Terengganu Bermunajat & Berselawat |
11.00 Malam | Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Terengganu berakhir |
Time | Activities |
---|---|
7.30 Pagi | Taklimat bagi peserta Pertandingan Memasak Bubur Asyura |
8.00 Pagi | Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Terengganu bermula |
Pameran & Jualan | |
Demonstrasi Produk Kraf (Booth Jabatan Kraftangan Malaysia) | |
Pertandingan Bubur Asyura | |
8.15 Pagi | Cabutan Bertuah Fun Run |
12.00 Tengahari | Tamat Pertandingan Memasak Bubur Asyura (Perjurian) |
12.30 Tengahari | Rehat & Solat Jumaat |
2.30 Petang | Penghargaan Penyertaan Pertandingan Memasak Bubur Asyura Agihan Bubur Asyura kepada Pengunjung |
2.45 Petang | Pameran Kereta & Motorsikal Klasik |
Pendaftaran Peserta Candat Sotong Visit Malaysia 2026 | |
Taklimat Keselamatan Peserta Candat Sotong Visit Malaysia 2026 oleh Jabatan Maritim Terengganu | |
3.00 Petang | Ketibaan YBhg. Dato’ Shaharuddin Bin Abu Sohot Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia |
3.15 Petang | Majlis Perasmian Karnival Candat Sotong Visit Malaysia 2026 |
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Memasak Bubur Asyura | |
Majlis Penyampaian Hadiah Pakaian Bertema Terbaik | |
4.15 Petang | Flag-Off Peserta Familiarisation Trip Karnival Candat Sotong x Program Madani Rakyat 2025 Terengganu |
5.00 Petang | Pertandingan Anyaman Daun Kelapa Bersama Keluarga (Terbuka) |
Demonstrasi Makanan Tradisional | |
Kuiz | |
Persembahan Kumpulan Buskers | |
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Anyaman Daun Kelapa Bersama Keluarga | |
7.00 Malam | Rehat & Solat |
9.00 Malam | Persembahan Pentas oleh CSE Buskers |
11.00 Malam | Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Terengganu berakhir |
Time | Activities |
---|---|
12.00 Pagi | Ketibaan Bot Peserta Candat Sotong |
7.30 Pagi | Pendaftaran Peserta Pertandingan Memasak Berasaskan Sotong |
8.00 Pagi | Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Terengganu bermula |
Pameran & Jualan | |
Demonstrasi Produk Kraf (Booth Jabatan Kraftangan Malaysia) | |
Taklimat Pertandingan Memasak Berasaskan Sotong | |
Pertandingan Liga Dam Aji | |
Pertandingan Hot Wheels | |
Pertandingan Memasak Berasaskan Sotong Bermula | |
Pertandingan Pakaian Terbaik Kumpulan Memasak | |
11.00 Pagi | Pertandingan Mewarna Batik Kanak-Kanak (Kategori 5 & 6 Tahun) |
12.00 Pagi | Demonstrasi Kuih Tradisional Terengganu & Menegcap Rasa Kuih Tradisional Terengganu |
2.30 Petang | Demonstrasi Kuih Tradisional Terengganu & Menegcap Rasa Kuih Tradisional Terengganu |
3.00 Petang |
Sukan Rakyat Bertemakan Pakaian Batik / Nelayan - Tating Lawit - Congkak - Musang Berjanggut - Bola Beracun |
Coloring Contest | |
5.00 Petang |
Pertandingan Pakaian Beragam Bertemakan Nelayan - Kategori Dewasa - Kategori Kanak-Kanak (5 & 6 Tahun) |
5.30 Petang |
Majlis Penutup Karnival Candat Sotong Visit Malaysia 2026 Penyampaian Penghargaan Bagi Reuai Agensi Terbaik Penyampaian Penghargaan Bagi Reuai Agensi Terbaik Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Pakaian Beragam Bertemakan Nelayan |
Persembahan Buskers | |
7.00 Malam | Rehat & Solat |
9.00 Malam | Persembahan Tarian Kebudayaan |
10.00 Malam | Persembahan Kugiran Terengganu |
11.00 Malam | Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Terengganu berakhir |
Sempena Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Terengganu, ayuh sertai Payang Fun Walk & Run — aktiviti santai pagi Jumaat yang bakal menceriakan suasana bandar Kuala Terengganu.
Jarak Pilihan: LSD 5KM & 10KM
Date: Jumaat, 11 Julai 2025
Time: 7.00 pagi (berkumpul) | 7.30 pagi (flag off)
Location: Payang Walk, Kuala Terengganu
Pendaftaran: PERCUMA! Semua orang boleh join!
🎁 50 Lucky Draw Untuk Semua Peserta!
Barangan sukan berjenama, barang elektrik, supplement terkenal dan pelbagai hadiah menarik menanti anda!
🎊 Disponsor oleh jenama hebat: Jimstore, FDF Empire, Kalislab, Ortuseight, Voltra, Specs, Quaser dan banyak lagi!
🗺️ Laluan Mesra Pelari:
Rujuk peta laluan — laluan pemandangan laut & landmark ikonik seperti Drawbridge Kuala Terengganu!
Candat sotong adalah aktiviti ikonik negeri ini. Peserta berpeluang menaiki bot ke perairan Kuala Terengganu, Pulau Duyong atau Jeti Seberang Takir. Aktiviti ini dijalankan pada waktu malam – waktu terbaik untuk memikat sotong.
Bersama acara candat sotong, PMR membawa pelbagai perkhidmatan terus kepada rakyat – termasuk saringan kesihatan percuma, derma darah, booth pameran pelbagai agensi seperti Tourism Malaysia, APMM, Kraftangan, MATTA, MAH dan banyak lagi.
Pengunjung akan disajikan persembahan kebudayaan, busking, permainan rakyat, serta demonstrasi masakan tradisional seperti bubur asyura dan sajian berasaskan sotong.
Terdapat pertandingan memasak, pertandingan mewarna kanak-kanak, peragaan pakaian nelayan, anyaman kelapa dan banyak lagi. Fam Trip eksklusif bersama Gaya Travel Media akan disertai lebih 50 peserta media, influencer, dan agensi pelancongan seluruh negara.
Sebagai tarikan tambahan, pengunjung dapat melihat pameran kereta klasik, motorsikal retro dan menikmati suasana santai di kawasan jeti atau dataran.
Adakah anda peminat aktiviti laut? Atau ingin merasai keunikan candat sotong di Terengganu? Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Terengganu, sebuah acara yang mempamerkan keunikan budaya pesisir pantai serta menyokong industri pelancongan tempatan menjelang Visit Malaysia Year 2026.
Acara ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, disokong oleh pelbagai agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta rakan strategik lain.