Loading Events
Musing Ketang Event Icon Kampung Budaya Terengganu 2026

Musing Ketang @ Kampung Budaya Terengganu 2026

Festival Warisan Budaya Terengganu Yang Wajib Anda Kunjungi

Events “Musing Ketang” bakal berlangsung dari 22 hingga 24 Mei 2026 di Kampung Budaya Terengganu, sebuah destinasi pelancongan budaya yang menampilkan keunikan warisan tradisional negeri Terengganu.

  • 📅 Date: 22 – 24 Mei 2026
  • 🗓️ Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad
  • 🕘 Time: 9.00 Pagi – 5.00 Petang
  • 📍 Location: Terengganu Cultural Village
  • 🎟️ Kemasukan: Terbuka kepada orang ramai
  • 👨‍👩‍👧‍👦 Sasaran Pengunjung: Seisi keluarga, pelajar, pelancong dan pencinta budaya
  • 🎨 Tema Program: Festival Warisan Budaya dan Tradisi Terengganu
Awang Nelang & Mek Ara Bermain Gasing

"Apa Itu Musing Ketang?"

“Musing Ketang”

merupakan istilah dalam dialek Terengganu yang bermaksud take a walk or bersiar-siar di sesuatu tempat. Program ini dianjurkan di Terengganu Cultural Village, sebuah pusat pelancongan budaya yang menampilkan rumah tradisional, seni kraftangan dan pelbagai aktiviti warisan. Sepanjang festival berlangsung, pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi secara langsung, menyertai pertandingan, menikmati persembahan seni tradisional serta mengambil gambar di pelbagai lokasi menarik. Nak tahu lagi banyak perkataan unik dalam dialek Terengganu? Jom klik pautan di bawah.

Lokasi Acara Musing Ketang

Event Date

Acara akan berlangsung dalam masa :

day
hour
minutes
Event Starts Now
May 22 @ 9:00 AM - May 24 @ 5:00 p.m

Aktiviti Menarik di Kampung Budaya Terengganu

Pertandingan Mewarna Musing Ketang @ KBT 2026

Tunjukkan bakat seni anak kecil sambil menikmati suasana warisan budaya!

  • 📅 Date: Jumaat, 22 Mei 2026
  • 🕝 Time: 2.30 Petang
  • 📍 Tempat: Rumah Tengku Long, Kampung Budaya Terengganu
  • 👧👦 Terbuka kepada kanak-kanak yang gemar mewarna dan berkreativiti. Pelbagai hadiah menarik menanti para peserta.
  • 🎖️ Semua peserta akan menerima E-Sijil Penyertaan

Pertandingan Ratu Cilik Musing Ketang @ KBT 2026

Serlahkan bakat, keyakinan dan keanggunan si cilik!

Pertandingan istimewa ini mengetengahkan tema Tahun Melawat Malaysia 2026, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperagakan busana tradisional serta menonjolkan personaliti yang yakin, kreatif dan berkarisma di atas pentas.

  • 📅 Date: Sabtu, 23 Mei 2026
  • 🕚 Time: 11.00 Pagi
  • 📍 Tempat: Auditorium KBT, Kampung Budaya Terengganu
  • 🎯 Tema: Tahun Melawat Malaysia 2026

Tentatif Program Musing Ketang @ KBT 2026

DateTimeAktiviti Utama
22 – 24 Mei 20269.00 Pagi – 5.00 Petang Demonstrasi makanan tradisional, permainan tradisional, seni warisan, pembuatan wau, replika bot tradisional, gamelan Melayu, wayang kulit, pameran batik, reruai foto interaktif dan pelbagai aktiviti budaya.
22 Mei 2026 (Jumaat)2.30 Petang🎨 Pertandingan Mewarna
3.00 Petang🎉 Majlis Perasmian Musing Ketang 2026
23 Mei 2026 (Sabtu)9.00 Pagi – 1.00 Petang🎓 Industry Talk bersama pelajar UMT
10.00 Pagi🎣 Jom Belajar Pancing Layang
11.00 Pagi👑 Pertandingan Ratu Cilik
3.00 Petang🌀 Pertandingan Gasing Pangkah
24 Mei 2026 (Ahad)10.00 Pagi🏆 Pertandingan Gasing Ligat Kanak-kanak
11.00 Pagi🎭 Persembahan Wayang Kulit “Musing Ketang”
3.00 Petang🎭 Persembahan Wayang Kulit “Jejak Warisan: Musing di Kampung Kita”
Musing Ketang Event Icon Kampung Budaya Terengganu 2026

Jom Pakat Maghi Belaka

🎟️ Jom Datang ramai-ramai
📌 Sesuai untuk semua peringkat umur: pelajar, pelancong & seisi keluarga!

Musing Ketang @ Kampung Budaya Terengganu

sebuah festival budaya yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik dan penuh warna-warni untuk seisi keluarga. Dari demonstrasi makanan tradisional dan permainan rakyat hinggalah pertandingan mewarna, Ratu Cilik, Wayang Kulit dan persembahan seni warisan, program ini menjanjikan pengalaman yang unik dan bermakna. Tandakan kalendar anda pada 22 hingga 24 Mei 2026 dan datanglah ke Terengganu Cultural Village untuk sama-sama menghayati keindahan warisan budaya negeri Terengganu. Jumpa anda di sana! ✨🏛️🎭

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Saya berminat untuk menyimpan acara ini