
Kayak Fishing International Terengganu 2025
Kemaman, Terengganu – Salah satu acara memancing paling dinantikan di Malaysia, KFIT2025 kembali dengan konsep baharu Camping Edition. Acara ini bakal berlangsung pada 27 hingga 29 Jun 2025 di lokasi yang menawan, Pantai Teluk Kalong, Kemaman.
- Lokasi 📍 : Pantai Teluk Kalong, Kemaman
- Tarikh 📅 : 27 – 29 Jun 2025
- 🔥 CAMPING EDITION Kembali Lagi!
💸 Yuran Penyertaan: RM189 sahaja!
Termasuk:
- T-shirt acara & doorgift
- Makanan & minuman sepanjang program
- BBQ Dinner santai
- Tapak perkhemahan dengan kemudahan elektrik
- Cabutan bertuah yang menarik
Lokasi Acara
Event Date
Acara akan berlangsung dalam masa :
Apa Itu Kayak Fishing International Terengganu?
Kayak Fishing
merupakan salah satu sukan memancing menggunakan kayak yang menyeronokkan. Acara ini juga merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pemancing dari seluruh Malaysia dan negara jiran dengan menfokuskan kepada sukan kayak sambil memancing di perairan Terengganu. Ia bukan sekadar pertandingan dalam sesuatu persaingan untuk mendapatkan hadiah utama, tetapi juga platform untuk pencinta alam dan peminat aktiviti luar berinteraksi dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Jadual Program Kayak Fishing
🌟 Yuran Akses RM50 (Untuk Non-Kayakers / Ahli Keluarga)
Nikmati:
✅ Akses ke semua aktiviti & kemudahan
✅ Makanan & minuman selama 3 Hari 2 Malam
✅ BBQ Dinner bersama peserta
✅ Peluang menangi hadiah cabutan bertuah!
🎟️ Daftar bersama keluarga — semua dijemput berkhemah dan bersantai di tepi pantai sambil menyokong pemancing kegemaran anda!
🏆 Kategori Pertandingan
🐟 Heaviest & Mystery Fish
🦑 Heaviest & Mystery Squid
⭐ “GENG LIPAK” Special
📍 Point Collection untuk Kayak Fishing Tour Members
🎁 Enter To Win Prizes!
Hadiah menanti anda di setiap kategori dan cabutan bertuah — jangan lepaskan peluang!
Tentatif Program
| Date | Time | Activities |
|---|---|---|
| 27 Jun (Jumaat) | 3.00 PM | 📝 Pendaftaran & 🎣 Fishing Expo + 🍴 Food Festival |
| 27 Jun (Jumaat) | 9.00 PM | 📢 Event Briefing |
| 28 Jun (Sabtu) | 7.30 AM | 🚩 Kayak Flag Off |
| 28 Jun (Sabtu) | 6.30 PM | ✅ Tamat Hari Pertama |
| 28 Jun (Sabtu) | 9.00 PM | 🔥 BBQ Dinner & 🎁 Lucky Draw |
| 29 Jun (Ahad) | 7.30 AM | 🎣 Hari Ke-2 Memancing |
| 29 Jun (Ahad) | 12.30 PM | 🚣♂️ Ketibaan Kayaker Terakhir |
| 29 Jun (Ahad) | 3.00 PM | 🏁 Majlis Penutup |
| 29 Jun (Ahad) | 5.00 PM | 👋 Tamat Acara |
Prize Pool
💰 PRIZE POOL: RM65,000!
👕 Jersi Eksklusif • Kayakers dari seluruh dunia
Bersedia untuk Pertandingan Kayak Fishing Paling Gempak Tahun Ini!
Sertai ratusan pemancing dari seluruh Malaysia dan negara antarabangsa dalam satu acara penuh adrenalin dan semangat komuniti.
Semua peserta akan menerima jersi rasmi eksklusif KFIT2025 Ia direka khas dengan identiti laut bergelora & semangat juang tinggi.
Dengan hadiah keseluruhan mencecah RM65,000, anda berpeluang membawa pulang ganjaran lumayan sambil menikmati suasana pantai dan aktiviti outdoor.
🤝 Penaja Rasmi:
Bullzen, Feelfree Kayaks, QAG Worldwide, Garmin Marine, Abu Garcia, Berkley, Penn, dan banyak lagi jenama hebat dalam dunia memancing & peralatan kayak!
Terengganu Unggul Dalam Sukan Kayak Antarabangsa
Kayak Fishing International Terengganu 2025
bukan sekadar acara memancing, tetapi medan pertemuan komuniti serantau yang mencintai alam, cabaran dan gaya hidup aktif di lautan terbuka. Dengan gabungan aktiviti rekreasi, persaingan sihat dan semangat kekeluargaan, acara ini bukan hanya menyatukan peminat sukan kayak dari seluruh negara dan antarabangsa, malah memperkukuh imej Terengganu sebagai destinasi pelancongan sukan maritim yang unggul.